
Perubahan syarat dalam pengiklanan di media sosial sekarang seperti Facebook pasti menggusarka ramai pemilik perniagaan kecil.
Mana tidaknya, baru sahaja belajar teknik menggunakan ads berbayar contohnya Facebook – sebaliknya syarat baru pula diperkenalkan.
Pening kepala betul!
Jangan risau atau pening, seperti dalam artikel-artikel saya sebelum ini Facebook, TikTok, YouTube atau pun Instagram hanya satu tool yang digunakan untuk menyampaikan bisnes atau objek bisnes anda kepada prospek.
Sebenarnya material seperti poster, video dan copywriting adalah elemen penting untuk mendorong lonjakan bisnes anda.
Jika anda ingin tahu, penggunaan setting di ads manager Facebook ketika ini untuk menerima ‘reach’ paling tinggi adalah dengan ‘broad’. Maksudnya anda tidak lagi susah payah untuk membuat ‘setting-setting’ termasuk lokasi, demografi, interest, atau behaviour.
Di sinilah penting padanan copywriting dan gambar/video yang berkualiti untuk menarik klien menukar kepada ‘sale’.
Saya banyak menerima klien baru-baru ini kerana ramai yang ambil peluang harga promosi pakej Marketer RM599.
Kebanyakan daripada mereka adalah yang ‘zero knowledge’ dalam bidang digital marketing ini. Jika diteliti page Facebook milik klien-klien ini juga ia nampak hambar dan tidak mempunyai arah tuju.
Banyak yang saya perbaharui dengan matlamat utama untuk meningkatkan jualan melalui ‘brand awareness’ iaitu diri pemilik bisnes.
Banyak konten-posting di Facebook saya susun dengan penggunaan artikel yang lebih memberi pengetahuan dan manfaat mengenai kelebihan bisnes atau produk mereka.
Penyusunan konten di Facebook Page untuk ‘teknik zero cost marketing’
Jika dulu teknik zero cost marketing yang sering digunakan adalah dengan berkongsi posting yang muatnaik di dalam page kepada grup-grup yang wujud Facebook.
Mohon berhenti berbuat demikian bagi mengelakkan page anda disekat.
Apa yang saya boleh cadangkan gunalah iklan berbayar daripada Facebook sendiri untuk menaikkan awareness, dan reach.
Kemudian, page di Facebook anda akan menjadi medium marketing secara ‘zero cost marketing’.
1. Konsisten dalam membuat posting
Untuk mendapat engagement atau trafik audien di page, posting anda perlulah konsisten. Sebagai pemilik bisnes pastinya kekangan waktu memberi kesan besar untuk anda membuat posting secara konsisten.
Malah, tiada masa untuk memikirkan konten-konten lain selain menjual di page.
Sebagai penulis upahan yang mengambil upah menguruskan konten di page Facebook akan membuat penyelidikan dan temubual mengenai bisnes pemilik.
Proses ini penting untuk memastikan objektif pemilik bisnes tecapai, dan konten yang dihasilkan memberi nilai tambah bukan sahaja bisnes, atau produk jualan sebaliknya pemilik bisnes.
2. Artikel bermanfaat untuk menjual secara ‘halus’
Posting berkaitan artikel yang memberi nilai tambah kepada diri pemilik bisnes, bisnes dan produk jualan sangat penting untuk memastikan page digunakan secara berkesan sebagai strategi ‘zero cost marketing’.
Saya sendiri sebagai penulis upahan akan cuba membantu mewujudkan nilai-nilai yang berbeza daripada pemilik bisnes yang mempunyai produk seakan sama.
Di sini perlunya kemahiran untuk mencari ‘kuasa satu perkataan’ atau X Factor untuk pemilik bisnes yang secara langsung boleh menjadi tagline bagi bisnes mereka.
3. Kongsi video atau poster
Pegguna media sosial atau prospek, klien atau pun pelanggan akan lebih tertarik kepada poster atau video sebelum membaca artikel pada setiap posting.
Saya juga pernah berurusan dengan seorang klien yang memerlukan khidmat nasihat dalam editing video untuk konten di page Facebook bisnesnya.
Sebagai seorang berurusan dengan ramai orang, klien ini menggabungkan klip-klip video yang menunjukkan dirinya banyak berinteraksi termasuk melayani pelanggannya dengan cekap, mesra dan efisien.
Posting dalam bentuk video sebegini mampu meningkatkan brand awareness, self branding dan bisnes yang dilakukan oleh klien.
Jadilah lain dari yang lain dengan memberi nilai kepada orang ramai.


Leave a comment