Bisnes adalah media

2–3 minutes

Pernah dengar ” jika anda belajar marketing, anda sebenarnya telah tahu hal berkaitan bisnes,”.

Sedar atau tidak, usahawan dan pemilik bisnes hari ini telah menjadi satu bentuk perusahaan media.

Bisnes hari ini semuanya berkaitan marketing online. Marketing online pula dikaitkan dengan teknologi media.

Pemilik bisnes hari ini menggunakan semua platform media seperti media soial, website blog, landingpage, salepage, dan online.

Platform ini digunakan untuk menghasilkan konten-konten atau kandungan sama ada dalam bentuk teks, video, imej, grafik dan juga audio.

Industri media menyediakan semua ini suatu masa dahulu dalam platform tradisional seperti akhbar, radio dan televisyen.

Namun hari ini pemain bisnes telah berkembang seiring dengan teknologi media untuk melakukan aktiviti jual beli, pemasaran dan pengiklanan.

Oleh itu, pemilik bisnes dalam semua niche haruslah mengusai dunia teknologi media untuk merebut peluang-peluang mengembangkan bisnes mereka.

Pengusaha bisnes hari ini, tidak perlu lagi bergnatung kepada syarikat media untuk melakukan pengiklanan dan marketing.

Mereka sudah mempunyai peluang untuk membangunkan sektor media sendiri.

Antara media yang perlu dibangunkan oleh pemilik bisnes ialah :

  • Media sosial – Facebook, TikTok, Instagram, Twitter, YouTube, Podcast dan sebagainya
  • Website, blog, landingpage, salepage
  • Emel
  • Aplikasi

Media sosial

Sebagai pemilik bisnes memiliki akaun media sosial dapat membina ‘trust’ (kepercayaan) dari pelanggan.

Mentaliti pelanggan sejak dahulu tidak pernah berubah, mereka mahu membeli barangan dari orang yang dipercayai.

Jadi platform media sosial boleh bantu membina awareness, trust, interest, desire dan action.

Binalah konten-konten bermanfaat dan kepada persona, avatar, target, suspek, prospek dan klien anda!

Website, blog, landingpage dan salepage

Pemilik bisnes menggunakan website dan blog dalam salah satu strategi marketing mereka.

Lebih 60 peratus pengguna mencari maklumat berkaitan sesuatu produk di internet iaitu website dan blog untuk meningkatkan kepercayaan sebelum membuat tindakan (CTA).

Banyak pemilik bisnes telah mula menghasilkan konten-konten dan artikel di blog dan website bisnes mereka tanpa perlu berharap kepada syarikat media untuk melakukan marketing.

Menjimatkan!

Emel

Walaupun e-mel telah lama digunakan dalam dunia bisnes, namun hari ini e-mel telah semakin mendapat tempat.

E-mel digunakan untuk membuat iklan, promosi, serta marketing melalui newsletter. E-mel ini dihantar kepada pelanggan atau pun blogger.

Selain e-mel juga digunakan untuk menghantar press release (kenyataan media) kepada syarikat media atau blogger.

Ini antara kaedah lain untuk anda pemilik bisnes menjimatkan perbelanjaan dalam marketing iaitu menghantar newsletter dan press release kepada blogger.

Aplikasi

Lebih canggih hari ini, setiap bisnes perlu mempunyai aplikasi sendiri untuk memudahkan pelanggan.

Teknologi ini juga adalah satu daripada media dan multimedia.

Kesimpulannya, bisnes hari ini memerluka orang-orang yang pakar dalam bidang media bukan hanya marketing.

Marketing online hari ini memerlukan seseorang yang pakar dalam menulis konten, iaitu copywriter dan content writer. Jika syarikat anda telah memilik golongan penulis ini, percayalah pengdigital bisnes anda sudah lengkap.

Kenapa pemilik bisnes perlu bergantung sepenuhnya kepada media mainstream lain untuk mengiklankan perniagaan, marketing atau promosi?

Anda juga boleh membina tim media sendiri di syarikat anda di mana ia lebih menguntungkan dan menjimatkan.

Leave a comment