1001 Manfaat Pakai Stoking Ketika Tidur

1–2 minutes

Meskipun ramai yang tidak selesa tidur menyarung stoking, namun ia akan membantu anda tidur lebih cepat.

Dikatakan memakai stoking dapat menyesuaikan haba kerana ia mampu mewujudkan haba yang sesuai dan penting untuk memudahkan anda tidur.

Tidur adalah aktiviti penting dalam kehidupan ummat manusia.

Mengikut kajian tidur yang baik antara 6 hingga 7 jam sehari.

Institusi Kesihatan Nasional menyatakan bahawa tidur penting untuk fungsi otak dan tubuh badan normal.

Pasti ramai yang menghadapi masalah untuk tidur. Terutama ketika sedang stress!

Orang yang sukar tidur juga mengikut beberapa kajian boleh menyebabkan kegemukan. Mesti anda tidak mahu kan?

Haaa…inilah satu cara paling, mudah, murah dan berkesan untuk dicuba mulai hari ini menyarungkan stoking.

Saya sendiri pernah mencubanya, ya…ia agak berkesan terutama ketika musim hujan.

Ada kajian lain pada tahun 2007 melaporkan orang dewasa yang mengenakan stoking akan tidur lebih cepat.

Manfaat lain memakai stoking ketika tidur

  1. Mengurangi gejala Raynaud
Gejala Raynaud

Gejala Raynaud adalah saluran darah di jari kaki dan tangan anda bertindak balas terhadap suhu atau tekanan rendah buat semenyara waktu.

Penyakit ini selalu menyerang seseorang yang berada dalam kesejukan dan stress.

  1. Mencegah hot flushes
    Wanita yang sudah mencapai monopos kebanyakan akan mengalami penyakit ini.

Antara gejalanya :

-Sensasi secara tiba dam hangat di seluruh badan

-berpeluh

-jantung berdebar

-kemerahan pada kulit wajah

Stoking yang dipakai di waktu malam dapat mengurangkan gejala hot flushes ini.

  1. Seks yang lebih baik

Ada satu cerita yang sangat popular pada tahun 2005, di mana menunjukkan kajian yang menemukan bahawa pasangan yang memakai sarung kaki di tempat tidur mungkin lebih ghairah ketika bersama.

Kajian ini kerana ia melibatkan respon otak saat berhubungan dan menemukan bahawa kaki yang sejuk menukarkan untuk mereka mencapai ghairah.

Namun, kajian itu hanya menggunakan 13 pasangan sebagai responden. Mungkin perlu penelitian lebih lanjut tentang keabsahan dapatan hasil kajian itu.

Apa-apa pun memakai sarung kaki pada bayi dapat mengelatkan bayi kesejukan dan kembung!

P/S : Stoking wanita lawa-lawa dekat shopee tau, saya pun suka beli di sini ala Korea gitew!

Leave a comment