Mengapa perlu upah penulis dalam organisasi bisnes digital anda?

2–3 minutes

Cara pemilik bisnes digital ‘cut-cost’

Saya tahu anda mesti masih pening dan tercari-cari cara membuat konten yang betul untuk bisnes digital kan?

Tahu tak sebenarnya, seorang penulis boleh tolong anda menyelesaikan sebahagian masalah berkaitan bisnes digital anda.

Bisnes digital adalah berkaitan bagaimana anda mahu menjual produk, memperkenalkan produk, membuat iklan, membuat marketing, mendapatkan engagement dengan orang ramai atau prospek.

Beralih ke bisnes digital memudahkan anda untuk menjalankan bisnes sebenarnya. Banyak platform atau saluran untuk menjalankan bisnes boleh digunakan.

Malah lebih mudah, cepat, dan menjimatkan.

Anda boleh menggunakan semua saluran media sosial, internet, website, e-commerce dan sebagainya.

Tiada sekatan untuk anda memilih semua saluran ini, bagi menjalankan bisnes dan berurus niaga.

Namun masalah baru anda adalah, masih tidak mahir untuk menghasilkan konten untuk semua platform digital ini.

Betul kan?

Dalam dunia bisnes digital anda memerlukan pakar-pakar ini :

  • -Penulis kreatif
  • -Pereka grafik
  • -Juruvideo/juru gambar
  • -Content creator
  • -Tim Marketing
  • -Dan banyak lagi

Saya yakin ada di dalam kalangan anda masih tidak tahu apa fungsi pakar-pakar ini dalam bisnes digital hari ini.

Perniagaan digital yang melonjak naik lebih cepat kerana pemiliknya sedar keperluan pakar-pakar ini dalam organisasi.

Masa untuk bereksperimen, membuang masa dan duit sudah tamat. Anda perlu bijak membuat perancangan dan melangkah kehadapan.

Adaptasi segera dengan dunia bisnes digital ini.

Dahulu, semasa tidak menjalankan bisnes konvesional melalui kedai mungkin pakar-pakar itu tidak diperlukan. Anda hanya perlukan pembantu juru jual sahaja.

Mahu buat poster atau flyer pergi sahaja ke kedai printing, bayar upah untuk buatkan banner dan sebagainya.

Tetapi hari ini, hampir setiap hari anda perlu ada poster baru, ayat iklan baru, perlu ada konten di media sosial, perlu ada info bertulis di salepage dan sebagainya.

Pening kan? Banyaknya perlu keluarkan modal upah pekerja walaupun boleh berjimat untuk marketing di televisyen, radio dan akhbar.

Sebab itulah, anda perlu bekerjasama dengan penulis profesional untuk membangunkan bisnes digital ini. Penulis ini boleh memulakan idea untuk bisnes anda.

Penulis akan menyediakan semua bahan yang diperlukan untuk semua platform bisnes anda!

Anda masih ragu dan tidak percaya?

Jika anda mahu memuat naik video ke YouTube, sebelum merakamkan video anda perlukan skrip.

Dari mana anda mahu mendapatkan skrip? Pastinya dari seorang penulis yang boleh mengembangkan idea anda untuk menghasilkan kandungan video lebih tersusun.

Media sosial anda juga akan sentiasa dikemaskini dengan info-info menarik dan untuk engagement dengan orang ramai. Semua ini kerja penulis profesional.

Ingin tahu lagi?

Anda pernah dengar tentang newsletter? Bahan-bahan penulisan ini digunakan untuk meningkatkan jualan anda. Sudah pasti anda berniaga untuk mendapatkan keuntungan.

Jadi semua bahan marketing ini diperlukan untuk bisnes digital anda.

Sebenarnya penulis ini akan menjadi aset dan segala-galanya untuk anda. Saya berikan contoh, sebelum menulis copywriting seorang penulis akan terlebih dahulu mengkaji produk dan bisnes anda.

Penulislah akan memikirkan bagaimana boleh menarik pelanggan dengan penulisannya.

Jadi anda fikir sendiri, penting atau pun tidak seorang penulis dalam organisasi bisnes digital anda?

Leave a comment