Bagi pemilik bisnes digital dan online yang baru terjebak dalam bidang ini, pastinya masih keliru dengan undnag-undang, etika dan peraturan berkarya di media sosial serta internet.

Kebanyakan mereka hanya mengikut trend atau meniru cara marketing daripada pemilik bisnes yang lain.
Mereka tidak tahu sama ada cara itu betul atau pun salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang, kompaun dan lebih parah memberi kesan kepada masyarakat.
Pasti ramai yang mula menyedari dan merasa kurang senang dengan konten yang dipaparkan di media sosial pemilik-pemilik bisnes.
Konten yang disiarkan bukan sahaja tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak tetapi kadangkala sudah tidak menghiraukan kesan kerosakan kepada masyarakat.
Sukar dipantau.
Betul sesungguhnya konten yang disiarkan di internet dan media sosial tiada kawalan ketat dan pantauan daripada pihak berkuasa dan bertanggungjawab.
Malah masyarakat sendiri seolah tidak kisah dengan hal berkenaan. Apa yang nampak betul-betul masyarakat mengambil tindakan hanyalah sekadar membuat serangan di komen atau boleh juga diklasifikasikan ‘cyber bully’.
Dunia marketing digital tahun 2022 telah berubah mengikut trend dan tahap kesedaran pengguna dan prospek semakin tinggi. Mereka bukan lagi mudah percaya dengan strategi ‘cheap marketing’ yang popular dilakukan pada beberapa tahun lewat kebelakangan ini.
Peranan pengamal media dalam penyusunan material digital marketing bisnes online.
Pengamal media adalah individu yang mengamalkan prinsip-prinsip dan etika dalam media. Hari ini prinsip ini boleh digunapakai juga untuk media sosial.
Kekalutan ledakan teknologi dan pengdigitalan perniagaan memaksa semua pemilik bisnes, ahli perniagaan dan usahawan mencuba dan mengikut trend-trend menggunakan media sosial sebagai strategi pemasaran.
Namun saya percaya, ramai yang tidak tahu apa sebenarnya dilakukan dan hanya sekadar mengikut trend.
Hal ini sangat bahaya bukan sahaja kepada perniagaan dan bisnes tetpai kepada diri sendiri serta masyarakat.
Walaupun undang-undang agak lemah dalam memantau konten-konten di media sosial, namun sejak kebelakangan ini undang-undang berkenaan media sosial terutama melibatkan kandungan digital bagi tujuan marketing mula dikuatkuasakan.
Sudah ramai ahli perniagaan dikenakan tindakan atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam iklan di media sosial.
Pengamal media hari ini, diperlukan dalam digital marketing untuk membantu perniagaan dan pemilik bisnes mengembangkan bisnes mereka dengan lebih efektif.
Trend pembelian pengguna di online juga telah berubah di Malaysia keranan masyarakat mula bijak menilai sebelum membeli dan terpengaruh.
Jika beberapa tahun kebelakangan ini, pengguna mudah terpengaruh dengan iklan-iklan atau marketing di media sosial yang begitu ‘meriah’ dengan kandungan tidak berkualiti mampu mempengaruhi pengguna, namun tahun 2022 itu mungkin tidak berlaku lagi.
Tempoh ‘excited’ pengguna sudah semakin berkurang dalam pembelian online sekiranya marketing yang dijalankan tidak mempunyai value atau nilai.
Justeru itu, mencipta kandungan untuk strategi pemasaran digital selepas pandemik ini lebih mencabar dan memerlukan seseorang penulis copywriter, dan content writer yang lebih rajin dan bijak mencipta nilai kepada produk dan perniagaan anda.
Pengamal media mungkin pilihan tepat untuk anda yang masih mencari siapa gerangannnya.
Bekerjasamalah dengan mereka!

Leave a comment