Percaya atau tidak, bidang penulisan semakin mendapat permintaan dalam pelbagai industri ketika ini.
Walaupun hari ini, sesiapa sahaja boleh menulis, namun masih ramai yang tidak tahu bagaimana menghasilkan wang dalam bidang penulisan.
Sungguhpun begitu, bidang penulisan juga memerlukan kemahiran tertentu bagi membolehkan artikel atau penulisan yang memenuhi permintaan industri.
Dahulunya, bidang penulisan mungkin dikuasai orang yang mendalami ilmu bahasa, kesusasteraan dan yang berkaitan.
Bagaimanapun hari ini, ledakan teknologi dan kemudahan platform media sosial membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi penulis sama ada secara profesional untuk mendapat upah atau pun berbentuk peribadi seperti memberi pendapat serta ulasan mengenai sesuatu isu.
Pasti ramai yang berbakat besar dalam bidang penulisan, namun ramai juga yang tidak mempunyai keyakinan dengan kemahiran yang ada, malah melupakan cita-cita untuk menjadi seorang penulis.

Sebelum ini, saya juga pernah berada dalam situasi tersebut selepas terpaksa mengambil keputusan meletak jawatan sebagai seorang wartawan di sebuah syarikat penerbitan.
Malah, ramai juga yang beranggapan seorang bekas wartawan sukar untuk mendapat pekerjaan lain kerana tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam industri selain berkaitan penulisan buku, majalah, akhbar serta seumpamanya.
Saya tidak menafikan perkara tersebut, namun banyak juga kelebihan seorang bekas wartawan yang tidak dimiliki orang lain.
Sebenarnya, kemahiran seorang bekas wartawan itu amat diperlukan dalam bidang bisnes hari ini. Pengdigitalan bisnes yang merubah langskap ekonomi ini, memerlukan penulis mahir sebagai tenaga kerja di syarikat mereka.
Hal ini kerana, penulis diperlukan dalam segmen marketing atau pemasaran sesebuah bisnes, perniagaan dan syarikat.
Sebelum ini, perniagaan secara fizikal atau konvensional di butik, kedai, tepi jalan dan sebagainya tidak memerlukan khidmat penulis kerana urusan jual beli berlaku dalam masa nyata.
Saya melihat banyak peluang terbentang luas, sekiranya seseorang itu mahir dalam bidang penulisan dan mempunyai minat serta azam yang tinggi untuk menambah kemahiran dalam digital marketing.
Namun, bagi anda yang mengintai peluang menjadi penulis profesional, beberapa langkah dan cara di bawah mungkin dapat membantu merealisasikan impian tersebut.
- Copywriter

Hari ini copywriter yang profesional dan mahir dalam bidang digital marketing sangat diperlukan syarikat serta pemilik bisnes.
Copywriter diperlukan untuk menulis iklan dalam platform digital seperti media sosial Facebook, Instagram, Telegram dan sebagainya, serta internet seperti website, dan landingpage.
- Content writer

Ini adalah satu lagi pekerjaan yang diperlukan pemilik bisnes dan syarikat-syarikat kecil atau besar hari ini.
Content writer akan menjalankan kerja-kerja menulis seperti press release, artikel syarikat, artikel untuk majalah, dan sebagainya.
Sesebuah bisnes dan syarikat memerlukan semua material penerbitan untuk marketing ini yang bertujuan untuk menaikkan jualan dan mencapai objektif syarikat.
Kemudahan dan perubahan teknologi hari ini, memberi kelebihan pemilik bisnes dan syarikat membangunkan semua material penerbitan untuk marketing ini.
- Penulis blog

Menjadi seorang penulis blog hari ini juga mampu menjana pendapatan yang lumayan sama ada menulis untuk blog sendiri atau mengambil upah untuk orang lain.
Sedar atau tidak, banyak pemilik bisnes dan syarikat ketika ini sedang membangunkan lawan web untuk meningkatkan strategi digital marketing mereka.
Oleh itu, pemilik bisnes ini memerlukan seorang penulis untuk mengemaskini laman web mereka dari semasa ke semasa.
- Ghost writer/penulis upahan

Anda juga boleh menjadi ghost writer untuk pemilik bisnes, public figure dan sesiapa sahaja yang mahu menerbitkan buku.
Ramai public figure dan pemilik bisnes hari ini mahu menerbitkan buku sama ada buku mengenai syarikat, karier, kisah hidup, motivasi, tips dan sebagainya sebagai satu lambang profesional ataupun strategi digital marketing.
Penulis upahan diperlukan mereka untuk menyelsaikan tugas menulis menuskrip dan menerbitkan buku-buku ini.
Pendapatannya juga lumayan.
6. Speaker/ Trainer

Percaya atau tidak penulis juga semakin mendapat tempat dalam pelbagai bidang sama di syarikat swasta, kerajaan atau gergasi (GLC). Syarikat ini yang terpaksa berubah akibat ledakan teknologi memerlukan kemahiran menulis yang betul terutama artikel untuk penerbitan di semua platform digital.
Penulisan berkaitan syarikat, produk, dan sebagainya perlu dilakukan bagi memenuhi tuntutan persaingan perniagaan serta kehendak masyarakat.
Contohnya, Kementerian Kesihatan Malaysia begitu aktif menjalankan tanggungjawab sosial atau tugasa mereka memberi penerangan berkaitan penyakit, dan penyakit di media sosial. Hal ini, juga dianggap perubahan baharu namun perlu dalam memenuhi keperluan dan peranan kementerian.
Jika pemilik bisnes, NGO, jabatan kerajaan dan sebagai tidak memiliki penulis mahir dan profesional ia akan memberi masalah kepada mereka. Menjadikan penulis berpengelaman, mahir dan profesional akan membantu menyampaikan tugasan dan maklumat berkesan dalam bentuk penulisan kepada masyarakat ataupun prospek.

Kesimpulannya, profesion sebagai seorang penulis dilihat masih relevan dan evergreen, namun untuk menjadi seorang penulis yang sentiasa diburu prospek perlu meningkatkan kemahiran mengikut kehendak industri.
Bagi saya hari ini, pengdigital perniagaan menjadi lubuk duit atau pekerjaan bagi seorang penulis.

Leave a comment