6 cara buat duit dengan menulis

2–4 minutes

Jika anda sedang mencari cara buat duit dengan menulis, ya anda telah temui tempat yang tepat.Pasti ramai pandai menulis dan mahu menjadi penulis upahan dan ghostwriter di Malaysia.

Tambahan pula dunia penulisan hari ini semakin berkembang bukan hanya tertumpu kepada penulisan buku, majalah surat khabar atau ilmiah sahaja sebaliknya beralih ke platform digital.

Di mana pemilik bisnes juga banyak memerlukan penulis untuk menghasilkan konten digital di media sosial, blog dan sebagainya sebagai satu strategi marketing digital mereka.

Jika dahulu pemilik bisnes hanya memberi fokus kepada marketing melalui cetakan, radio dan televisyen namun hari ini media sosial menjadi platform terpenting untuk marketing bisnes mereka.

Oleh kerana itulah, pemilik bisnes hari ini memerlukan penulis upahan atau ghostwriter untuk membuat kerja-kerja menulis bagi pihak mereka. Peluang untuk anda yang suka menulis dan mempunyai kemahiran menulis semakin terbuka luas.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang baharu sahaja menceburkan diri dalam bidang ini mampu meraih 4 angka dalam tempoh 3 bulan.

Saya memulakan kerjaya saya sebagai ghostwriter pada akhir bulan 10 tahun lalu sebaik sahaja tamat mengikuti kursus.

Walaupun perjalanan memasarkan diri sebagai ghostwriter tidak mudah namun saya menemui cara dan strategi yang boleh membantu ghostwriter pemula menjana pendapatan.

Antara tips mula menjana pendapatan sebagai ghostwriter pemula adalah :

1. Masuk kelas penulis dan ghostwriter

Bagi penulis baru dunia ghoswriter mungkin belum didedahkan. Jadi langkah pertama sertai mana-mana kelas ghoswriter untuk mendapatkan ilmu asas mengenai bidang ini.

2. Kelas marketing digital

Jika anda mahu cepat menjana pendapatan, saya sarankan pilih niche penulisan digital marketing. Anda boleh menjadi copywriter, content writer, ghostwriter, creative writer atau UX writer secara sambilan, atau mengambil upah berdasarkan tugasan.

3. Membuat kajian

Walaupun anda mempunyai kemahiran menulis, namun untuk menjadi penulis yang sentiasa diburu prospek perlu pastikan kemahiran memasarkan diri.

Lagi banyak anda membuat kajian akan menjadikan diri anda sebagai penulis yang unik dan berbeza. Penulis yang berbeza ini akan lebih menonjol.

4. Wujudkan blog

Saya akui banyak klien dan prospek berpotensi diperolehi daripada blog. Sebagai seorang penulis, servis anda akan mudah dicari melalui google search.

Jangan kedekut untuk melabur sedikit membina blog sendiri. Saya menggunakan servis provider wordpress .

5. Aktif di media sosial

Sebagai penulis, anda perlu aktif menulis di media sosial. Di platform mana terserah. Saya lebih selesa di Facebook dan blog.

Namun sekali sekala akan ke TikTok dan YouTube. Semua media sosial ini boleh dijadikan medium untuk memasarkan diri dan menjenamakan diri serta servis penulisan yang ditawarkan.

6. Cuba iklan berbayar

Tidak salah kita mencuba iklan berbayar di Facebook contohnya. Saya menggunakan FB Ads untuk mempromosikan servis penulisan di sana.

Di samping itu, saya cuba mengambil peluang belajar selok belok mengenai pemasaran di FB Ads.

Saya hanya melabur RM60 untuk iklan, pulangannya berlipat kali ganda. Malah mula menerima klien untuk menggandakan pendapatan sehingga 4 angka. Langkah yang tepat dan menjadi serampang dua mata bagi penulis.

Kemahiran dalam digital marketing khususnya FB Ads juga meningkat dan menjadi nilai tambah dalam servis penulisan saya.

Ada lagi beberapa tips yang boleh membantu anda menjadi penulis upahan dan ghostwriter diburu prospek.

Bagaimanapun sentiasalah berdoa kepada Allah dan bertawakallah kepadanya.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:

“Dan tiadalah sesuatu pun daripada kalangan makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia kembali. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada para malaikat yang berkenaan).”

(Surah Hud, ayat 6)

Jom daftar waiting list sebagai peserta Kelas Sharing Session Penulis Upahan Cik Milah di sini :

Leave a comment