Apakah yang dilakukan seorang penulis?
Pasti ramai yang ingin tahu apa pekerjaan yang sering dilakukan penulis upahan setiap hari. Adakah dalam tempoh mereka bekerja hanya menulis sahaja. Dari mana penulis ini mendapat idea untuk menulis.
Sebagai seorang penulis yang dibayar gaji dengan hasil penulisan mereka, tugasnya bukan hanya sekadar menulis.
6 kemahiran yang perlu ada pada penulis upahan
1. Mencari maklumat
Kemahiran mencari maklumat perlu dikuasai penulis upahan untuk menulis dengan tepat. Maklumat untuk sesebuah artikel atau penulisan boleh dicari melalui pembacaan, temubual, servel, soal selidik, analisis dan sebagainya. Namun begitu, menjadi seorang penulis upahan, anda perlu tahu dimanakah semua ini boleh diperolehi dan apakah saluran yang boleh digunakan.
2. Rujukan
Kemahiran membuat rujukan juga penting bagi penulis upahan kerana maklumat yang mahu dicari mestilah berpandu sumber rujukan yang betul.
3. Kumpul maklumat
Mengumpul maklumat juga adalah kemahiran penulis upahan. Mengumpul maklumat yang berkaitan perlu dilakukan bagi mengelakkan poin yang hendak disampaikan tepat dan tidak tertinggal.

4. Editing
Penulis upahan juga pandai mengedit bahan bacaanuntuk memastikan penulisan itu memenuhi kriteria yang ditetapkan.
5. Kreatif
Penulis upahan juga perlu kreatif dan berfikir di luar kotak. Hal ini bermaksud sebagai penulis upahan yang dibayar untuk menghasilkan penulisan atau kata-kata perlu berfikir lima langkah kehadapan apabila bermain dengan perkataan. Disebabkan itu sekiranya penulis upahan mengambil upah copywriting, ayat yang ditulis pastinya boleh menjadi pelbagai maksud dan orang boleh membuat tanggapan tersendiri.
6. Pereka
Penulis upahan juga perlu menjadi pereka grafik untuk poster, flyer dan bahan bacaan pelanggan. Dengan mengusai kemahiran ini, penulis upahan bukan sahaja boleh menambah pendapatan tetapi lebih memahami konsep sebenar penulisan yang ingin disampaikan. Malah masalah berkaitan salah faham juga boleh dielakkan.
Kemahiran boleh dipelajari penulis upahan muda , pemula atau junior semasa dari semasa. Sertailah kelas-kelas pemantapan secara berbayar atau percuma dan juga banyak menonton video berkaitan servis yang ditawarkan. Sebagai penulis upahan, membaca buku perlu dijadikan satu rutin dalam kehidupan bermula hari ini.
Selebihnya, bersabar dan berdoa supaya kita menjadi penulis yang diredai dan mampu memberi sesuatu nilai kebaikan kepada umat manusia.






Leave a comment