Strategi copywriting meningkatkan engagement bisnes di media sosial

2–4 minutes

Mesti ramai pemilik bisnes tertanya-tanya kenapa ada copywriting syarikat ini macam ini, ada yang macam itu. Masing-masing tidak sama gayanya.

Ada yang asyik-asyik menggunakan ayat boombastik atau hiperbola, kadang-kadang metafora. Malah ada yang menggunakan kaedah ‘over claim’ dalam penyampaikan konten marketing mereka terutama dalam bentuk penulisan.

Jika anda pernah membuat perbandingan atau terbaca copywriting atau penulisan iklan dari syarikat jenama terkemuka, ayatnya sangat bersahaja dan klise.

Tapi orang masih boleh terpengaruh dan membelinya. Kenapa ya?

Berbanding produk berjenama lokal, ayat pengiklanan mereka lebih boombastik dan berlebih sehingga kadangkala prospek menyampah untuk membaca.

Ayat iklan sebegini adalah copywriting yang hardselling atau softselling.

Copywriting hardselling ini berbentuk ajakan, dan arahan supaya orang dapat membuat tindakan segera.

Dalam menulis copywriting hardselling pula perlu tahu kempen atau kaedah yang mana perlu digunakan.

Jika pemilik bisnes ingin meningkatkan sedikit volum jualan mungkin diskaun atau promosi boleh digunakan dalam copywriting hardsell ini.

“Dapatkan segera beli 2 percuma 3, hanya hari ini saja!”

Ayat hardsell sebegini akan membuatkan orang membuat tindakan segera untuk membeli.

Copywriting berbentuk softselling pula, pemilik bisnes atau penulis iklan akan memasukkan elemen mengenai produk seperti bahan, testimoni dan sebagainya.

Copywriting berbentuk storytelling paling diminati dan mampu mendapatkan engagement daripada prospek.

Dalam penulisan copywriting storytelling ini akan melibatkan emosi. Emosi di dalam copywriting ini perlu divisualkan dengan tindakan walaupun berbentuk penulisan.

Cara menulisnya :

  1. Berfakta – Hari, tarikh, waktu, dan suasana boleh menjadi fakta yang boleh dimasukkan dalam penulisan copy ini
  2. Emosi – Dalam penulisan iklan emosi memainkan peranan penting untuk meingkatkan engagement iklan. Emosi adalah satu elemen psikologi yang boleh mempengaruhi seseorang manusia atau prospek.
  3. Visualisasi – Emosi juga perlu divisualkan dengan menceritakan keadaan bagaimana anda berhadapan dengan emosi ketika itu.
  4. Impak – Dalam penulisan ini juga perlu ada elemen berimpak, sama ada positif atau negatif. Kadangkala iklan yang ditulis dalam bentuk storytelling boleh menjadikan orang sedih, gembira dan teruja.
  5. CTA – Jangan sesekali lupa untuk meletakkan elemen CTA dalam setiap copywriting anda, supaya mudah orang membeli atau membuat tindakan.
  6. Gambar atau video – Gambar atau video juga memainkan peranan penting dalam keberkesanan copywriting. Kadangkala orang terpikat dengan gambar sebelum ingin membaca copywriting tersebut. Ingat tiga saat pertama berhara untuk menarik perhatian prospek ke agenda atau objektif utama anda.

Copywriting storytelling hari ini menjadi taktik yang digunakan oleh ramai pemilik bisnes atau copywriter untuk menarik perhatian dan meningkatkan engagement masyarakat di media sosial.

Contohnya copywriting storytelling :

Dah lama nak makan pisang goreng ni, selalu nak beli beratur punyalah panjang. Harini Alhamdulillah dapat jugak, tengok pun tau sedap. Tebal giler hirisan pisang dia, warna kuning keemasan, ditabur pula dengan coklat meleleh…perh sedap weyh. Menyesal beli satu set jer. Tak cukup ni. Nanti nak kena pi beli banyak sikit. Ha…Kalau korang nak beli jangan pi awal sangat, pi lewat sikit pukul 3 ke…lokasi dia dekat belakang sekolah A jer. Nama dia pisang gorko.

Bidang berkaitan storyteller ini adalah satu industri yang tidak pernah hilang ditelan dek zaman dan kemodenan teknologi. Malah pendakwah sejak dari dulu menggunakan kaedah storytelling untuk memahamkan umat. Malah dalam ayat al-Quran juga disebut mengenai kaedah ini, di mana Allah menyampaikan kisah-kisah rasul terdahulu melalu penceritaan atau storytelling.

“Dan semua kisah rasul-rasul, Kami ceritakan kepadamu (Muhammad), agar dengan kisah itu Kami teguhkan hatimu; dan di dalamnya telah diberikan kepadamu (segala) kebenaran, nasihat dan peringatan bagi orang yang beriman” (QS. Hud [11]: 120)

Malah, kanak-kanak sehingga orang dewasa juga suka mendegar cerita sama fairytale atau betul.

Jadi pemilihan jenis copywriting yang paling terbaik untuk meningkatkan engagement adalah berbentuk storytelling.

Leave a comment