Rahsia Untuk Iklan di TikTok

3–4 minutes

TikTok kini menjadi satu tarikan kepada peniaga dan pemilik bisnes untuk mencari engagement bagi bisnes mereka.

Jika anda nak tahu TikTok ini pada mulanya dikenali sebagai Douyin yang hanya ada di negara China sahaja. Digunakan oleh penduduk China sahaja.

Aplikasi Douyin ini dilancarkan pada tahun 2016 oleh sebuah syarikat China yang bernama ByteDance.

Kalau nak tahu TikTok ini adalah untuk pengguna menghasilkan video dengan format lebih pendek.

Jadi pemilik bisnes akan menggunakan TikTok sebagai salah satu tool strategi marketing dalam menarik engagement orang ramai untuk membeli, dan menyedari kewujudan produk mereka.

Sebagai seorang penulis upahan sudah pasti, saya juga menerima klien yang mahukan material untuk content marketing bagi bisnes mereka.

Sama ada untuk memperkenalkan produk baharu, memperbaharui jenama, atau menjadikan content TikTok mereka lebih fresh dan lebih bernilai.

Kalau anda melihat TikTok kini telah menjadi satu platform media sosial bukan sahaja untuk berhibur dan boleh diakses serta digunakan semua lapisan umur, tetapi ramai yang mengambil kesempatan untuk meningkatkan engangement bisnes mereka.

Bagaimana mahu hasilkan content yang berkualiti untuk strategi marketing dalam bisnes?

Sesuai dengan tujuan penubuhan TikTok yang menggunakan format video yang lebih pendek, sudah tentu content untuk TikTok perlu dibuat dalam bentuk video.

Durasinya pula boleh jadi 15 saat, 60 saat sehinggalah 3 minit.

Dengan limitasi durasi yang ditetapkan TikTok ini, pencipta kandungan untuk pemilik bisnes mestilah bijak menyusun content dan kandungan yang boleh disampaikan dengan berkesan kepada target pelanggan mereka.

Caranya, pencipta kandungan atau content creator perlu menyediakan yang kadangkala content creator boleh juga outsource kepada penulis upahan :

  • Copywriting
  • Skrip
  • Storyboard
  • Storyline
  1. Copywriting

Seperti membuat content marketing untuk platform media sosial lain, TikTok juga perlu copywriting yang bersesuaian dengan content berbentuk video.

Copywriting ini lebih bercirikan untuk menarik engagement orang ramai ke platform lain untuk membeli atau mengetahui lebih lanjut seperti landingpage, WhatsApp dan sebagainya.

Dalam copywriting untuk TikTok sedikit berbeza berbanding platform media sosial lain. Saya pernah melihat kes pemilik bisnes menggunakan medium TikTok untuk run ads berbayar, situasinya content-nya mendapat banyak klik namun lead ke WhatsApp tidak kunjung tiba. Ha…apa yang tidak kena dengan kes ini?

Apabila dibedah siasat kerana video content yang dihasilkannya tidak menarik, tidak mempunyai value mengenai produk, disebabkan itu prorpek tidak tertarik untuk tekan butang CTA.

  1. Skrip

Skrip juga perlu disediakan. Saya akan menghasilkan skrip mengikut durasi yang dipilih klien sama ada 30 saat, 60 saat atau 3 minit.

Saya perlu bijak mengenengahkan nilai produk klien untuk menarik engagement prospek.

  1. Storyboard

Jika bercakap mengenai video pasti ada kerja-kerja belakang tadbir termasuk juga storyboard.

Storyboard penting menghasilkan video yang berkesan dan meminimumkan masa.

4. Storyline

Storyline juga antara material awal yang perlu disediakan sebelum membuat content berbentuk video dalam TikTok.

Storyline lebih detail dengan menetapkan audio, muzik, dan lain-lain untuk memastikan skrip yang dibuat adalah sama hasilnya. Ia akan memberi naratif kepada skrip yang dihasilkan.

Saya sebagai bekas pelajar Sarjana Kewartawan Multimedia juga telah mempelajari cara menghasilkan sebuah dokumentari aiatu video dokumentari. Di mana storyline sangat penting sebelum menghasilkan video, supaya semasa proses pengambaran berjalan dengan lancar.

Dalam konteks penghasilan storyline untuk video content TikTok ini saya memikirkan ia adalah untuk memastikan X Factor atau nilai-nilai untuk produk tidak dilupakan dan dapat disampaikan secara berkesan sekaligus menarik minat orang ramai membuat keputusan.

Biarpun begitu, sebagai penulis upahan yang mahukan setiap penulisan yang dihasilkan berkualiti dan mencapai objektif pelanggan saya perlu study mengenai TikTok dalam semua segi atau mengambil kira semua faktor.

Untuk menghasilkan content yang bermanfaat, berkualiti dan berkesan sudah pasti pencipta kandungan perlu mengenali dan tahu fungsi TikTok.

Tidak setakat pencipta kandungan sahaja, penulis upahan yang bakal menerima kerja-kerja menghasilkan skrip atau copywriting juga perlu ambil tahu feature yang ada pada TikTok.

Apabila seseorang penulis upahan tahu fungsi-fungsi aplikasi TikTok, ia akan memudahkan mereka untuk menghasilkan bahan penulisan yang diperlukan dengan lebih tepat dan berkualiti.

Saya sebagai penulis upahan juga perlu tahu kegunaan dan fungsi-fungsi yang terdapat pada TikTok. Malah perlu bersama “bermain-main” dengan aplikasi ini.

Selain, saya mesti ambil tahu mengenai trend-trend di TikTok supaya copywriting, skrip dan material untuk content di TikTok mencapai objektif bisnes klien. Terutama dalam mendapat perhatian atau diikuti pengguna TikTok.

Dan beberapa faktor lain semasa membuat copywriting untuk TikTok perlu dikaitkan supaya penyampaian untuk tujuan content marketing berkesan.

Leave a comment