Kelebihan menulis e-book untuk bisnes, marketing dan branding

1–2 minutes

E-book untuk bisnes, marketing dan branding semakin mendapat permintaan dalam kalangan tokoh politik, orang bisnes dan juga individu yang ingin berkongsi buah fikiran mereka dengan pembaca.

Malah e-book semakin menjadi keperluan bagi orang-orang bisnes yang mahu melakukan marketing secara berkesan untuk meningkatkan kepercayaan dalam kalangan pelanggan.

Photo by Pixabay on Pexels.com

Begitupun hari ini, e-book ditulis untuk :

  • Menghargai pelanggan
  • Membantu pelanggan dengan manual
  • Mempengaruhi pelanggan
  • Meningkatkan personal branding
  • Mengajar dan mendidik pelanggan

Saya juga pernah diminta klien untuk menulis sebuah e-book. Katanya e-book itu akan diberikan secara percuma kepada pelanggan selepas mereka menjadi ahli dalam satu skim pelaburan berasaskan crypto.

Dalam e-book tersebut, saya diminta untuk menulis tentang panduan, motivasi dan pengalamannya mengenai skim pelaburan crypto tersebut.

E-book ini saya tulis dengan menggunakan ‘ton suara’ mentor trader tersebut untuk membuatkan trader tersebut merasa ‘personal touch’ dengan mentor itu.

Justeru, e-book yang digunakan mentor trader crypto ini adalah berbentuk personal touch untuk anak buahnya, supaya mereka kekal bersemangat dan sentiasa merasa ada seseorang yang menyokong serta boleh bersandar.

Mereka tidak akan merasa keseorangan, apabila ton suara mentor ini digunakan di dalam e-book ini.

E-book bersifat personal touch

Kebanyakan klien yang mahu hasilkan e-book ini adalah dalam bentuk personal touch yang menggunakan ton suara mereka.

E-book digunakan sebagai ganti kepada diri mereka memberi penerangan seperti di dalam kelas atau melalui vidual, namun ia diterjemahkan melalui penulisan.

Malah melalui e-book juga pelbagai kemudahan kandungan multimedia atau digital content boleh digunakan. Antaranya memasukkan hyper link video di YouTube, internet ataupun media sosial.

Melalui e-book juga pelbagai kandungan interaktif boleh dimanfaatkan dan menjadikannya lebih menarik seperti :

  • Animasi
  • Video
  • Imej
  • Hyper link

Selain itu, e-book juga memudahkan pembaca download untuk membaca sama ada melalui telefon bimbit, atau dihantar melalui e-mel.

Penggunaan e-book juga lebih menjimatkan kerana tidak perlu mengeluarkan kos untuk percetakan. Ruang untuk berkarya juga tidak terhad.

Bagi anda yang tidak mempunyai masa untuk menulis e-book sendiri, mengupah penulis adalah pilihan terbaik. Ini juga antara rahsia tokoh atau pemilik bisnes yang sibuk berjaya menghasilkan beberapa e-book untuk pengikut, anak buah atau pelanggan mereka.

Servis menulis e-book boleh diperolehi di sini.

Leave a comment