Evolusi teknologi mengubah segalanya.
Begitu juga dalam dunia perniagaan. Dari perniagaan konvensional kini beralih kepada online dan digital.
Strategi dalam perniagaan turut berubah.
Keutamaan dalam perniagaan adalah content marketing digital. Ini adalah cabaran utama bagi pemilik bisnes besar, sederhana (SME) atau pun kecil.
Perubahan perniagaan kepada digital perlu dilakukan segera bagi mengelakkan kerugian dan sekaligus meningkat jualan.
Namun masih ramai yang tidak mahir dengan ilmu bisnes online ini. Banyak pemilik bisnes sekadar terikut-ikut dan hilang arah untuk memilih ‘sifu’ dalam menentukan hala tuju bisnes mereka.
Malah penggunaan media sosial sebagai medium marketing juga menunjukkan pemilik bisnes ini tiada ilmu pengetahuan yang betul dalam marketing.
Walaupun tidak dinafikan media sosial adalah medium paling murah, berkesan, jimat dan tiada penguatkuasaan undang-undang yang kuat, namun tanggungjawab pemilik bisnes kepada marketing yang dijalankan perlu diutamakan.
Sebagai seorang graduan dan pengamal media, saya melihat marketing yang dilakukan pemilik bisnes memberi kesan negatif yang lebih besar kepada masyarakat.
Hal ini kerana kebanyakan pemilik bisnes tidak memiliki ilmu yang betul tentang penggunaan media – media sosial hari ini.

Mana tidaknya, media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya boleh digunakan secara bebas dan percuma untuk menghubungkan antara satu dengan lain malah sehingga seluruh dunia.
Sudah tentu peluang ini menjadi satu batu loncatan dan lombong emas buat pemilik bisnes untuk mengembang perniagaan dan sekaligus melakukan urusan jual beli dan marketing – walaupun tiada ilmu secukupnya mengenai penggunaan media sosial dengan betul.
Usaha untuk mencuba dan bereksperimen berjual beli di media sosial adalah langkah yang baik dan bijak, malah boleh diberi satu pujian untuk pemilik bisnes dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka.
Bagaimanapun kekurangan ilmu dalam pengendalian media sosial sehingga memberi kesan buruk kepada masyarakat perlu dititik berat dengan segera.
Tahun 2022 memberi satu dimensi baru kepada pemilik bisnes di Malaysia, ramai usahawan dan pemilik bisnes yang terkandas sejak pandemik dua tahun lalu, kini bangkit.
Menyediakan content marketing digital bertanggungjawab
Sedar atau tidak, karektor pengguna media sosial bergantung kepada jenis akaun media sosial yang dimiliki mereka.
Facebook rata-ratanya pemilik akaun yang aktif mungkin berusia lewat 20an. Ini boleh dilihat daripada data demografi dalam Fb Ads.
Bermakna golongan ini lebih suka perkara yang berfakta dan content lebih bermanfaat. Malah saya boleh katakan mereka juga terdiri daripada individu yang suka membaca sekiranya ia menarik perhatian.
Justeru penyediaan material untuk content marketing digital perlu ada tanggungjawab kepada masyarakat.

Antara lima isu yang perlu dielakkan penggunaan dalam content marketing digital pada tahun 2022 :
- Sensitiviti –
- pastikan content yang dihasilkan sama ada dalam bentuk penulisan copywriting, poster, video, atau live sentiasa peka dengan isu sentiviti masyarakat. Contohnya sensitiviti keagamaan.
- Eksploitasi –
- pencipta kandungan atau pemilik bisnes perlu mengelakkan mengeksploitasi sesuatu perkara secara keterlaluan. Contohnya eksploitasi kanak-kanak, wanita dan sebagainya yang sering terjadi dalam marketing digital di media sosial hari ini.
- Over claimed –
- Banyak pemilik bisnes juga berlumba untuk menceritakan kebaikan produk mereka, sehingga memberi gambaran yang tidak benar dan over claimed. Malah turut memberi kesan kepada masyarakat terutama dalam produk jus kesihatan.
- Agama –
- Di Malaysia unsur keagamaan turut dijadikan satu elemen penting dalam content digital marketing. Hal ini amat membimbangkan malah memberi persepsi buruk kepada sesebuah agama itu sendiri.
- Mencolok mata –
- Isu menggunakan gambar poster dan video yang terlampau ghairah dan mencolok mata dalam strategi content marketing digital di media sosial khususnya sangat membimbangkan masyarakat. Hal ini kerana penggunaan media sosial sukar ditapis dan semua lapisan umur dapat menonton dan membacanya.
Bagaimanapun, masih banyak isu-isu lain yang perlu pemilik bisnes hari ini perlu minimakan atau elakkan demi kesejahteraan masyarakat.
Pemilik bisnes boleh menggunakan strategi lain yang lebih kreatif, bermanfaat dan menarik untuk mencapai objektif dalam marketing perniagaan mereka.
Mahupun begitu, kekangan masa dan tiada kemahiran untuk menghasilkan content yang baik dalam marketing digital boleh diselesaikan dengan mengupah staf secara sepenuh masa atau pun ‘outsorce’ kepada pihak kedua yang lebih profesional dan pakar.
Saya sendiri menerima banyak tempahan daripada pemilik bisnes yang kekurangan modal dan untuk menjimatkan kos untuk menyediakan content marketing digital mereka. Content marketing digital yang dihasilkan saya termasuk dalam bentuk penulisan copywriting, content writing, newsletter, penyediaan landingpage, run ads (FB, Ig) dan menyediakan poster (asas canva).
Selain itu ada juga pemilik bisnes yang mahukan saya sebagai seorang content writer Malaysia untuk menguruskan sepenuhnya akaun media sosial mereka seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Sebagai seorang pengurus media sosial saya perlu menyediakan copywriting, poster, edit video untuk reel Ig, TikTok, story Facebook dan posting harian.
Di sini saya akan menggunakan kepakaran dan kreativiti untuk meningkatkan trafik, engagement dan tindakan prospek yang berkunjung ke page media sosial pemilik bisnes ini.
Saya yakin dengan kemahiran saya yang bekerja dalam bidang media hampir 10 tahun ditambah dengan pengalaman sebagai content writer dan pengajian lebih tinggi dalam bidang media dapat membantu pemilik bisnes mencapai objektif perniagaan mereka.
Apa yang penting membuat marketing digital dengan betul dan berstrategi bukan hanya untuk kepentingan syarikat sebaliknya dalam memberi manfaat kepada masyarakat. Atau mendidik semula masyarakat untuk menggunakan media sosial dengan betul.
“Jika kita tidak mengubah dan mendidik, siapa lagi”
Cik Milah
Ini misi yang saya bawa sebagai penulis di Malaysia. Saya mahukan pemilik bisnes bukan sahaja berjaya dunia dengan mencapai objektif dalam marketing digital sebaliknya berjaya di akhirat dengan memberi pendidikan atau berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat.



Leave a comment