Sebagai seorang ghostwriter pendapatan bergantung kepada jumlah penulisan yang berjaya dihasilkan.
Sungguhpun caj yang dikenakan terhadap satu-satu penulisan berbeza seperti copywriting, content writing, artikel SEO, artikel blog dan sebagainya namun kepantasan menulis juga penyumbang kepada jumlah pendapatan ghostwriter setiap bulan.
Ada yang bertanya, “berapa artikel atau jumlah penulisan yang boleh disiapkan seseorang ghostwriter setiap hari?,”.
Sebenarnya tiada jawapan khusus untuk jumlah penulisan yang boleh disiapkan seseorang penulis itu, ia bergantung kepada beberapa faktor atau kelebihan yang dimiliki ghostwriter itu juga.
Mungkin juga ghostwriter itu mempunyai rahsia tersendiri sehingga membolehkan mereka menulis lebih 10 artikel setiap hari.
Di mana setiap artikel itu panjangnya antara 300 atau lebih perkataan.
Ingat!
Tidak semua ghostwriter atau penulis mampu menghasilkan artikel sebanyak ini dalam tempoh sehari.
Saya tidak mahu nyatakan secara tepat dalam kiraan jam untuk masa bekerja mereka.
Hal ini kerana penulis bebas atau freelance ini bekerja mengikut jumlah jam tertentu setiap sehari, ia berbeza di antara satu sama lain.
Bagi saya sendiri mungkin lebih lapan jam sehari atau pun kurang. Masa bekerja ini bergantung kepada keadaan dan tempahan.
Baca ini : Bagaimana ghotwriter bekerja
Saya akan menyingkap 5 rahsia menulis artikel dengan cepat pada entri kali ini :
- Kemahiran
- Pengetahuan
- Niche
- Bank konten
- Deadline
Kemahiran
Ya, sepantas mana seseorang ghostwriter itu boleh menghasilkan artikel atau penulisan ia bergnatung juga kepada pengalaman.
Lagi lama penulis itu menjadi penulis, semakin mudah dan cepatlah dia menyiapkan tugasan itu.
Pengetahuan-knowledge
Seorang ghostwriter perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang penulisan ini. Perkara-perkara asas dalam menulis seperti tatabahas, struktut ayat dan sebagainya.
Sekiranya penulis menerima job copywriting atau content writing, mereka mestilah mengetahui atau berpengetahuan dalam selok belok menulis penulisan seperti ini.
Niche
Penulis perlu mendalami dan mempunyai pengetahuan dalam niche penulisan mereka. Pada masa kini, ghostwriter perlu mendalami niche penulisan untuk konten marketing.
Niche ini yang banyak memberi pendapatan kepada seorang penulis. Dalam niche konten marketing mempunyai pecahan niche yang lain pula.
Contohnya niche binses makanan dan minuman (f&b), automatif, kewangan dan sebagainya.
Mengusai niche sebegini akan menjadikan seorang penulis mampu menulis dengan pantas.
Sungguhpun begitu jangan meminggirkan niche penulisan buku juga. Pendapatan menulis buku lebih lumayan untuk jangka masa pendek.
Bank konten
Selain itu, setiap ghostwriter kebiasaannya ada ‘buku resepi’ sendiri. Buku resepi adalah bank konten.
Bank konten ini dibuat untuk menghimpunkan perkataan, istilah dan term, akta, panduan dan sebagainya mengikut niche penulisan.
Saya juga membuat beberapa folder untuk setiap niche penulisan terutama dalam niche konten digital. Yang di dalam folder itu dibahagikan pula mengikut niche bisnes seperti f&b, kewangan dan lain-lain.
Dengan adanya bank konten ini, penulis lebih mudah untuk membuat rujukan tanpa perlu membuat kajian dengan lebih lama.
Deadline
Bagi seorang penulis profesional, mereka akan menetapkan deadline untuk setiap kerja menulis.
Deadline ini akan memaksa penulis bekerja dengan lebih keras dan mengikut tempoh yang ditetapkan. Contohnya satu jam, penulis perlu menghasilkan dua artikel 300 patah perkataan.
Jadi mereka akan cuba siapkan dalam tempoh itu dengan bantuan niche, bank konten, kemahiran serta pengetahuan.
Tidak mustahil sebenarnya seorang penulis boleh menyiapkan 10 artikel atau lebih dalam tempoh satu hari.
Bagaimanapun dalam mengejar kuantiti menulis, ghostwriter juga pastinya tidak mengenepikan isu kualiti.
Kualiti adalah perkara utama yang perlu dijaga dan dititik beratkan. Bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti kemahiran sangat penting.
Justeru itu, tingkatkanlah kemahiran dalam semua bidang berkaitan konten digital dan konten marketing ini. Okayh!
Saya dulu ketika masih seorang wartawan boleh saja menghasilkan story dalam keadaan berlari, berjalan, hujan, bising dan keadaan kurang menyenangkan dengan kualiti yang ditetapkan.
Jamilah Hamzah @CM


Leave a comment