Cara Menulis Manuskrip Buku

3–4 minutes

Berbagai cara menulis manuskrip buku dikongsi di blog-blog dan internet boleh diikuti. Namun sebagai penulis penulis upahan saya juga mempunyai cara tersendiri untuk menulis.

Semuanya saya bina dari pengalaman sepanjang menulis manuskrip pertama untuk klien yang berada di London.

Ini bukan yang pertama saya dilamar untuk menulis manuskrip buku. Saya masih ingat, kali pertama dilamar untuk menulis manuskrip buku pada bulan puasa tahun ini (2022).

Namun saya terpaksa menolaknya kerana mempunyai banyak komitmen untuk menyiapkan tugasan klien yang lain dan kerja hakiki sebagai penulis konten di sebuah syarikat digital marketing.

Selepas itu saya dilamar sekali lagi oleh sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Walaupun pertama kali, saya terima juga dan menganggap itu peluang pertama untuk saya melangkah dalam dunia penulisan manuskrip buku khususnya.

Sepanjang proses manuskrip buku pertama ini saya banyak belajar dari pengalaman sendiri.

Saya berpegang kepada prinsip setiap penulis mempunyai style atau gaya tersendiri dalam penulisan buku. Begitupun, sebagai ghostwriter saya juga perlu mengambil kira kehendak klien yang mahukan penulisan buku disampaikan seperti mana.

Bagaimana memilih gaya penulisan?

Temubual pertama

Temubual pertama dibuat untuk mengenali klien dengan lebih dekat terutamanya. Mengetahui apa jenis buku yang mahu dihasilkan mereka.

Apa yang terjadi kepada saya, klien mempunyai idea namun tidak jelas. Saya hanya dapat mengenalpasti apa yang diinginkan klien selepas temubual kali ke-2.

Peta minda

Selepas temubual kali pertama, poin yang saya berjaya kutip akan dikeluarkan satu persatu sebagai poin penting yang boleh dijadikan topik penting dalam bab atau sub topik.

Saya akan menggunakan formula 5w1h untuk mengeluarkan persoalan-persoalan yang boleh dijadikan isi dalam penulisan nanti.

Persoalanan ini juga akan ditanya kepada klien dalam temubual berikutnya.

Pengstrukturan bab

Selepas membuat peta minda, saya akan merangka struktur buku dari bab ke bab. Saya keluarkan poin penting dalam temubual antara klien. Poin penting itu dipilih dan dijadikan bab ke bab.

Pengstrukturan ini juga saya lakukan dengan merujuk rangka buku yang digariskan untuk penulis.

Kerja membuat pengstrukturan ini mengambil masa agak lama kerana perlu mengeluarkan persoalanan-persoalanan yang akan dimasukkan ke dalam setiap bab untuk dijadikan isi penulisan.

Membina framework dan timeline

Sebagai penulis, membina framework dan timeline sangat penting. Framework termasuklah memperincikan berapa muka surat yang perlu ditulis setiap hari, dan berapa patah perkataan yang boleh ditulis setiap hari.

Timeline adalah dengan menetapkan berapa lama tempoh penulisan ini boleh disiapkan.

Kadang-kadang klien akan menetapkan deadline untuk penulis. Jadi sebagai penulis, kita perlu merancang masa menulis dengan baik.

Menetap temubual mengikut bab

Kemudian saya akan menetapkan temubual mengikut bab. Langkah ini lebih memudahkan penulis.

Saya mengadakan temubual pada setiap minggu. Dalam tempoh seminggu itu juga saya akan melakukan transkripsi dan menulis secara kasar dengan tidak meninggalkan poin penting.

Draf pertama ini penting ditulis. Saya juga akan menghantar kepada klien dari satu bab ke bab untuk semakan poin penting.

Editing

Editing adalah masa kritikal bagi penulis. Editing dilakukan untuk menyemak ejaan, tatabahasa dan sebagainya. Selain itu, saya memberi keutamaan untuk mengembangkan plot dan isu.

Semasa proses ini, manuskrip akan berubah menjadi lebih panjang, dan sedap dibaca penuh dengan drama-drama mengikut jenis buku yang ditulis. Saya menulis buku tentang riwayat hidup yang penuh dengan inspirasi.

Jadi style penulisan saya lebih banyak dimasukkan fakta. Saya jadikan fakta dalam bentuk storytelling yang disuntik sedikit drama kehidupan mengikut garis masa.

Penambahan fakta

Sebagai penulis upahan atau ghostwriter, saya juga akan menghadapi masalah kekurangan maklumat yang perlu mengambil masa untuk mendapatkan. Kekurangan maklumat ini kebiasaannya berpunca daripada klien juga.

Namun sebagai penulis upahan, kita perlu bijak untuk menyelesaikan masalah ini. Saya tidak menunggu semua maklumat lengkap diberikan pelanggan sebaliknya membuat editing penuh terlebih dahulu.

Saya memberi masa kepada klien untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Apabila maklumat tersebut telah diperolehi, saya hanya akan memasukkannya ke dalam skrip yang sudah diedit. Jika perlu ditambah baik pun, saya percaya ia tidak perlu dilakukan sepenuhnya.

Pastikan fakta betul

Fakta perlu betul. Sebagai penulis, kita sendiri perlu membuat kajian terlebih dahulu sekiranya terdapat fakta yang kurang jelas ia perlu ditanya semula kepada klien untuk mendapat kepastian.

Ini adalah tanggungjawab penulis upahan juga.

Oh ya!

Jangan lupa untuk menyediakan surat perjanjian,dan jadual pembayaran.

Leave a comment