5 tips Ghostwriter sediakan portfolio

1–2 minutes

Sebagai seorang ghostwiter pemula, pasti sering berhadapan dengan masalah tidak tahu menyediakan portfolio yang dikehendaki klien.

Portfolio sebenarnya penting untuk disediakan seorang penulis upahan bagi memudahkan proses pitching job atau memohon pekerjaan sebagai penulis di mana-mana agensi.

Saya faham situasi ghostwriter pemula yang masih belum mempunyai klien, tentu sukar untuk mencari di manakah contoh penulisan yang sesuai untuk diberikan.

Bagaimanapun nasib saya sedikit baik, apabila pernah bekerja sebagai seorang wartawan yang banyak menghasilkan artikel-artikel atau penulisan berita.

Namun bagi anda yang masih baru bermula, jangan risau saya kongsikan tips proven untuk ghostwriter pemula.

Bagi anda yang masih tidak tahu dna buntu, saya kongsikan 5 tips untuk bina portfolio sebagai penulis :

1. Mula menulis copywriting, content writing, newsletter dan sebagainya

Ya, anda boleh mula menulis contoh copywriting, content writing dan pelbagai penulisan lain. Tulis sehingga ‘perfect’ dan simpan di dalam satu fail untuk dijadikan portfolio.

Anda juga boleh menulis copywriting untuk mempromosi diri sendiri.

2. Tawarkan kepada kawan-kawan yang mempunyai bisnes.

Buang rasa malu! Tawarkan servis anda kepada kawan-kawan sama ada dengan harga lebih murah ataupun berikan secara percuma.

Dapatkan testimoninya untuk pastikan penulisan anda itu memenuhi ciri-ciri yang diinginkan pelanggan.

3. Tulis blog

Setiap penulis disarankan mempunyai sebuah blog. Tujuan blog ini adalah untuk melatih penulis menulis, mempromosikan diri, dan meningkatkan kemahiran dalam industri ini mengikut keperluan semasa.

Anda boleh mula bina blog dengan wordpress dan sebagainya.

4. Tulis konten di media sosial sendiri

Ini juga adalah teknik mudah untuk anda ghostwriter pemula untuk membina portfolio.

Pastikan penulisan konten di media sosial anda boleh memberi pengaruh, berkualiti, dan bermanfaat.

Jangan menggunakan singkatan ketika menulis untuk menampakkan anda seorang penulis profesional.

5. Penulisan pitching

Tidak salah juga, anda berkongsi penulisan ‘pitching’ pelanggan untuk portfolio.

Ada sesetengah klien juga memerlukan penulis untuk menyediakan teks ‘pitching’ atau memberi idea kepada mereka tentang keperluan penulisan ini.

Sebagai ghostwriter pemula, jangan berhenti menulis. Cipta identiti dan gaya anda sendiri!

Proses mencipta identiti dan gaya memerlukan masa dan praktis yang lama. Jangan berputus asa okey?

Leave a comment