Cara mudah Ghostwriter jana empat angka sebulan

2–3 minutes

Seseorang ghostwriter di Malaysia mampu menjana pendapatan sehingga empat angka sebulan dengan hanya mengambil upah menulis.

Jika anda masih tidak tahu, perubahan teknologi sebenarnya membantu kumpulan ghostwriter ini mampu menjana pendapatan dengan lebih mudah jika tahu caranya.

Kenapa?

Ini adalah kerana keperluan pemilik bisnes yang mahu mengembangkan perniagaan dan terus membuat jualan walaupun keadaan ekonomi semakin hambar.

Kebijaksanaan pemilik bisnes memilih medium digital membantu mereka kembali mengukuhkan jualan yang menguntungkan.

Disebabkan itu, pemilik bisnes yang mula mengdigitalisasikan perniagaan mereka memerlukan individu-individu yang mahir dalam bidang penulisan atau boleh dipanggil ghostwriter.

Saya mengambil peluang ini untuk menjana pendapatan setiap bulan sehingga mencecah empat angka dan lima angka sebulan.

7 cara ghostwriter jana empat angka sebulan dengan mudah :

1.Menawarkan khidmat copywriting

Khidmat copywriting yang mempunyai x factor sangat diperlukan pemilik bisnes digital.

Percayalah bukan semua pemilik bisnes mampu melakukannya sendiri. Cuba pitching pemilik bisnes dengan menghantar emel dan whatsApp atau boleh juga cold call.

2.Menawarkan servis menulis artikel blog

Disebabkan ramai pengusaha memilih kaedah digital untuk melakukan promosi dan marketing, banyak blog dan website perniagaan dibina.

Bagi pengusaha kecil-kecilan pasti mereka mahu blog dikemaskini dari semasa ke semasa dan memerlukan penulis atau ghostwriter untuk melakukan demikian.

Oleh itu, saya banyak membuat carian di internet tentang blog dan website perniagaan yang bersawang.

Saya akan mengambil tindakan menghubungi mereka dengan menghantar emel. Jika hari ini mereka tidak berminat, mungkin esok atau lusa.

3.Menawarkan khidmat set-up landingpage/salepage Onpay

Sebagai penulis, saya perlu berusaha lebih sedikit untuk memahirkan diri dengan sistem Onpay.

Peniaga online dan pemilik bisnes hari ini sangat memerlukan satu laman web e-dagang sendiri untuk menjual produk mereka.

Jadi pengorbanan saya untuk memahirkan diri dalam bidang ini berbaloi. Saya tawarkan pakej serendah RM299 sahaja untuk sesiapa yang berminat membina salepage di Onpay.

4.Menguruskan konten di media sosial

Seorang penulis juga boleh menawarkan khidmat menulis konten untuk seorang public figure, founder, leader, mentor, page bisnes dan sebagainya.

Caranya masih sama, saya akan mencari di media sosial terutama Facebook untuk membuat pitching.

Sebelum pitching penulis perlulah menganalisa masalah media sosial prospek terlebih dahulu.

5.Tawarkan khidmat digital marketing

Saya belajar semua tentang digital marketing mengikut platform media sosial yang diperlukan.

Jika mahu menjalankan iklan berbayar di Facebook, saya memilih coursera untuk pelajari semua hal berkaitan dengan ads di Facebook.

TikTok juga mempunyai garis panduan untuk anda melancarkan iklan di sana.

6.Menulis ebook

Menulis ebook sendiri atau untuk klien adalah tugasan yang boleh membantu penulis menjana pendapatan lebih 4 angka untuk setiap tugasan.

Kenapa saya tidak katakan untuk setiap bulan?

Kerana menghasilkan ebook memerlukan masa lebih panjang, bergantung kepada jumlah perkataan, jenis ebook, muka surat dan sebagainya.

7.Menulis manuskrip

Penulis yang mengambil upah menulis manuskrip juga bergantung kepada bayaran untuk sebuah manuskrip.

Bayaran itu perlu akan dibayar melalui beberapa fasa mengikut perjanjian yang dipersetujui.

Kesimpulannya penulis yang pandai mencari peluang ketika revolusi teknologi di dalam perniagaan ini berlaku boleh menjana pendapatan sendiri.

Sentiasalah menambah kemahiran dan melakukan banyak carian di internet dan media sosial untuk mendapatkan tawran-tawaran dari dalam dan luar negara.

Leave a comment