Sebagai seorang pemilik bisnes, anda pasti tahu mengenai selok belok perniagaan dan apa yang terbaik untuk perniagaan anda.
Anda adalah orang yang terbaik untuk menjawab setiap persoalanan mengenai syarikat.
Tetapi tahu tak? Bukan semua orang boleh menulis—menulis dengan baik dan betul walaupun menulis tentang apa yang mereka tahu. Ramai yang memuja atau mengikuti anda mungkin mahu mendengar kisah-kisah atau tips dari anda seorang usahawan berjaya. Peluang ini akan memberi pengaruh dan keyakinan untuk pelanggan stay atau mencuba produk anda.
Rugi jika anda tidak menggunakan peluang dan kesempatan ini. Come on ini tahun 2022 pelanggan lebih percaya kepada personal branding yang betul daripada konten merepek guys!
Jika anda dalam proses meningkatkan satu lagi funnel purchasing seperti website, produk atau iklan, atau tahun 2022 ini mahu mulakan jenama yang baru atau rebranding— sangat berbaloi jika anda memilih penulis upahan untuk lakukannya untuk bisnes anda.
Mungkin anda mahu konten untuk pitching, tetapi ia boleh bagi dua kesan sama ada berjaya memancing atau akan memberi kesan buruk kepada anda.
Penulis upahan yang bagus boleh jadikan konten yang bagai angin lalu kepada lebih menarik, yang pasti boleh menarik perhatian ramai tentang jenama anda!
Jika anda memang serius untuk berubah pada tahun 2022 dan menang dalam game marketing, ini sebab anda perlu upah penulis atau copywriter.

- Penulisan yang buruk akan menunjukkan anda dan bisnes tidak profesional
Siapa saja mahu pilih orang yang tidak profesional atau tidak yakin dengan produk sendiri?
Pelanggan tahun 2022 lebih bijak dan boleh buat pilihan dengan mencari barangan yang sama di website e-dagang lain dnegan harga lebih berbaloi tetapi kualiti sama.
Jika anda buat copy dengan menggunakaan perkataan, typo, dan sebagainya pelanggan akan rasa terganggu. Jangan kerana disebabka copy anda yang ada masalah begini, pelanggan lari meninggalkan anda!
Sangat rugi!!!
Anda boleh mencari penulis dan meminta sample atau testimoni yang bersesuain dengan kehendak bisnes anda.
Tapi jangan risau ramai sahaja penulis uahan ketika ini mahir dalam permainan pemasaran digital atau marketing digital ini. Contohnya Cik Milah sendiri.
2. Bercakap hanya mengenai bisnes sendiri

Ya, memang betul sebagai pemilik bisnes anda perlulah banyak bercakap mengenai bisnes sendiri. Anda adalah orang paling tepat dan tahu mengenai bisnes sendiri.
Namun, mungkin anda terlepas pandang isu-isu atau trend kehendak pelanggan tahun 2022 yang semakin bijak membeli.
Menulis copy atau menghasilkan konten juga adalah untuk memahami audien tanpa mereka perlu berfikir, penggunaan perkataan yang tepat akan memudahkan pelanggan untuk meneruskan pembacaan.
Ini yang menyebabkan anda perlu mengupah penulis atau copywriter untuk menyesuaikan konten dengan keadaan semasa.
- Kemahiran menulis adalah ‘time saver’ terbaik.

Sebut sahaja penulis, pastinya mereka orang tepat untuk menulis. Ini adalah kerja rutin mereka.
Mereka boleh menulis satu artikel hanya beberapa minit sahaja.
Namun, bagi pemilik bisnes yang tidak begitu mahir menulis dan berkemungkinan terlalu sibuk untuk memikirkan ayat-ayat terbaik untuk digunakan dalam kempen-kempen setiap kali mahu membuat iklan – ia sangat berbaloi menggunakan khidmat penulis upahan.
4. Mereka akan dapatkan anda goal

Copy akan menjadi bosan jika anda gagal untuk membujuk.
Pelanggan anda yang membeli melalui online tidak dapat menyentuh apatah lagi merasa produk yang dijual. Jadi mereka perlu sesuatu membuat mereka yakin. Anda betul-betul perlu perkataan yang betul, kreatif, dan penulisan yang lebih asli, jika anda mahu proses jualan ini berjaya.
Pening kan? Sebab itu anda perlu upah penulis atau copywriter.
- Anda tidak rugi, tapi dapat lebih.

Ini adalah keuntungan yang anda akan dapat jika upah freelance writer, kenapa?
Freelance writer adalah orang yang bekerja sendiri, dan menjadikan menulis sebagai pekerjaan untuk mendapatkan wang.
Jadi sudah pasti mereka mudah berbincang tentang harga, dan memberikan yang terbaik untuk keperluan bisnes anda. Berbincanglah sehingga anda puas hati!
Jika anda memilih agensi pengiklanan atau marketing digital, kekadang mereka terlalu mengejar kuantiti dan sukar untuk bertoleransi. Sudah pasti kosnya lebih mahal atau sedikit murah berbanding freelance.
Namun anda sebagai seorang pemilik bisnes pasti mahukan yang terbaik dan tidak mahu menanggung kerugian. Memilih penulis upahan untuk menghasil copywriting atau konten pemasaran digital anda sangat berbaloi.
Sebab itu bayak syarikat besar sanggup menggajikan penulis untuk meningkatkan jualan, sekiranya anda tidak mampu inilah masanya mencuba perkhidmatan penulis upahan di luar sana untuk keberkesanan konten serta iklan anda.
Cubalah dulu untuk memulakan bisnes pada tahun 2022 ini.

Leave a comment