Tips Bagaimana Menulis Copywriting Untuk Produk Yang Sama

4–6 minutes

Saya percaya ramai pemilik bisnes menghadapi masalah untuk membuat copywriting yang berlainan daripada pesaing, walaupun produk dan ciri-ciri seakan sama atau hampir mirip. Terutama jika anda seorang founder, dropship, ejen, dan lain-lain.

Contohnya bisnes yang niche atau tema kecantikan kulit (skincare), jika dihitung jumlahnya beribu-ribu jenama ada dalam pasaran Malaysia. Itu tidak termasuk produk-produk dari luar negara yang menjadi pilihan utama pengguna sekiranya harga yang ditawarkan adalah murah dan berbaloi.

Kali ini saya akan membincangkan mengenai produk-produk tempatan dengan pelbagai jenama tetapi sangat mirip. Mana tidaknya kebanyakan produk tempatan diambil dari kilang OEM yang sama.

Bagaimanapun saya yakin, setiap pengusaha, pemilik, atau founder bisnes pasti mempunyai matlamat tersendiri dalam setiap produk yang dihasilkan. Contohnya produk skincare, walaupun diambil dari kilang yang sama menggunakan formulasi yang sama namun pasti ada X Factor yang berbeza. X Factor di sini saya gunakan untuk nilai atau value produk.

Nilai produk ini akan menjadi daya penarik kepada prospek untuk membuat pilihan, membuat keputusan dan akhirnya membeli.

Cara membuat copywriting berbeza dan unik

Menurut Joe Sugarman, walaupun anda mempunyai produk atau servis yang sama namun setiap produk mempunyai ciri-ciri natural tersendiri.

Bagaimana anda mencarinya itu mengikut kreativiti, dan memberi drama atau sentuhan emosi dalam copywriting.

Sebagai penulis upahan, sudah pasti saya akan menggunakan elemen-elemen ini supaya copywriting setiap klien berbeza.

Mana tidaknya, ketika saya menjadi wartawan suatu ketika dulu jika pergi ke satu-satu tugasan pastinya cerita perlu dihantar. Ada juga hari-hari berita yang diperolehi telah pun pernah dilaporkan, namun sebagai seorang wartawan saya terpaksa ‘hook or by crook’ menghantar berita untuk diterbitkan kepada umum. Atau untuk mengisi ruang di layout akhbar.

Apa yang saya lakukan adalah mencari perkataan-perkataan atau ayat yang belum pernah disebut walaupun satu perkataan. Perkataan itu boleh menjadi cerita yang baharu, walaupun isi yang lainnya adalah hampir sama. Begitulah bertapa perlu cekapnya seorang wartawan, perlu kreatif untuk meletakkan perkataan di tempat yang betul.

Dalam situasi pemilik bisnes di atas, saya yakin masih ada perkataan atau nilai produk yang berlainan yang boleh menjadi pelaris atau penarik perhatian prospek.

1. Kecilkan sasaran

Jika anda mahu copywriting yang mampu menarik lead atau terus sampai kepada sasaran prospek, kaji pelanggan.

Ya, banyak produk yang sama dengan anda memilih sudut copywriting, target yang sama namun anda boleh memperkecilkan lagi skop target audien.

Kebiasaannya, sebagai penulis upahan memperkecilkan target audien ini sesuai untuk produk-produk yang mahal namun tiada salah untuk digunakan bagi produk yang berharga lebih murah atau mampu milik.

Contohnya produk skincare anda yang mempunyai harga lebih mahal, dan tidak begitu dikenali ramai boelh menggunakan kaedah mengecilkan target audien. Melihat pada harga sahaja tidak semua prospek mampu memilikinya, mengapa tidak anda terus menulis copy kepada target audien yang betul dan tepat?

2. Reverse teknik

Reverse teknik juga boleh digunakan dalam penulisan copy untuk produk yang terlalu banyak pesaingan.

Menurut Joe Sugarman, teknik merumitkan copywriting untuk produk biasa, memudahkan copywriting untuk produk-produk yang perlu penerangan secara teknikal.

Susah juga untuk memahami maksud ayat ini kan?

Produk yang perlu penerangan teknikal ini kebiasaan produk-produk elektrik seperti komputer riba, smartphone dan sebagainya. Jika anda mahu luaskan pasaran untuk semua orang teknik menulis copy menggunakan info grafik juga membantu, atau membuat penerangan dengan lebih mudah.

Bagi produk yang lebih biasa seperti skincare, penceritaan penghasilan produk boleh juga disuntik dalam copy anda.

Sebagai seorang penulis upahan, saya yakin golongan ini mempunyai minda yang kreatif dan banyak idea untuk memastikan copywriting dihasilkan mampu menarik prospek untuk mengambil langkah selanjutnya selepas membaca.

3. Claim

Ramai tak yang berani ‘claim’ produk mereka untuk sesuatu? Kecoh juga negara tidak lama dahulu mengenai isu claim daripada seorang usahawan tentang sandal yang baru dikeluarkannya “mesra wuduk”. Dalam ini pada pandangan saya ia bukan sesuatu yang salah, selagi tidak over claim. Kenapa ya?

Pertama apa yang saya lihat produk usahawan itu adalah sandal, jika sandal ramai boleh mebanyangkan atau muncul dilayar minda seseorang mengenai reka bentuk produk yang diperbuat daripada getah, rekabentuk terbuka, tidak licin dan digunakan untuk ke tandas atau mungkin yang menggunakannya untuk bersiar-siar.

Dari sini, anda boleh lihat ciri-ciri produk tersebut, tidak licin, getah dan kegunannya sudah tentu untuk ke tandas atau kawasan berair dan licin. Oleh itu ia sangat berkait rapat dengan mengambil wuduk. Malah target audien produk ini juga saya anggap berjaya terus ke para muslimah.

Anda yang mahu gunakan taktik atau teknik ‘claim’ ini pula jangan terlalu ‘over claim’. Contohnya saya pernah menulis satu copy mengenai produk skincare – serum. Saya terfikirkan apakah kelebihan serum yang jarang diketengahkan dan untuk mencapai kepada sasaran prospek yang betul.

Untuk copy kali ini saya fokus kepada target audien berusia 28 tahun ke atas yang bekerja di dalam aircond dan bawah terik mentari. Saya memasukkan eleman larangan kepada prospek yang berusia 27 tahun ke bawah untuk mencuba produk ini.

Saya telah mewujudkan elemen trigger kepada prospek berusia 28 tahun ke atas, di mana mereka lebih rasa istimewa dan serum tersebut direka khusus untuk mereka dengan tambahan eleman bahan kandungan terdiri daripada ekstrak daun zaitun satu lagi formulasi terkini dalam regim penjagaan kulit wajah.

Semua ciri-ciri atau X Factor ini saya highlight kan khusus untuk produk ini. Saya claim produk ini untuk umur 28 tahun ke atas, secara amnya penggunaan serum amat sesuai untuk wanita yang sedang menginjak usia untuk mengatasi masalah penuaan. Jadi claim ini adalah logik dan tidak berlebih (over).

Sebenarnya banyak lagi teknik dan elemen boleh dimasukkan di dalam copywriting untuk menjadikan produk anda kelihatan berbeza walaupun ia adalah mirip. Inilah tugas penulis upahan atau copywriter untuk menghasil copy yang berbeza mengikut produk jualan klien.

Percayalah penulis upahan atau copywriter mempunyai lebih banyak idea yang diperlukan klien untuk mencapai objektif atau meningkatkan lead untuk pemilik bisnes ini.

Leave a comment