Siapa yang boleh menjadi Ghostwriter

2–3 minutes

Pekerjaan dalam bidang ghostwriter atau penulis upahan ini sebenarnya sangat luas. Hari ini ia semakin mendapat permintaan dalam bidang bisnes digital.

Sekali anda melangkah masuk ke dalam bidang ini, pastinya akan jatuh cinta dengan peluang-peluang untuk menjana pendapatan.

Bidang penulisan adalah malar hijau atau evergreen cuma ia mungkin berubah mengikut perubahan teknologi.

Jika dahulu menulis dan diterbitkan dalam bentuk kertas, hari ini ia diterbitkan dalam bentuk digital.

Apabila sebut mengenai digital, sebagai seorang ghostwriter anda perlu memahami tentang dunia digital.

1. Pengguna medium digital

Siapakah yang banyak menggunakan medium digital dan memerlukannya?

  • pemilik bisnes
  • kerajaan
  • orang awam
  • orang politik
  • syarikat media

2. Kegunaan platform digital

Hari ini semua orang memerlukan medium ini untuk melakukan aktiviti harian termasuk :

  • Berkomunikasi
  • Berbisnes
  • Berjual beli
  • Mendapat maklumat
  • Menyampaikan maklumat

Bagi menjayakan aktiviti rutin ini sama ada untuk menjana pendapatan atau pun suka-suka, penulisan digunakan untuk mengemaskini status, bertanya khabar, mempromosi, marketing dan sebagainya.

Malah ada sesetengah pemilik bisnes, institusi kerajaan, orang politik dan sebagainya memerlukan seorang penulis upahan untuk menyediakan bahan-bahan penulisan untuk mereka.

Kenapa?

  • Tiada masa
  • Kurang pengetahuan tentang konten digital
  • Keperluan material marketing digital
  • Tidak mahir SEO
  • Mahu memastikan blog syarikat aktif
  • Mahu meningkatkan awareness, trust, minat pelanggan

Percaya atau tidak bidang ghostwriter ini mempunyai liputan yang meluas.

Siapa yang boleh menjadi ghostwriter ini mudah sahaja namun sukar untuk dilaksanakan jika tidak mempunyai tekad dan nekad.

1. Tidak takut untuk gelarkan dirinya seorang penulis

Bagi menjadi ghostwriter yang berjaya, anda tidak boleh malu dan takut perkenalkan diri sebagai seorang penulis.

2. Minat menulis

Seharusnya untuk menjadi seorang ghostwriter, anda perlu minat menulis. Anda pelru menulis setiap hari.

Sama ada di media sosial atau blog. Tulis menggunakan ejaan yang penuh.

3. Suka membaca

Membaca adalah sumber idea kepada seorang penulis. Tidak semestinya anda membaca bukan non fiskyen sahaja, sebaliknya semua bahan bacaan baik untuk penulis.

Membaca status media sosial sesorang pun boleh membantu mendapatkan idea untuk menulis dan menghasilkan konten.

4. Minat bisnes

Bagi menjadikan anda seorang ghostwriter berjaya, anda perlu belajar bisnes dan meminatinya.

Kebanyakan ghostwriter akan melengkapkan diri dengan dunia digital marketing. Hal ini kerana, bidang ini yang banyak menyumbangkan pendapatan kepada seseorang ghostwriter.

5. Kreatif

Ya, anda perlu kreatif. Seorang ghostwriter bukan sahaja perlu kreatif dalam penulisan tetapi kreatif dalam bisnes penulisan. Bagaimana mahu mempromosikan diri dan menyasarkan target.

Menjadi seorang ghostwriter anda boleh bermula dengan minat dan menjadikan diri sebagai seorang yang kreatif.

Ghostwriter yang kreatif mempunyai identiti yang tersendiri dan mudah dikenal orang dan prospek.

Leave a comment