10 Jenis Copywriting Bisnes Yang Perlukan Khidmat Penulis Upahan!

6–9 minutes

Penulis upahan boleh menulis 10 copywriting diperlukan klien bisnes

Orang yang berbisnes online sudah pasti sangat sinonim dengan perkataan copywriting yang bertujuan untuk meningkatkan sale atau jualan. Digunakan dalam-dalam pengiklanan dalam strategi digital marketing bisnes mereka.

Banyak usahawan kecil menggunakan copywriting untuk menjual di media sosial, terkini ramai yang mula menyedari keperluan funnel sale paling berkesan tahun 2022 iaitu website, landingpage, sale page atau mini site.

Saya juga dengar, sejak kebelakangan ini ramai yang merungut mengenai algorithm di meta terutamanya Facebook yang agak ‘huru-hara’. Menjadikan ramai peniaga gusar dan mengakui ia merugikan.

Oleh kerana itu, ramai peniaga online mula mencari platform baharu untuk meningkatkan jualan melalui landingpage, sale page atau pun mini site.

Walaupun begitu, ‘senjata’ utama dalam pemasaran adalah tahapnya efisien dan efektifnya pengiklanan yang dijalankan di platform-platform ini adalah paling penting.

Iklan yang bagus sudah pastilah perlu mempunyai elemen utama yang boleh menarik perhatian klien atau prospek membuat keputusan seterusnya mengambil tindakan (CTA) untuk membeli produk atau servis yang anda jual.

Elemen dalam pengiklanan adalah copywriting, video, gambar dan grafik. Banyak peniaga menjalankan kempen-kempen iklan berbayar atau marketing digital di media sosial tanpa membuat persediaan sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian dan ‘bakar’ duit.

Rugi kerana terlalu busy berniaga!

Saya pernah berbual dengan beberapa klien dan peniaga online, kebiasaannya mereka sangat sibuk melakukan tugasan sendirian dan fokus kepada produk, bungkusan dan penghantaran serta aktiviti perniagaan lain sehingga tiada masa untuk memberi fokus kepada pengiklanan atau digital marketing.

Namun mereka menyedari kepentingan membuat hebahan produk yang dijual dalam strategi digital marketing (pemasaran digital), dan sudah pun run iklan melalui Fb Ads, Ig Ads, dan Google Ads dengan sendiri.

Mereka tidak mampu untuk fokus atau mengambil masa membina ayat-ayat copywriting yang betul-betul memukau dan menarik klien keranan kekangan waktu.

Hal ini akan merugikan mereka, wang yang dilaburkan akan lebur begitu sahaja tanpa memberi pulangan yang diinginkan. Malah usaha mereka akan sia-sia.

Saya juga melihat banyak produk-produk atau servis yang ditawarkan peniaga online ini mampu menarik hati prospek dengan value atau nilai yang telah ada pada barangan perniagaan mereka. Tetapi, sayangnya peniaga online ini tidak ‘nampak’ value tersebut dan tidak digunakan untuk mempromosikan produk mereka dalam kempen-kempen iklan dijalankan.

Pilih penulisan upahan kerana jimat kos!

Bagaimanapun, peniaga online atau pemilik perniagaan, founder, dan sebagainya mula terbuka minda dan bijak dalam menjimatkan wang, masa dan mengurangkan beban dengan memilih penulis upahan untuk menghasilkan copywriting menarik, unik dan menawan. Ramai pemilik bisnes, founder dan peniaga online mengakui mengupah penulis upahan lebih murah dan berbaloi berbanding menggunakan khidmat syarikat pengiklanan digital marketing lain.

Malah mereka juga akui, menggunakan khidmat penulisan upahan ini mereka sering mendapat layanan “1st class” dan berpuas hati dengan hasil kerja penulis upahan. Selain itu, yang menarik perhatian mereka untuk memilih penulis upahan kerana dapat berunding sehingga kadangkala dapat mengurangkan kos yang diperutukan dalam marketing (pemasaran).

10 jenis copywriting penulis upahan buat

Penulis upahan mempunyai kemahiran dan mampu menghasilkan copywriting mengikut keperluan platform media sosial dan pengiklanan yang klien atau pemilik perniagaan mahukan dalam digital marketing.

1. Direct response

Penulis upahan boleh menyediakan kenyataan media untuk disiarkan di akhbar, radio atau pun televisyen. Namun disebabkan era digital marketing pemilik bisnes juga boleh menggunakan jenis copywriting ini.

Kenyataan media atau pengiklanan berkonsepkan direct response ini sesuai dimasukkan ke dalam landingpage, mini site atau sale page pemilik bisnes untuk memberi penerangan lebih terperinci kepada prospek dan klien.

2. Website copywriting

Penulis upahan boleh menghasilkan artikel untuk website yang lebih kepada pengenalan produk, latar belakang produk, bisnes, syarikat dan juga pemilik. Mengikut goal atau objektif perniagaan pemilik.

Contohnya jika website e-commerce (perdagangan), penulis upahan akan memikirkan dan memasukkan copywriting yang berbentuk jualan, harga murah, diskaun, potongan, stok terhad dan perkataan-perkataan untuk menarik perhatian prospek membeli dengan segera.

3. E-mel copywriting

Penulis upahan juga mengambil upah untuk kerja-kerja menulis copy untuk e-mel. Copywriting untuk emel boleh jadi hantaran penghargaan, peringatan, tawaran, atau pemberitahuan. Copywriting di platform e-mel ini lebih bersifat “cold”, namun jika penulis upahan mungkin boleh menjadikan pelanggan yang membacanya untuk mengambil tindakan mengunjungi laman web atau menekan butang CTA semula untuk membeli.

