Semua orang pasti pernah mendengar mengenai SEO. SEO dengan dunia konten digital dan konten marketing tidak boleh dipisahkan lagi.
SEO adalah search engine optimization iaitu untuk memudahkan orang mencari maklumat di dalam internet terutamanya menggunakan enjin carian.
Fungsi SEO ini diwujudkan untuk memudahkan pengguna mencari sesuatu di dalam internet sama ada menggunakan enjin carian google, bing dan sebagainya.
Namun kebanyakan pengguna lebih terbiasa dengan enjin carian google.
SEO digunakan di laman web atau blog, dan juga media sosial. SEO ini juga, adalah langkah jangka panjang dalam marketing digital.
SEO boleh dihasilkan menggunakan tool dan penghasilan konten mengikut kehendak enjin carian iaitu Google.
Kebanyakan tool boleh dimuat turun secara percuma dan dibeli dari syarikat tertentu seperti Yoast dan Semrush.
Software atau plugin ini akan membantu setiap laman web untuk berada dikedudukan pertama atau muka hadapan enjin carian tentang sesuatu artikel atau konten yang dihasilkan di dalam medium itu.
Sungguhpun begitu, perlu diingat tool ini hanya membantu untuk memudahkan kerja menulis, dan menyusun konten sahaja.
Kunci utamanya dalam menghasilkan konten berbentuk SEO adalah :
1. Kualiti
2. Struktur
3. Setting
4. Keyword
5. Konsisten
Kualiti
Kualiti konten ini adalah bergantung tahap kredibiliti bahan penulisan itu sendiri. Bahan penulisan itu hendaklah asli dan tidak dipalagiat.
Penguasaan tatabahasa (grammar) yang baik dalam penulisan juga dapat membantu anda dalam meningkatkan tahap SEO konten di website, blog dan media sosial.
Malah google juga sangat menyukai penulisan sebegitu, serta yang mempunyai fakta dan data.
Struktur
Artikel SEO yang diterbitkan di internet terutama website perlu mempunyai pengstrukturan yang tepat.
Contoh penggunaan heading, jumlah patah perkataan, perenggan dan sebagainya.
Setting
Jika anda menggunakan laman web seperti wordpress, untuk meningkatkam SEO ada beberapa teknik yang boleh dilakukan.
Antaranya menggunakan kaedah tagging, category dan sebagainya.
Penggunaan plugin seperti Yeost sangat membantu anda, memastikan konten yang dihasilkan mampu meningkatkan SEO.
Namun jangan bimbang, jika anda tidak mempunyai plugin sebegini ada kaedah yang perlu diberi keutamaan.
Keyword atau kata kunci
Pemilihan dan penggunaan kata kunci yang tepat adalah penyumbang kepada peningkatan tahap SEO konten anda.
Ramai penulis luar menyarankan supaya anda menggunakan plugin Semrush, Reddit dan sebagainya.
Bagaimanapun, menggunakan kaedah google search pun sudah memadai.
Konsisten
Selain konten yang dihasilkan berkualiti, ia perlu dilakukan secara konsisten. Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu website dan blog anda dikemaskini.
Hal ini adalah untuk memastikan website dan blog anda kekal aktif. Google lebih menyukai blog yang kekal aktif dan konten berkualiti.
Bagi media sosial pula tanda pagar atau # boleh digunakan. Tool ini percuma sahaja.
Sungguhpun begitu, beberapa perkara perlu dititik beratkan penulis SEO atau content creator.
Contohnya kualiti video dan penulisan, durasi video, audio, dan sebagainya.
Kenapa artikel SEO saya masih tiada dalam ranking google?
Salah satu sebabnya, google mengambil masa yang agak lama juga untuk menyenaraikan sesuatu konten atau artikel.
Atau anda gagal mendaftarkan domain anda pada google console.
Berapa lama artikel SEO boleh dicari di dalam google?
Sabar.
Google juga akan mengambil masa untuk menyenaraikan artikel anda dalam enjin cariannya.
Paling lama 100 kali view, baharulah artikel anda disenaraikan. Namun ada juga sesetengah artikel tidak sampai beberapa jam sudah boleh ditemui di dalam enjin carian.
Berapa upah menulis artikel SEO?
Upah menulis artikel ini bergantung kepada seseorang penulis. Mungkin caj itu diletakkan berdasarkan pengalaman, kemahiran, tool yang digunakan dan niche penulisan klien.
Saya mengambil upah bermula RM50 untuk artikel SEO mengikut jumlah patah perkataan, dan niche bisnes.
Klik sini >>> Tawaran menulis artikel SEO
Bagaimana untuk menjadi penulis artikel SEO ia bukanlah mustahil namun ia tidak mudah dilakukan. Ia memerlukan pengalaman dan juga pengetahuan berbentuk teknikal.


Leave a comment