Dalam dunia perniagaan atau bisnes hari ini, mengupah seorang content writer dalam setiap syarikat sangat penting.
Ini kerana content writer diperlukan untuk menggerakkan kerja-kerja digital marketing sesebuah syarikat atau bisnes.
Bayangkan syarikat atau bisnes yang dibangunkan anda tidak mempunyai seorang content writer yang kreatif dan berpengalaman?
Pastinya pemilik bisnes akan ketinggalan dan marketing-marketing yang dijalankan tidak berkualiti malah tidak mencapai objektif.
Tugas menyediakan artikel atau bahan-bahan penulisan dalam content digital marketing bukan perkara yang mudah, ia memerlukan kemahiran untuk menulis termasuklah menyusun ayat dan sebagainya.
Malah, artikel atau penulisan yang dihasilkan perlu mempunyai nilai yang bertujuan untuk mencapai objek dalam marketing sesebuah bisnes dan syarikat.
Jika 2-3 tahun lepas, penulisan dalam content marketing digital tidak dititikberatkan oleh pemilik bisnes, yang saya boleh katakan tempoh ini adalah proses bereksperimen dan percubaan dalam transformasi pengdigitalan pernigaan.
Namun, hari ini penulisan dalam content digital marketing perlu ada standard dan berkualiti, penggunaan ayat yang teratur dan ejaan yang betul juga diambil kira.
Hal ini dibuktikan apabila netizen atau pengguna media sosial sering melemparkan kritikan dan pandangan mengenai copywriting atau penulisan yang dimuat naik hantaran (posting), sekiranya sesuatu penulisan itu tidak berkualiti.
Kritikan ini akan memburukkan imej syarikat. Walaupun ada yang menyatakan bad marketing is good marketing, namun konsep ini tidak lagi boleh digunakan hari ini.
Ini kerana masyarakat semakin bijak dan sudah mempunyai banyak pilihan yang lebih baik. Jangan tidak kuasa psikologi adalah paling berkuasa dalam strategi marketing.
Sanggupkah anda untuk dikritik, dan dihina sebegitu? Mengapa tidak melakukannya dengan cara lebih baik sama ada dengan mengupah staf atau freelancer bagi menyediakan penulisan content marketing digital anda?
Justeru, tidak terkejut sekiranya trend pemilik bisnes dan syarikat mula membuka jawatan-jawatan kosong yang perlu diisi degera oleh penulis kandungan atau content writer yang berpengalaman semakin banyak terpapar di ruangan internet.
Malah, ada yang mengupah penulis bebas (freelancer) untuk menghasilkan penulisan-penulisan seperti copywriting, newsletter, emel, kenyataan media, artikel di blog, artikel di Facebook, testimoni pelanggan, technical content, publication content, majalah, jinggle, sarikata, skrip video iklan dan sebagainya.
Ini semua kerja seorang content writer untuk menghasilkannya untuk sesebuah bisnes dan syarikat dalam mencapai objektif perniagaan mereka.
Keperluan-keperluan content digital marketing dalam bentuk penulisan ini perlu diadakan dalam sesebuah syarikat dan perniagaan dalam talian hari ini.
Jika dahulu, penyediaan bahan marketing untuk bisnes memerlukan kos yang tinggi apabila perlu membayar kos percetakan, yuran pengiklanan di televisyen, radio, mengedar flyer rumah ke rumah namun pembangunan teknologi memudahkan pemilik bisnes dan syarikat malah menjimatkan kos pengoperasian.
Bagaimana menghasilkan content writing
- Mesra SEO

Dalam setiap content writing yang dihasilkan perlu mempunyai ciri-ciri mesra SEO.
Content writing yang mesra SEO akan memudahkan orang ramai membuat carian di internet. Hal ini akan memberi keuntungan kepada syarikat, boleh jadi menjimatkan kos untuk membayar yuran kepada google ads dan sebagainya.
- Content yang boleh mempengaruhi

Kerja untuk mempengaruhi audien, dengan penulisan bukan satu kerja yang boleh dianggap mudah.
Dalam penulisan ini, content writer perlu mengetahui siapakah target audien bisnes.
Mencari nilai X factor dan memasukkan kesemua nilai tersebut akan membantu content writing di media sosial anda menarik dan memberi pengaruh kepada audien untuk mengetahui lanjut sebelum mengambil tindakan untuk membeli.
- Bagi orang ingat

Content writing perlu ada ayat atau perkataan yang boleh membuatkan orang teringat.
Bagi saya penggunaan X Factor atau UPS ini boleh membantu content writing sesebuah perniagaan dan syarikat menjadi ingatan audien.
- Viral

Content writing yang viral atau tular boleh capai kepada lebih ramai audien.
Namun, sekiranya platform media sosial yang digunakan algorithm juga perlu dipertimbangkan.
Bagi saya sebagai seorang content writer mengambil pendekatan untuk menghasilkan penulisan mengikut trend dengan menggunakan perkataan terkini, istilah yang sedang digunapakai hari ini.
Cara ini antara yang boleh mengikut rentak permainan algorithm di media sosial.
- Content writing berfakta – data

Cara penulisan untuk content writing berfakta boleh jadi artikel storytelling, anekdot atau laporan.
Sesuai digunakan oleh public figure yang mahu content di media sosial lebih tersusun dan konsisten.
- Publication content/kandungan penerbitan

Ramai yang masih tidak tahu, flyers atau news content sangat diperlukan dalam sesebuah perniagaan atau syarikat.
News content boleh disiarkan di dalam website atau melalui hardcopy risalah atau mini majalah.
Mewujudkan publishing content ini akan meningkatkan kepercayaan orang ramai dan meningkatkan imej syarikat anda.
- Press release/kenyataan media

Sesekali syarikat atau pemilik bisnes perlu juga membuat pengumuman media yang disiarkan secara umum di media sosial.
Ini adalah cara untuk berkomunikasi dengan orang ramai dan media.
Malah lebih mudah spam sahaja ke emel pihak media.
Saya sebagai seorang content writer profesional kebiasaannya akan berbincang dengan pemilik bisnes atau syarikat sebelum menghasilkan bahan untuk penulisan content digital marketing mereka.
Perkara ini penting untuk memastikan objektif syarikat dan perniagaan mereka tercapai.
Apakah objektif pemilik bisnes dan syarikat? Pastinya mahu untung, dikenali, dan mempengaruhi.






Leave a comment