Penulis upahan, content writer atau penulis kandungan tugasnya sama juga seperti penulis upahan lain iaitu menulis.
Hasil penulisan seorang cotent writer adalah untuk tujuan perniagaan klien, sama ada objektifnya untuk menjual, awareness, memberitahu, dan menarik perhatian orang ramai membaca untuk membuat tindakan.
Sebagai seorang content writer yang diupah oleh sebuah syarikat pengiklanan digital, saya teruja untuk bermain dengan ayat-ayat dan perkataan dalam copywriting yang akan dihasilkan di semua platform media sosial dan website, atau landingpage (mini site/ sale page). Setiap kali mendapat task baharu hati saya berbunga ceria! Haaa seronok pula kan. Mana tidaknya idea-idea yang di dalam kepala dapat dikeluarkan ketika ini. Diasingkan, di brainstorm dan dicantumkan sehingga saya dan klien berpuas hati.
Di mana datangnya idea?

Dalam tempoh ‘hibernasi‘ atau tiada job inilah masa paling seronok bagi seorang penulis upahan atau content writer seperti saya untuk bekerja. Eh, macam mana pula bekerja sedangkan tiada kerja?
Sebagai seorang penulis upahan atau content writer masa tiada kerja juga adalah masa bekerja berkualiti dan berharga buat saya. Di waktu inilah saya akan “bermain” dan “bersantai” dalam bekerja. Hasilnya akan lebih baik dan kreatif.
1. Menonton video

Masa tiada kerja inilah masa saya akan membuat kerja lain untuk mencari idea-idea baharu dan dijadikan bahan untuk bank konten yang boleh dirujuk ketika mendapat task-task baharu nanti.
Di sini saya akan memilih menonton video yang berkisarkan copy dan artikel-artikel untuk landingpage dan iklan media sosial yang akan dihasilkan untuk pelanggan nanti. Sebelum itu, sudah pasti saya perlu tahu dan jangkakan siapa klien seterusnya, niche atau tema yang klien akan gunakan nanti.
Kebiasaannya, seorang content writer yang menerima gaji setiap bulan sudah faham dan tahu siapakah klien yang mereka akan terima. Saya sendiri sudah tahu siapa klien yang akan datang.
2. Membaca lagi

Membaca juga adalah kerja seorang content writer atau penulis upahan. Walaupun mempunyai nama berbeza namun tugasnya adalah sama iaitu menulis. Penulis upahan boleh menjadi pelbagai jenis penulis termasuk content writer, copy writer, wartawan atau kesemuanya.
Sebagai seorang penulis sudah tentu perlu berpengetahuan luas, mempunyai vocab yang baik dan banyak untuk membantu melancarkan kerja ketika menulis untuk klien nanti.
Sebab itu jika sebut mengenai penulis pasti, mereka adalah orang suka membaca atau ulat buku. Kebiasaannya tiada had jenis bacaan, asalakan bahan bacaan yang boleh memberi manfaat untuk kerjaya penulis itu sendiri. Bacaan tidak hanya tertumpu pada buku sahaja, boleh jadi majalah, posting di media sosial dari public figure dan bahan bacaan berbentuk fiksyen atau pun ilmiah, boleh jadi juga al-Quran dan hadith.
Saya tidak tertumpu kepada buku berbentuk ilmiah sahaja, sebaliknya saya juga mengisi waktu kerja dengan membaca blog, portal berita, terjemahan Al-Quran, posting Facebook, dan buku novel.
Bagi saya sendiri, dengan membaca saya akan mendapat kemahiran seperti melenggokkan ayat sesuai untuk copy jenis storytelling dan penulisan skrip, penggunaan kosakata yang menarik dan tepat, mencipta ayat trigger yang baharu, dan untuk ilmu pengetahuan.
Apabila penulis berpengetahuan tinggi, penulisan mereka akan menjadi semakin menarik, baik dan kreatif.
3. Mendengar muzik dan lagu

Penulis upahan atau content writer juga mendengar muzik atau lagu juga membantu mereka dalam menghasilkan idea menarik dalam penulisan copy.
Bagi saya, mendengar muzik yang penuh dengan makna tersirat akan membuatkan saya lebih berfikir dan semakin kreatif. Di mana bait-bait lagu ini mungkin boleh dijadikan idea atau diinovasi menjadi ayat-ayat copy yang lebih menarik dan menawan hati pembaca.
4. Menulis lagi

Haaa…tak kan lah penulis tak buat kerja menulis kot kan?
Menulis juga adalah kerja di waktu penulis tidak ada kerja. Penulis perlu sentiasa mengasah skill penulisan dalam pelbagai genre atau niche.
Saya sendiri, sekiranya tidak mempunyai kerja akan menulis di blog tentang idea-idea penulis upahan, copywriting dan sebagainya. Hatta, mengarang di dalam posting FB juga dikira sebagai latihan menulis.
Sebagai seorang penulis, media sosial juga menjadi satu platform untuk “pitch” klien dan mempromosikan diri. Sebab itu, jika mahu menulis di media sosial mengenai kerjaya penulis upahan perlu ada teknik dan kemahiran yang baik.
5. Study lagi

Menaiktaraf kemahiran dan pengetahuan penulis upahan melalui study. Bukanlah study di dalam kelas, tetapi sebaliknya boleh mengikuti kursus-kursus pendek atau seminar berkaitan penulisan atau ilmu marketing digital.
Banyak penulis upahan atau content writer seperti saya sanggup menghabiskan wang ringgit meningkatkan kemahiran dalam dunia penulisan berkaitan bisnes. Bukan itu saja, penulis upahan atau content writer juga turut tidak jemu mengikuti kelas-kelas berkaitan asas pemasaran digital, supaya penulisan sama ada dalam bentu copywriting, artikel atau konten dapat disesuaikan dengan perniagaan klien.
Haaa…anda fikir penulis upahan atau content writer tidak perlu mengeluarkan modal? Anda salah…sebagai seorang penulis upahan atau content writer, mereka juga perlu mengeluarkan modal dan wang untuk memantapkan kemahiran menulis supaya dapat memberi servis terbaik kepada klien.


Leave a comment