Saya yakin ramai ibu-ibu pasti mengenali mainan yang dipanggil teether ini. Bentuknya dengan pelbagai bentyk comel mampu membuat ibu bapa teruja untuk membeli dan memberi kepada bayi anda.
Teether adalah mainan bayi berstektur lembut dan kenyal menyerupai getah. Ia akan mainan yang sesuai untuk bayi anda ketika sedang menghadapi atau belum tumbuh gigi.
Bayi suka masukkan benda ke dalam mulut

Pada ketika ini, bayi anda akan suka memasukkan pelbagai benda ke dalam mulut asalkan mereka dapat mencapai dan menggenggam pasti di bawa masuk ke dalam mulut kecilnya.
Dalam situasi ini, teether boleh menjadi ‘penyelamat’ kepada bayi anda bagi mengelakkan mereka mengutip benda-benda tidak selamat dan masukkan ke dalam mulut.
Sifat teether yang lembut ini akan tidak kaan melukakan gusi bayi, malah dapat memberi ketenangan kepada gusi ketika gigi mahu tumbuh.
Kebiasaannya bayi akan mengalami proses tumbuh gigi pada seawal usia 3 hingga 7 bulan.
Bantu kurangkan rasa sakit

Mengikut kajian Mediacal News Today, fasa pertumbuhan gigi memang akan memberi kesan sakit kepada bayi.
Disebabkan itu, bayi anda ketika ini perlukan sesuatu untuk mengalihkan rasa sakitnya dengan menggigit sesuatu.
Jadi teether adalah mainan tepat dan selamat untuk bayi anda ketika berada dalam proses pertumbuhan gigi.
Boleh dapatkan dan beli teether di banyak kedai online shopee dengan harga yang menarik.

Tapi pastikan teether diperbuat daripada bahan-bahan yang selamat dan tidak toksik. Bagi mengelakkan bayi anda mengalami keracunan.

Leave a comment