Cabaran Ghostwriter pemula

2–4 minutes

Ghostwriter juga antara pekerjaan yang tidak pernah sunyi dengan cabaran. Sama seperti pekerjaan yang lain pasti ada cabaran dan halangannya. Begitu juga dengan ghostwriter.

Kebanyakan ghostwriter adalah kumpulan perkerja yang bekerja dengan seorang ahli kumpulan sahaja maksudnya diri sendiri.

Apabila bekerja seorang diri, cabaran yang datang juga akan ditanggung sendiri oleh ghostwriter ini.

Antara cabarannya :

1. Sukar dapatkan kerja

Ramai ghostwriter mengakui perkara ini. Tapi tidak semua yang sukar mendapatkan kerja atau job.

Sebagai ghostwriter anda perlu pandai membuat personal branding dan marketkan diri kepada audien yang betul.

Ghostwriter perlu konsisten melakukan promosi, pitiching dan menambah ilmu berkaitan marketing digital dan penulisan.

2. Scam

Saya boleh katakan ini perkara biasa yang dilalui oleh sesiapa pun yang masih baru dalam sesuatu bidang, begitu juga bidang ghostwriter ini.

Sekurang-kurangnya, ghostwriter cuba memahirkan diri cara berurusan dengan klien terutama dalam urusan pembayaran.

Saya sendiri hari ini tidak pernah menerima klien yang tidak membayar selepas mendapat hasil kerja penulisan saya.

Apa yang saya lakukan adalah, mensyaratkan klien membayar amaun penuh terlebih dahulu sebelum memulakan proses menulis.

Jika kerja yang dilakukan secara ‘long term’ pula surat persetujuan perlu disediakan. Nyatakan jumlah bayaran mengikut proses kerja atau tarikh yang ditetapkan.

3. Typo atau spelling error

Saya akui ada juga saya ‘terlepas’ mengenai hal ini. Namun ia bukan sesuatu yang perlu ditakutkan.

Sebab itu sebagai ghostwriter kita gunakan ayat ini : “Tuan boleh buat semakkan terlebih dahulu, jika mempunyai penambahan atau sebarang masalah boleh beritahu, saya akan edit semula,”.

Guna ayat-ayat yang betul, bukan dengan menunjukkan atau merendahkan tahap profesional, kredibiliti dan kepercayaan kepada seorang ghostwriter dan diri anda.

4.Complaint

Ya ini akan terjadi dalam apa-apa jua bisnes. Jangan risau. Cuba selesaikan dengan sebaik mungkin.

Namun jika boleh jangan terlalu ‘murah’ menawarkan penulisan yang baharu. Cukup sekadar memberitahu klien, anda akan edit semula penulisan itu. Pilih ayat-ayat yang betul ketika berurusan dengan klien.

Mungkin boleh belajar ilmu customer service.

Kalau tidak, habis…reputasi anda sebagai seorang ghostwriter.

5.Kecaman

Biar betul? Ya, dunia ghostwriter juga seperti dunia bisnes lain. Ada yang suka ada yang tidak suka.

Tapi siapa peduli. Kecaman yang diberikan itu sebenarnya bukan dari bakal klien tetapi orang sekeliling.

6.Krik-krik begitu lama

Selepas anda diminta quotation dan membuat pembentangan, mungkin anda tidak dihubungi lagi.

Itu perkara biasa. Jangan berputus asa. Cuba strategi lain, cari klien baharu.

7. Klien bijak

Semua klien bijak. Jika anda jumpa klien memang lebih bijak dari segala-galanya ia mungkin akan menggugat hari dan kelancaran kerja anda.

Bagaimana anda mahu menghadapinya?

Tolong jadi berjuta kali lebih bijak daripadanya. Klien sebegini sebenarnya mempunyai idea dan tahu mengenai apa yang mereka mahukan namun mungkin disebabkan kekangan masa dan sebagainya mereka memilih ghostwriter.

Tolong buat kajian mengenai klien anda, apa yang mereka perlukan terlebih dahulu. Sekurangnya anda tidak tergagap-gagap ketika menjawab.

Kesimpulannya, cuba menjadi seperti seekor katak yang pekak.

Katak yang pekak ini tidak tahu katak-katak di bawah memanggilnya turun, dan mengejeknya kerana cuba untuk melompat keluar dari perigi.

Sedangkan sebelum sudah banyak katak yang mencuba tapi tewas.

Bila katak ini melompat dia pandang ke bawah, melihat reaksi katak-katak lain. Disebabkan dia pekak dia ingat katak-katak di bawah menyuruh dia terus melompat dan sedang memberi sorakan.

Dia pun tambah bersemangat, dan cuba dan terus mencuba. Akhirnya dia berjaya keluar dari perigi itu.

Dia memandang ke bawah dan mengucapkan terima kasih, kerana sangkanya kerana sorakan semangat dari katak-katak dibawahlah yang membuatkannya berjaya.

Sedangkan katak-katak di bawah itu melakukan sebaliknya.

Justeru, cuba pekakkan telinga dan terus melangkah sahaja dan lakukan dengan konsisten okay!

Berhati-hati tapi jangan berputus asa!

Jamilah Hamzah@CM

Leave a comment