Resepi Gamjajeon, Pancake Kentang Korea Guna 4 Bahan

1–2 minutes

Pening mahu mengolah kentang untuk sajian minum pagi atau petang keluarga?

Jom cuba buat gamjajeon atau pancake kentang korea hanya menggunakan 4 bahan yang ada didapur anda.

Gamjajeon ini antara street food yang digemari masyarakat Korea Selatan.

Jika di Malaysia jamjajeon ini seakan hash browns yang dijual di Mc Donald tu.

Pasti anak-anak pun suka!

Makanan korea ini sesuai disajikan bersama sos yang diperbuat daripada campuran kicap, cuka, biji bijan, dan hirisan cili hijau.

Resepi ini saya kutip dari satu website dari India tau!

Resepi gamjajeon

Bahan
2 biji kentang
Garam secukupnya
1/2 bawang bombay
2 sdm minyak sayur

Cara penyedian

  1. Kupas kentang dan bawang bombay, dan cuci hingga bersih. Kedua bagan ini diparut halus.
  2. Masukkan kentang dan bawang bombay ke dalam penapis dan tekan perlahan untuk membuang jusnya. Campur sedikit garam, dan kacau rata.
  3. Panaskan minyak sayur dalam kuali leper. Masukkan satu senduk campuran kentang dan bawang bombay ke dalam kuali leper. Goreng sehingga warna keemasan dan masak.
  4. Hidangkan gamjajeon bersama daun bawang dan sos.

Senangkan?

Namun terdapat beberapa lagi versi gamjajeon ni. Anda juga boleh mencari resepi asal di laman web Maangchi untuk mendapatkan lebih banyak resepi best-best dari Korea.

Anda juga ada pilihan lain, sekiranya ingin mencuba gamjajeon ini boleh beli di kedai online atau shopee.

Selamat mencuba!

Leave a comment