Salepage bantu mudahkan urus niaga bisnes

1–2 minutes

Sungguhpun kemudahan teknologi hari ini memudahkan pemilik bisnes menjalankan urusniaga di dalam online, namun masih ada kekurangannya.

Pemilik bisnes terpaksa melayani pelanggan 24 jam sehari apabila menggunakan aplikasi Whatsapp sebagai platform utama untuk berjual beli.

Malah, ramai pemilik bisnes merungut dan mengalami stres apabila barangan tidak terjual selepas menghabiskan masa melayani persoalanan pelanggan.

Perasaan serba salah juga muncul apabila memikirkan tidak melayani mesej pelanggan dengan segera walaupun anda sedang berehat dan bercuti.

Anda pasti hairan bagaimana pemilik bisnes lain boleh bertenang, nampak gembira dan mempunyai banyak masa untuk menguruskan hal lain seperti mengira stok.

Tahukah anda sebagai pemilik bisnes digital dan online, ada kaedah yang boleh memudahkan urusniaga?

Hari ini ramai pemilik bisnes online kecil atau besar mencuba membina landingpage, salepage atau mini site untuk menjalankan urusniaga.

Siapakah yang sesuai menggunakan salepage ini?

  1. Pengusaha makanan dalam pek
  2. Pengusaha pakaian
  3. Pengusaha kraftangan
  4. Pengusaha servis mencuci rumah
  5. Pengusaha makanan kesihatan
  6. Pengusaha kosmetik
  7. Pengusaha kelas online
  8. Pengusaha tahfiz
  9. Mencari dana masjid, tahfiz, haiwan terbiar, orang susah, dana bantuan kecemasan
  10. Pelbagai bisnes lain

Ramai pemilik bisnes dan usahawan online bersetuju mengenai salepage yang banyak memudahkan mereka berurusniaga. Tenaga kerja juga boleh dikurangkan dan menjimatkan kos operasi syarikat.

Malah, jualan juga semakin meningkat kerana perniagaan anda sentiasa berada dalam enjin carian google.

Prospek juga semakin mempercayai jenama anda kerana mempunyai salepage. Salepage juga membolehkan imej atau produk anda semakin dikenali orang di seluruh pelusuk dunia.

Kelebihan membina salepage :

1. Tidak perlu melayan membalas pertanyaan pelanggan 24 jam tanpa hasil

2. Tidak perlu rasa bersalah tidak menjawab soalan pelanggan di Whatsapp

3. Boleh mengumpukan semua paltform media sosial, e-commerce, link WhatsApp dalam satu halaman.

4. Mempunyai gateway payment untuk memudahkan pelanggan terus membuat pembelian.

5. Boleh kemaskini status penghantaran kepada pelanggan melalu e-mel

6. Memperbanyakkan pelanggan organik

7. Hanya menunggu bunyi ‘kecing-kecing’ di smartphone

8. Boleh blast SMS kepada pelanggan melalui data panggilan pelanggan

9. Generate invois secara automatik ke emel pelanggan

10. Laporan jualan setiap hari

Penggunaan salepage Onpay ini memang wajar dicuba oleh pemilik bisnes online yang mahukan pengjimatan dan kurangkan stres melayani pelanggan ‘joy buyer’.

Leave a comment