Ghostwriter – Upah menulis manuskrip buku RM10K dalam masa 90 hari

2–3 minutes

Sebagai seorang ghostwriter yang berkerja di Malaysia, pendapatan golongan ini tidak sebanyak penulis di luar negara. Hasil kerja menulis dibayar upah berdasarkan jenis penulisan yang dihasilkan.

Saya menerima upah serendah RM20 untuk menulis copywriting ‘x factor’ untuk semua niche bisnes yang panjangnya antara 30 patah perkataan sehingga 50 patah perkataan.

Bukan mudah untuk menjangkau angka empat angka sebulan jika bergantung sepenuhnya dengan menulis copywriting sahaja, di Malaysia.

Disebabkan itu sebagai seorang ghostwriter, saya mengambil upah menulis buku dan ebook juga. Upah menulis untuk dua jenis penulisan ini, bayaran lebih banyak dan lumayan.

Setanding dengan bebanan kerja menulis itu sendiri. Kebiasaan bagi kerja-kerja menulis buku ini, harga ditetapkan mengikut :

  1. Genre buku
  2. Masa yang diambil
  3. Kerja-kerja yang dilakukan seperti temubual dan transkripsi
  4. Jumlah patah perkataan

Saya pernah menerima pendapatan RM8,500 untuk 90 hari menulis manuskrip buku. Hampir RM10,000, saya sendiri tidak percaya pada mulanya kerja seorang ghoswriter ini boleh mendapat pendapatan sebegitu.

Anda perlu tahu, menjadi seorang ghostwriter terutama yang baharu berkecimpung dalam dunia ini proses untuk mendapatkan klien pertama juga agak sukar sehingga boleh memakan masa tiga hingga enam bulan.

Jika ada dalam kalangan penulis ini mendapat upah menulis buku sebegini, ia seperti durian runtuh.

Namun jika selepas ini, ada yang ingin mendapatkan khidmat saya sebagai penulis buku atau pun ebook, harga mungkin berbeza berdasarkan genre buku itu sendiri dan beberapa lagi kriteria yang perlu diambil kira.

Mungkin lebih murah atau lebih mahal sedikit bayarannya. Antara kriteria yang selalu diambil kira dalam upah menulis buku dan ebook seperti yang saya nyatakan seperti di atas.

Boleh baca di sini : Servis menulis

Disampaing menulis manuskrip saya turut mengambil upah penulisan yang tidak memerlukan masa yang panjang seperti penulisan artikel SEO, blog, media sosial dan juga copywriting.

Sebagai seorang ghostwriter mengatur masa dengan baik itu sangat penting, sekurang-kurangnya bina satu jadual.

Baca ini : 8 kemahiran ghostwriter perlu kuasai

Berikan keutamaan kepada yang yang diperlukan dengan segera seperti copywriting, artikel SEO dan artikel-artikel pendek lain yang mempunyai bilangan patah perkataan 3,000 ke bawah.

Kerja sebegini juga sebenarnya dapat mengurangkan tekanan seseorang ghostwriter untuk menyiapkan manuskrip klien. Pemikiran penulis akan menjadi lebih segar.

Pemilihan kerja selingan atau sampingan ini juga perlu dipertimbangkan sebaik mungkin supaya proses menulis manuskrip tidak terjejas dan terkesan akibat perlu membahagikan masa untuk tugas-tugas lain.

Sebaiknya, saya sarankan pilihlah ‘job’ yang tidak begitu sukar, niche yang biasa dilakukan dan bukan dalam tempoh lama atau setiap hari.

Saya sentiasa mempertimbangkan untuk mengambil job lain apabila menulis manuskrip. Saya perlu merancang masa dengan teliti.

Ghostwriter Jamilah Hamzah@CM

Alhamdulillah, Allah akan bantu selagi kita berusaha. Saya dapat menyelesaikan semua tugasan dengan baik.

Selepas tiga bulan apabila disemak semula, hasil menulis sebagai seorang ghostwriter melebihi RM10,000.

Walaupun ada yang menyatakan upah saya sebagai ghostwriter menulis manuskrip buku paling murah, namun ia adalah langkah pertama saya untuk menjadi seorang penulis.

Saya bersyukur Allah membuka jalan, peluang dan ruang untuk saya terus serius dalam dunia ghostwriter ini.

Selepas ini saya mahu menerbitkan buku pertama saya, iaiatu Tentang Ghostwriter. Semoga buku yang mengangkat kerjaya sebagai seorang ghostwriter di Malaysia terutama dalam zaman konten digital ini dapat membantu masyarakat ‘menulis’ dengan baik.

Bagi sesiapa yang ingin menjadi seorang penulis pula, buku ini juga dapat membuka minda dan memberi inspirasi buat anda!

Nantikan….

Leave a comment