4. Blog copywriting

Penulis upahan juga mengambil upah untuk menulis copywriting di blog milik tokoh, public figure, blog-blog yang bermotifkan perniagaan untuk menjana pendapatan dan menarik trafik.

Contohnya blog travel yang memerlukan ramai penulis upahan untuk sentiasa up-to-date dan memperbanyakkan trafik.

5. Iklan copywriting

Iklan copywriting adalah copywriting yang digunakan untuk menjalankan kempen-kempen bagi menarik pengguna terus membuat tindakan. Penulisan upahan akan menghasilkan copywriting sama ada dalam bentuk soft selling, direct selling atau pun hard selling mengikut permintaan dan keperluan kempen klien.

Dalam membuat copywriting untuk iklan ini, penulisan upahan akan menghasilkan copywriting dalam bentuk poster sama ada dalam bentuk ‘font’ unik, penggunaan warna dan grafik yang bersesuaian.

Warna-warna cerah dan kontras akan lebih mempunyai daya tarikan ‘pitching’ lebih tinggi. Di sini penulis upahan bukan sahaja bekerja untuk menghasilkan copywriting menarik tetapi memikirkan font, warna dan gambar/grafik yang bersesuain untuk poster iklan. Caj yang lebih sedikit mungkin dikenakan namun bergantung kepada penulis upahan anda.

6. SEO copywriting

Penulis upahan kebanyakaan biasa dengan SEO untuk memenuhi kehendak klien dalam ‘berperang’ atau bersaing menarik pelanggan. SEO penting untuk menentukan ranking di enjin carian google.

Penulis upahan akan memastikan SEO dengan menggunakan istilah atau perkataan yang betul dalam pencarian klien.

7. Landingpage, mini site, dan sale page copywriting

Penulis upahan juga menyediakan khidmat menulis copywriting untuk landingpage, mini site dan sale page untuk menepati objektif perniagaan klien. Penggunaan landingpage, mini site dan sala page telah mula dipraktikkan oleh peniaga di negara ini sejak berlakunya pengdigitalan dan pandemik Covid-19.

Saya sering melihat ramai usahawan berusaha keras untuk memenuhi keperluan digital marketing dengan menghasilkan copywriting sendiri. Usaha itu saya sangat kagum, walaupun dalam kesibukan menguruskan hal bisnes lain mereka mampu meluangkan masa berfikir untuk menyediakan copywriting menarik bagi mempromosikan produk atau servis perniagaan mereka.

Tetapi ramai juga yang mengeluh, wang yang dilaburkan tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan. Walaupun mereka telah membuat setting di Facebook Ads dan platform advertising lain seperti google namun hasil masih kurang memberangkan. Hal ini mungkin kerana mereka terlupa ‘power of copywriting’ yang mampu meningkatkan hasil jualan.

Saya pernah mempunyai klien yang membekalkan material copywriting untuk landingpage yang saya bina. Namun saya juga akan mengedit dan menambah perkataan-perkataan dan membina ayat lebih menarik untuk mencapai objektif klien. Saya juga turut menghasilkan grafik-grafik yang lebih menarik dan menyerlah seperti yang diinginkan klien. Berapa upahnya? Hanya RM99 tertakluk kepada terma dan syarat. Ya, klien saya sangat berpuas hati selepas mendapatkan khidmat membuat landingpage Onpay penulis uaphan Cik Milah Creative Media.

8. Video copywriting (skrip)

Tidak dapat tidak, pengiklanan dalam era digital ini memerlukan video untuk menjadikan konten (content) lebih menarik. Namun, banyak content yang dibuat tidak menepati kehendak dan tertinggal ‘value’ (nilai) penting terhadap produk perniagaan mereka. Ramai penulis beranggapan konten sebegini seolah ‘syok sendiri’.

Penulis upahan boleh menyediakan skrip yang berkualiti sesuai dengan objektif content yang diperlukan dalam kempen. Saya banyak menulis skrip untuk kempen-kempen kemanusiaan di Yaman dan Syria, masjid, tahfiz dan sekolah yang objektifnya untuk mengumpul dana (derma). Skrip ini kebiasaannya akan dibaca oleh presenter sama ada artis, public figure, ahli politik, dan sebagainya. Menulis skrip bukan kerja yang mudah walaupun hanya berdurasi 50 hingga 90 saat sahaja untuk video promo.

9. UX (user experience) copywriting

UX copywriting penulisan yang mampu menarik minat klien mencuba sesuatu produk. Copywriting ini ditulis untuk pelancaran produk baharu, rekrut pekerja atau staf dan aplikasi-aplikasi telefon bimbit.

Elemen-elemen keterujaan seperti testimoni akan digarapkan ke dalam copywriting ini oleh penulis upahan. Penulis upahan perlu memikirkan kosakata yang unik dan trendy yang terbaik untuk menarik (approach) pelanggan.

10. Social media copywriting

Copywriting di media sosial juga mempunyai sedikit perbezaan mengikut platform, gaya penulisan akan menjadi sedikit berbeza.

Penulis upahan juga boleh memainkan peranan sebagai pengurus media sosial termasuk menyediakan material seperti copywriting, poster basic, video basic dan apa yang diperlukan klien. Copywriting di media sosial penting bukan sahaja untuk prmosikan produk atau bisnes tetapi juga berguna untuk personal branding seperti founder, public figure dan sebagainya.

Saya mempunyai ramai kawan-kawan penulisan upahan menjadi ghostwriter untuk orang kenamaan dan ahli politik untuk mengendalikan dan menulis di laman Facebook klien seperti ini. Saya juga berminat untuk mengendalikan laman Facebook ahli politik kerana, saya turut menyukai bidang politik dan keperluan material untuk menarik perhatian rakyat.

Leave a comment