Cara Melindungi Anak Dari Varian Omicron

1–2 minutes

Kemunculan Omicron atau varian B.1.1.529 membuatkan ramai yang menjadi bimbang.

Malah varian ini juga lebih cepat menular dan berjangkirt berbanding varian sebelumnya.

Varian yang pada mulanya muncul di Afrika Selatan pada November 2021 lalu, kini telah tersebar ke 77 negara termasuk Malaysia.

Walaupun penyebaran lebih cepat berbanding varian sebelumnya, namun kesannya kepada kanak-kanak masih belum diketahui.

Menurut Unicef kanak-kanak yang banyak berpindah tempat dan tidak divaksin akan lebih terdedah kepada mana-mana varian COVID-19.

Cara melindungi anak dan keluarga dari Omicron.

Untuk melindungi anak-anak dari bahaya sudah pasti ia tugasan orang lebih dewasa atau ibu bapa sendiri bukan sahaja menjaga kebersihan tetapi memberi ilmu pengetahuan mengenai varian baru ini.

Dipetik dari Unicef, ini antara langkah ibu bapa yang perlu diambil untuk melindungi anak-anak dari bahaya Omicron :

  1. Anak-anak mesti diberitahu mengenai varian Omicron, mengikut cara yang mereka boleh fahami.
  2. Ajak mereka berbual mengenai berita-berita berkisarkan Omicron. Kadangkala berita berbahaya mengenai Omicron disebarkan tanpa mempunyai fakta betul mungkin boleh memberi rasa cemas dan panik kepada anak-anak.
  3. Ingatkan anak-anak supaya sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah. Selalu ingatkan amalan keselamatan mencegah COVID-19.
  4. Pastikan anak-anak dan ahli keluarga menggunakan pelitup muka yang betul dan sesuai. Antaranya menggunakan pelitup muka medikal.
  5. Ingatkan dan ajar anak untuk menjaga jarak ketika berada di tempat orang ramai iaitu 1 meter.
  6. Pastikan rumah mempunyai pengaliran udara yang baik.
  7. Sesekali buka tingkap terutama pada waktu pagi untuk menggantikan udara yang lebih segar dan melancarkan pengaliran udara. Aliran udara boleh membawa virus dan kuman yang hinggap di kediaman anda.
  8. Jangan tunjukkan kebimbangan anda di depa ahli keluarga lain terutama anak-anak walaupun anda sedang bimbang tentang penularan Omicron. Hal ini, kerana anak-anak akan terganggu dan dapat mempengaruhi emosi ibu bapa. Jika ini berlaku, kemungkinan emosi mereka terganggu dan menyebabkan sistem imunisasi menurun.

Pasti ramai yang tahu walaupun kajian mendapati gejala Omicron tidak seteruk varian Delta, namun WHO mengingatkan supaya tidak memandang ringan dengan Omicron.

Penelitian mengenai varian Omicron ini juga sedang diteruskan.

Keep safe everyone!

Antara pelitup muka medikal yang boleh digunakan dan selamat untuk anak-anak. Beli di Shopee.

Leave a comment