Viral : Perang donat di Malaysia

1–2 minutes

Di Malaysia rakyatnya bukan hanya sibuk perang bendera kerana akan menghadapi pilihan raya ke-15 pada 19 November ini, tetapi berlakunya perang donat.

Bermula dengan donat red velvet yang berwarna merah gelap. Kuih ini menjadi tular apabila seorang pengusaha menunjukkan secara live proses membuat donat itu di media sosial miliknya. Jualannya setiap hari mencecah sehingga 3,000 biji.

Walaupun Malaysia sibuk dengan kempen pilihanraya umum ke-15 dan berlaku 'perang bendera', namun netizen pula meriah dengan 'perang donat'. Pelbagai jenis donat bertebaran di media sosial terutamnya Facebook.
Antara gambar donat yang dikongsi netizen. (Sumber : Facebook)

Disebabkan donat air tangannya menjadi tular, pelanggan di seluruh Malaysia turut mengunjungi gerainya semata-mata untuk mendapatkan donat dari air tangannya. Malah ada yang sanggup beratur panjang dan menunggu lebih awal untuk memastikan mereka dapat membeli serta menikmati juadah itu.

Disebabkan itu, ramai netizen terpanggil untuk turut mencuba resepi donat red velvet itu dengan meniruvasi dengan pelbagai warna dan perasa.

Ada yang cuba memasukkan perasa coklat sehingga donat yang dihasilkan menjadikan hitam seolah hangus. Bagaimanapun rasanya masih enak.

Begitu juga ada yang meghasilkan domat berwarna ungu yang menggunakan bunga telang. Rasanya tetap gebu dan kenyal seperti donat red velvet yang ditularkan itu.

Selain itu, disebabkan tiada pewarna dan perasa red velvet, ada yang menambah perisa pandan. Maka terhasillah donat berwarna hijau.

Sumber : Facebook

Tidak ketinggalan juga emak-emak yang pertama kali mahu mencuba, di mana hasilnya ‘amat-amat dasyat’. Ada yang berkedut, ada yang leper, dan tidak seperti donat-donat rakan yang lain.

Perang makanan khususnya donat kali ini begitu meriah sekali. Mungkin juga donat adalah kuih yang mudah dibuat dan ‘mesra poket’.

Resepi donat :

Resepi donat Red Velvet yang ditularkan di Facebook

3 sudu besar gula

3 sudu besar yis

Kocak sampai sebati denagan 1 cawan air suam, jangan panas dan jangan sejuk nanti yis tak naik.

Lepas kocak biarkan yis betul-betul kembang.

Bahan-bahan utama :

1kg tepung gandum

3 sudu besar susu pekat

3 sudu besar majerin

Sedikit garam

1 dan 1/2 sudu Red Velvet

Adun sebati. Kemudian tambah bancuhan yis tadi uli smpai tidak melekat di tangan.

Kalau keras tambah air sedikit.

Bagaimanapun, dalam kemeriahan netizen menunjukkan bakat menghasilkan donat perlu diambil kira juga faktor keselamatan makanan seperti pewarna yang digunakan, jumlah gula sebagai saduran dan bahan penaik.

Beringatlah ketika menikmati donat walaupun anda sedang dalam ‘perang donat’.

Jangan mengikut nafsu okayh!

Leave a comment