4 cara jalankan temubual

2–3 minutes

Ramai penulis muda atau penulis pemula tidak biasa dengan proses temubual klien mereka. Ada yang terpaksa tolak kerana bimbang dan takut dengan proses temubual yang bakal berlangsung dengan prospek.

Saya percaya, perasaan ini juga dialami oleh semua orang sama penulis pemula atau penulis bertaraf senior. Namun bagi yang terbiasa dengan proses ini ketika bekerja, penulis mampu mengawal perasan untuk memastikan proses temubual berjalan lancar.

Di sini saya akan berkongsi beberapa tips dan cara yang pernah saya gunakan untuk menemubual klien dan ia berjalan dengan lancar dan mencapai objektif.

4 cara menemubual klien dengan betul

1. Buat kajian

Sebagai penulis tidak kiralah menulis untuk konten sendiri, atau diupah oleh klien, kajian mengenai organisasi, latarbelakang, syarikat, produk dan bisnes perlu dilakukan.

Kajian ini boleh dibuat dengan mencari di internet, majalah syarikat, website syarikat dan juag media sosial syarikat atau klien berkenaan.

Dengan membuat kajian anda akan menemui banyak soalan untuk bertanya.

2. Sediakan soalan

Soalan yang mahu ditanyakan mestilah mempunyai beberapa elemen untuk memudahkan proses menulis kelak.

Pastikan tetapkan target, objektif dan tahu konsep penulisan yang akan digunakan semasa menulis.

3. Pimpin klien

Saya bertemu dengan banyak klien yang suka berbual dan ada yang tidak pandai berkata-kata. Kedua-dua ciri klien ini perlu ditangani dengan baik.

Baik klien yang suka berkata-kata, anda perlu tahu di mana perlu hentikan perbualan yang tidak menjurus kepada objektif.

Caranya, anda boleh mohon maaf terlebih dahulu dan mengulangi soalan yang belum dijawab klien.

Bagi klien yang tidak pandai berkata-kata, anda perlulah membantu bagi idea atau talking point untuk mereka ulas lanjut. Oleh sebab anda juga perlu tahu atau menjawab soalan terlebih dahulu sebelum bertanya kepada klien.

4. Tenang


Apa pun terjadi sebagai penulis, anda perlu bertenang. Manusia ini bermacam watak dan sikapnya, adanya bersuara keras, garang, tegas, cerewet dan yang tidak kisah.

Saya juga pernah berdepan dengan bermacam-macam karektor klien. Apa yang penting bertenang. “Benda boleh bincang, kenapa mahu bergaduh,”.

Bincanglah sehingga mencapai satu kata persetujuan.

Ini antara kaedah yang saya lakukan ketika mendapat tawaran menulis manuskrip, artikel blog, atau konten-konten untuk media sosial.

Kaedah menemubual adalah penting untuk penulis mendapatkan maklumat dengan jelas, dan mencari X Factor bagi bisnes mereka. Kaedah ini juga boleh dilakukan oleh pemilik bisnes untuk menghasilkan konten yang lebih berkualiti bagi syarikat sendiri.

Leave a comment