Digital marketing : 10 tips menulis anekdot dalam copywriting dan content writing

2–3 minutes

Anekdot didefinisikan sebagai cerita ringkas, dan kebiasaan mengandungi humor. Gaya pengceritaan anekdot banyak digunakan penulis dalam menghasilkan buku, copywriting dan content writing.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula ialah :

kisah yang ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian (peristiwa); beranekdot mengandungi unsur anekdot: ucapan yang…

Kamus DBP Online

Namun bagi kategori copywriting dan content writing, anekdot tidak semestinya bersifat humor semata-mata.

Penulisannya boleh mengandungi pelbagai sifat yang melibatkan emosi manusia seperti sedih, kecewa, terluka, murung, gembira dan sebagainya.

10 elemen anekdot dalam konten marketing:

  1. Berdialog
  2. Humor
  3. Sindiran
  4. Tonjolkan emosi
  5. Make it simple
  6. Mempunyai tujuan tertentu seperti kesan dan pengajaran
  7. Boleh jadi juga rekaan
  8. Suspen – kejutan
  9. Fakta
  10. Konflik

Berdialog

Ciri utama dalam sesuatu penulisan anekdot perlu mempunyai dialog, sama dalam hati atau dengan subjek lain termasuk manusia, haiwan dan sebagainya.

Dialog digunakan untuk membangkitkan jalan pengceritaan dan penyampaiannya menjadi lebih jelas walaupun ceritanya hanya bersifat pendek sahaja.

Humor

Kisah anekdot ini kebiasaannya disampaikan dalam bentuk humor yang membuatkan pembacanya bergelak ketawa dan terhibur.

Sindiran

Penulisan anekdot juga boleh jadi berbentuk sinis.

Tonjolkan emosi

Dalam penulisan anekdot yang ringkas ini lebih mudah difahami dan ‘hook’ pembaca dengan memasukkan elemen emosi.

Make it simple

Tidak perlu berbunga, dan melewah. Cukup jadikan penulisan anda lebih mudah dibaca namun relevan. Fokus kepada satu isu sahaja.

Mempunyai tujuan tertentu seperti kesan dan pengajaran

Walaupun dalam bentuk humor, atau sindiran atau pengceritaan biasa yang disulami dialog namun dipenghujung pastinya mempunyai pengajaran.

Anekdot yang berjaya adalah dapat memberi kesan kepada pembaca walaupun penulisannya hanya pendek iaitu dua baris atau 10 perkataan sahaja.

Rekaan

Istimewanya anekdot boleh direka juga. Bagaimanapun dalam copywriting, penulis mungkin menggunakan testimoni sebenar namun menjadikannya sbeuha cerita untuk menarik pembaca.

Suspen

Elemen suspen di dalam anekdot dapat membuatkan pembaca berpeluh, ternanti, dan ‘hook’ dengan penulisan itu.

Begitu juga sekiranya anda menulis copywriting berbentuk storytelling, boleh juga menggunakan teknik anekdot.

Fakta

Tentukan watak utama, latar belakang masa, lokasi dan sebagai, atau menjawab persoalan 5w1h.

Ini semua adalah fakta yang perlu difokuskan dalam anekdot anda.

Konflik

Setiap pengceritaan perlu mempunyai konflik. Konflik ini adalah masalah atau keperluan bagi audien. Dalam copywriting storytelling berkesan juga memerlukan ciri atau elemen ini.

Masih banyak elemen berkesan dalam penulisan anekdot digunapakai dan dikongsi penulis lain, namun ini antara yang digunakan oleh saya ketika menulis.

Pilihlah elemen yang bersesuaian dengan jenis anekdot atau kepentingan yang cuba diketengahkan dalam satu-satu penulisan konten marketing.

Kenalpasti audien anda terlebih dahulu dan tujuan penulisan konten tersebut. Bagi memahirkan anda menulis anekdot, praktislah selalu okayh!

servis digital marketing

Leave a comment