Menurut Kamus Dewan Bahasa Online audien bermaksud para penonton, pembaca, pendengar dan sebagainya yang menjadi tumpuan kepada sesuatu ciptaan atau persembahan seni atau sastera.
Dalam bahasa mudah untuk pemain bisnes, audien adalah sasaran atau target anda untuk menyampaikan konten marketing digital dan sebagainya.
Apabila menyebut tentang konten digital marketing, ia meliputi penulisan, audio, teks, video, grafik, dan imej.
Atau dalam digital marketing itu term yang digunakan mungkin terdapat perbezaan seperti poster, dan sebagainya.
Saya ingin berkongsi satu kunci penting apabila bercakap mengenai konten digital marketing atau pun konten digital, ia adalah segalanya berkaitan audien.
Anda perlu tahu siapa audien anda sebelum meluncurkan kempen-kempen marketing digital anda.
Sekiranya anda memilih dan menumpukan kepada video, audien anda pastilah seorang yang suka menonton melebihi membaca.
Berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan audien sebegini terdiri daripada generasi Y, dan Z atau lebih muda.
Niche bisnes anda juga mungkin memainkan peranan untuk membina konten dalam bentuk video contohnya teknologi, makanan viral dan sebagainya.
Namun, hari ini dalam dunia multimedia konten berbentuk video mampu menarik perhatian semua audien di dunia digital sama ada melalui paltform media sosial ataupun web.
Bagi anda masih mahu menumpukan kepada konten berbentuk penulisan, dan saya tahu banyak bisnes masih memerlukan konten berbentuk penulisan untuk menyampaikan mesej dengan betul, dan tepat kepada pengguna.
Bagi katogeri konten berbentuk penulisan terdapat dua jenis audien yang perlu anda tahu :
1. Skimming – rapid reader
2. Reader – orang suka membaca
Menurut satu kajian, setiap hari beribu-ribu konten berbentuk menjual, berbisnes dan seumpanyanya menerjah ke media sosial pengguna.
Mustahil, untuk pengguna media sosial ini membaca, melihat atau mengklik lanjut semua konten-konten sebegitu.
Justeru, pemilik bisnes atau penulis perlulah meneliti bagaimana caranya untuk menarik audien skimming dan reader.
Tips cara menulis dan menghasilkan konten untuk audien skimming serta reader :
| Audien skimming | Audien reader |
| -Menggunakan video, imej, poster -Menulis heading memukau -Menulis secara point, numbering, bullet dan seumpanya -Guna infografik -Animasi -Storytelling pendek (dua perenggan) -Anekdot pendek (dua perenggan) dan lain-lain | -Menggunakan heading memukau -Tulis dalam bentuk perenggan 20-30 patah perkataan -Menggunakan video, imej, poster -Menulis heading memukau -Menulis secara point, numbering, bullet dan seumpanya -Guna infografik -Animasi -Storytelling pendek (dua perenggan) -Anekdot pendek (dua perenggan) dan lain-lain |
Selepas anda berjaya memahami dan mengenalpasti siapa audien terbesar, barulah mudah untuk anda meneruskan proses menulis dan menghasilkan konten.

Leave a comment