Copywriting adalah ayat-ayat yang ditulis untuk menjual, mempromosi, memujuk, memukau atau apa sahaja yang boleh membuatkan audien yang membaca membuat tindakan.
Pasti ramai juga yang pernah mendengar tentang tips untuk menghasilkan copywriting yang baik adalah seperti bercakap dengan kawan.
Maksudnya, bagaimana seseorang itu boleh convince (meyakinkan) sahabatnya untuk membuat tindakan sama ada membeli dan sebagainya dengan percakapan tentang produk, servis dan sebagainya.
Sungguhpun begitu, bercakap dengan kawan juga perlu betul mengikut ‘style’ mereka. Pastinya kita mempunyai pelbagai jenis rakan seperti rakan tempat kerja, rakan beriadah, rakan kaki makan, dan sebagainya.
Cara percakapan juga akan berubah mengikut ‘style’ rakan-rakan ini. Contoh apabila bercakap rakan di tempat kerja mungkin, anda lebih memilih untuk bercakap tentang soal kerja sahaja.
Namun apabila tibanya waktu rehat, anda mempunyai bilangan rakan yang lebih kecil dan selesa untuk pergi menjamu selera bersama-sama. Pada ketika ini, mungkin gaya percakapan anda turut berubah.
Begitulah juga makna sebenar ‘kawan’ dalam penulisan copywriting. Anda perlu faham siapa sebenarnya kawan anda.
Dalam erti kata yang lain, dalam term copywriting itu ia adalah target audien. Sebab itu sebelum menulis copywriting, anda perlu membina avatar target audien.
Sekiranya anda menjual makanan dan bisnes makanan, target anda boleh jadi semua orang tanpa perlu meletakkan umur dan faktor demografi lain – sebaliknya jika anda menjual makanan untuk target audien tertentu.
Kebiasaan kategori makanan dan minuman yang meletakkan target audien tertentu seperti bisnes ubat-ubatan, minuman beralkohol, rokok serta yang memerlukan nasihat pakar dan sebagainya.
Namun bagi usahawan yang berniaga dalam bisnes teknologi, automotif dan bukan barangan keperluan atau perlu dibeli untuk teruskan hidup teknik penulisan copy nya berbeza.
Dalam bidang ini, penulisan copy itu pasti menggunakan ‘term’ khusus dalam bidang itu sahaja. Term ini sudah diketahui peminat atau audien yang tertarik dan mahu mengambil langkah seterusnya seperti membeli atau membuat servey.
Kebiasaannya syarikat atau pengeluar produk sebegini juga menekankan ciri-ciri khusus yang digunakan dalam industri itu seperti gajet, dan automatif.
Copywriting mestilah ditulis mengikut kesesuaian audien dengan mengambil kira faktor-faktor ini :
Haaa…bila sudah faham, jangan pula anda suka hati menulis copy ‘cara bercakap dengan kawan’ tanpa mengira niche bisnes anda.
Bagi ghostwriter atau copywriter pula buat kajian atau research mengenai niche bisnes klien dan target audien yang bersesuan untuk mereka sebelum menulis!
Pertimbangkan juga headline, poster, video, audio, dan animasi dalam menulis dan mempersembahkan copywriting anda.
Baca juga : Cara menulis headline copywriting yang hook
Baca juga : Strategi copywriting meningkatkan engagement bisnes

Leave a comment