Landingpage terbaik untuk usahawan kecil tahun 2022

3–4 minutes

Pilihan hosting untuk landingpage

Ketika ini saya yakin ramai yang tercari-cari untuk melancarkan landingpage untuk perniagaan sama ada kecil, besar, ejen, stokis, rekrut ahli dan sebagainya.

Hal ini kerana, usahawan atau orang bisnes mula sedar kepentingan perlunya ada landingpage untuk mencapaikan objektif yang dinginkan.

Sama ada objektifnya untuk meningkatkan jualan (sale), kembangkan bisnes, kempen kesedaran(awareness), trafik dan sebagainya.

Namun tidak kurang juga bagi usahawan kecil yang masih tidak berani mencuba, katanya takut merugikan!

Landingpage adalah satu keperluan yang sama pentingnya dengan platform media sosial lain seperti Facebook, Instagram, Tik Tok dan WhatsApp. Namun yang menariknya landingpage dapat terus kepada conversion dan banyak fungsi yang diperlukan usahawan dalam mencapai objektif perniagaan.

Nak tahu ke?

Tapi sebelum itu, saya suka nak kongsi dahulu syarikat hosting di Malaysia yang sangat dipercayai dan semakin popular di kalangan usahawan kecil yang baru mahu berjinak dengan landingpage atau minisite.

Di landingpage usahawan yang terdiri daripada founder, stokis, ejen, dropship, manager dan sebagainya boleh menceritakan perihal produk atau servis dengan lebih detail, tanpa perlu risau.

Kebanyakan prospek atau pelanggan akan mengunjungi landingpage atau website untuk megetahui maklumat lanjut mengenai sesuatu untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan.

Saya pasti ramai tidak selesa menulis panjang-panjang dalam media sosial lain seperti Facebook antara bimbang orang tidak mahu baca. Kebiasaannya begitulah.

Ramai yang tidak berminat untuk membaca penulisan berkaitan penerangan produk jualan di media sosial seperti Facebook dan lebih selesa untuk mengambil langkah seterusnya mencari di website atau landingpage.

Landingpage telah mencipta suasana untuk menarik pembaca membuat keputusan untuk membeli. Menurut Joe Sugarman suasana diperlukan untuk membuatkan orang membeli dengan anda.

Landingpage meningkatkan mood membeli pelanggan

Dengan menggunakan landingpage, suasana landingpage memberi mood berbeza kepada pembaca, tiada gangguan daripada pesaing lain, atau kurang. Namun ia juga bergantung cara anda menulis artikel atau konten di landingpage, menyusun atur landingpage dan menarik perhatian pembaca anda.

Ini yang saya akan lakukan jika ada klien yang meminta membina landingpage untuk perniagaan mereka. Susun atur material marketing juga saya lakukan termasuk mereka poster asas, membuat video promo asas dan sebagainya bergantung kepada kehendak serta keperluan klien.

Sesetengah lebih sukakan landingpage mereka hanya “simple” tanpa tambahan pelbagai grafik atau gambar yang banyak.

Ada juga yang mahukan grafik, dengan pelbagai gambar-gambar berwarna-warni. Begitu juga penggunaan font dalam landingpage memain peranan dalam menarik pelanggan membuat tindakan dan mengambil keputusan.

Saya selalunya akan berbincang dan memberi pandangan yang terbaik untuk klien bersesuaian dengan perniagaan mereka.

Onpay

Onpay setakat ini, bagi saya sangat praktikal untuk usahawan yang baru mahu berjinak dengan landingpage.

Bukan sahaja mudah dikendalikan sebaliknya menawarkan harga yang murah serta berbaloi.

Banyak fungsi-fungsi penting untuk kegunaan usahawan sama ada syarikat yang menawarkan perkhidmatan servis atau pun produk.

Malah terbaru, ada juga pelanggan saya yang meminta menyediakan satu landingpage untuk merekrut manager bagi sebuah syarikat penapis air.

Kerja saya bukan sahaja menyediakan landingpage (set up), sebaliknya menulis copy (writing), dan membuat grafik-grafik yang menarik.

Sudah pasti dalam landingpage ini akan dimasukkan butang-butang call-to-action (CTA) seperti WhatsApp, form, dan gateway payment.

Alhamdulillah walaupun beberapa kali saya perlu betulkan, namun pelanggan berpuas hati.

Itulah yang saya lakukan, buat sehingga pelanggan berpuas hati.

90 hari percuma

Sistem landingpage yang menggunakan onpay boleh digunakan secara percuma iaitu dalam tempoh percubaan selama 90 hari selepas landingpage dibina.

Disebabkan percuma, pastilah mempunyai kekurangan seperti tidak boleh membuka borang baharu (sesuai untuk asingkan produk), ruang terhad dan tiada storan untuk gambar dan video.

Tapi anda jangan bimbang, dengan plan percuma ini anda masih boleh masukkan gambar untuk landingpage anda.

Laporan


Landingpage Onpay juga membolehkan anda membuat laporan atau melihat laporan jualan, laporan yang bermasalah seperti ralat dan sebagainya.

Laporan ini boleh muat turun terus dalam bentuk format excell, word, pdf dan sebagainya.

SMS/emel blast

Fungsi sms blast juga terdapat dapam medium Onpay ini.

Begitu emel blast. Dua funsi ini akan memudahkan pemilik bisnes membuat follow up semula untuk tawaran kempen, maklumbalas dan sebagainya.

Selain itu banyak lagi fungsi-fungsi termasuk google pixel juga boleh ditanam di Onpay ini.

Bagi saya, jika anda seorang usahawan yang tidak mempunyai banyak jenis produk, penggunaan Onpay yang lengkap dengan sistem-sistem dan fungsi-fungsi diperlukan sudah memadai.

Leave a comment