8 kemahiran Ghostwriter perlu kuasai

2–3 minutes
Kemahiran ghostwriter

Mahu menjadi seorang ghostwriter diburu prospek dan berbakat perlu menguasai kemahiran tertentu.

Kemahiran seorang ghostwriter di zaman multimedia dan konten digital ini, memerlukan seseorang itu menguasai lebih dari hanya tahu menulis sahaja.

Gabungan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam dunia konten digital akan memudahkan ghostwriter mencari, mendapatkan dan menyesuaikan diri dengan dengan kerja yang diberikan klien.

Malah lebih banyaklah anda akan menerima job dari klien yang datang dari seluruh pelusuk dunia nanti!

Walaupun begitu, kemungkinan sesetengah ghostwriter akan mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran berkaitan konten digital ini, namun ia bukan alasan untuk anda tidak mencubanya.

8 kemahiran ghostwriter perlu kuasai untuk menjana pendapatan lumayan

1. Menulis

Kemahiran menulis untuk semua channel atau platform digital perlu dikuasai seseorang ghostwriter. Setiap platform mempunyai style penulisan yang tersendiri.

Di dalam kemahiran menulis ini juga, ghostwriter perlu mengetahui juga, cara menggunakan tatabahasa yang betul dan bersesuaian dengan konteks ayat serta keperluan konten itu.

Di mana menulis copywriting mungkin tidak memerlukam tatabahasa yang tepat, kerana penulisan copy lebih berbentuk kreatif dan mungkin mempunya makna double-triple meaning.

2. Ilmu marketing digital

Ingat! niche penulisan marketing digital antara yang membantu seseorang ghostwriter untuk menjana pendapatan lumayan, hari ini.

Belajar marketing digital ini membolehkan ghostwriter memahami keperluan sebenar dunia bisnes ini.

Contohnya media sosial, dan website adalah platform utama untuk luncurkan kempen-kempen marketing digital yang mengandungi penulisan konten, copywriting, poster, video dan lain-lain.

3. Research atau kajian

Kemahiran membuat research ini sangat membantu seseorang ghostwriter menjadi lebih mahir dalam mengendalikan kerja-kerja penulisan untuk klien.

Malah, kemahiran ini juga dapat membantu ghostwriter menjadi lebih unik, verstyle dan mampu memberi sesuatu yang diperlukan oleh klien.

4. Manipulasi atau ilmu psikologi

Bila sebut mengenai dunia penulisan konten digital atau marketing digital, pastinya ia berkaitan audien. Audien ini yang akan memberi wang kepada seseorang ghostwriter.

Audien ghostwriter adalah pemilik bisnes digital. Ilmu psikologi berguna untuk memahami kehendak audien dan klien.

5. Animasi, design dan grafik

Ini antara elemen penting dalam dunia penulisan digital. Kebanyakan klien memerlukan bahan seperti ini untuk kempen marketing digital mereka.

6. Editing

Kemahiran mengedit diperlukan seseorang ghostwriter untuk memastikan konten penulisan, video dan sebagainya tepat, padat dan bersesuaian diterbitkan kepada umum.

7. Software dan aplikasi editing

Ya, seorang ghostwriter bukan hanya perlu mahir menulis, tetapi pelru tahu menggunakan software atau aplikais untuk mengedit video, poster, design, gambar dan sebagainya.

Ada pendapat menyatakan, ghostwriter perlu menjadi art editor untuk memastikan penyampaikan konten penulisan mereka tepat, dan berjaya.

Ramai yang mengusai kemahiran ini memang berjaya dalam dunia ghostwriter zaman multimedia ini.

8. Kemahiran bercakap dan komunikasi

Walaupun ghostwriter banyak melakukan kerja-kerja menulis namun kemahiran bercakap serta komunikasi penting juga.

Kemahiran ini perlu digunakan ketika proses pitching, menjalankan rundingan, temubual dan sebagainya.

Seorang ghostwriter juga perlu melakukan kerja menemubual. Temubual dengan menggunakan soalan yang tepat, dapat membantu melancarkan kerja dan memastikan penulisan konten itu berjaya!

Mungkin ada beberapa kemahiran lain yang ghostwriter gunakan, namun ini adalah kemahiran yang saya belajar dan kuasai.

Jamilah Hamzah @CM

Jika anda berminat menjadi seorang ghostwriter, jangan berputus asa. Belajar dan terus belajar menambah ilmu serta kemahiran yang diperlukan oleh klien konten digital masa kini.

Anda mungkin ghostwriter berjaya dengan pendapatan lumayan seterusnya!

Leave a comment