Dalam copywriting, headline adalah satu elemen yang paling utama. Headline yang tepat penting untuk menarik minat pelanggan untuk berhenti dan membaca apa yang ditulis.
Headline copywriting juga sering digunakan di dalam poster setiap iklan yang diterbitkan. Panjang headline tidak melebihi 30 patah perkataan.
Ciri-ciri headline :
- Urgency
- Unique
- Ultra specific
- Usefull
Selain itu, bagi memudahkan menulis headline penulis iklan atau copywriter selalu menetapkan tema. Dengan menetapkan tema headline, penulis lebih mudah untuk memberi fokus.
Contohnya tema musim luruh. Copywriter boleh membuat kajian mengenai musim luruh dan menyeraikan ciri-ciri avatar yang sesuai dengan tema tersebut.
Pantang larang yang perlu setiap penulis iklan ikuti adalah tidak menggunakan clickbait pada headline.
Clickbait akan menyebabkan ramai pelanggan menghilang kerana merasa tertipu dan sudah hilang kepercayaan kepada copywriting anda!
Boleh jadi, pelanggan tidak akan menekan untuk membaca dan berminat untuk mengambil kisah lagi dengan iklan yang anda lakukan.
Beri ‘hint’ dalam headline. Ini rahsia copywriter profesional lakukan untuk menarik minat orang ramai.
Selepas anda memilih tema, beri hint dalam copy yang anda ingin sampaikan, seperti meletakkan angka, fakta dan sebagainya.
Dengan memasukkan fakta, pembaca akan lebih tertarik untuk mengetahui kebenarannya dan akan mengambil tindakan untuk membaca keseluruhan copy.
Akhir sekali, menggunakan perkataan berkaitan emosi. Emosi adalah emelen penting dalam headline copywriting yang boleh ‘hook’ pembaca.
Contohnya jika gembira, copywriter tidak semestinya menggunakan perkataan gembira sebaliknya boleh digunakan perkataan teruja, berpuas hati dan sebagainya.
Terdapat 300 lebih perkataan yang boleh membuatkan emosi pembaca ‘hook’ dengan copywriting anda.
Ingat!
Copywriter profesional mengambil masa yang lama untuk menyediakan headline dalam satu-satu copywriting yang akan dihasilkan.
Cubalah beri penekanan kepada headline sebelum meneruskan menulis keseluruhan copywriting.

Leave a comment