Adakah anda sering menyimpan azam untuk mengamalkan diet saban hari?
Dan anda seringkali menyusun jadual untuk menjalani diet namun gagal disebabkan satu keadaan?
Ya, banyak orang yang gagal diet hanya kerana menghadiri majlis hari jadi atau reunion yang menyediakan pelbagai jenis makanan.
Tentu sangat susah untuk katakan tidak atau menolak menu-menu yang terhidang untuk fokus kepada menu diet yang lebih sihat jika anda berada dalam majlis seperti ini.
Namun begitu, tahukah anda keinginan untuk menikmati makanan ini boleh dikawal degan menetapkan fokus dan fikiran.
Anna Taylor seorang pakar diet, menyatakan bahawa ada cara tertentu untuk mengawal fikiran agar fokus dengan rutin diet yang anda telah susun tau!
Kenapa gagal?
Diet untuk mendapatkan berat badan diidamkan bukan hanya mengurang jumlah pengambilan makanan, tetapi mengawal cara makan.
Menurut Anna Taylor, makan dalam kuantiti sedikit dan kerap adalah langkah yang terbaik untuk anda berdiet tanpa perlu berlapar.
Ia berbeza sekiranya anda menahan lapar dan anda kemungkinan akan mengambil makanan dengan lebih banyak dan tinggi dengan kalori.
Tips diet untuk menurun berat badan
Untuk anda yang mahu kurus, makan dalam kuantiti sedikit sahaja bukanlah cara terbaik sebaliknya mengurangkan kalori dalam makanan.
- Makan lebih banyak protin

Protin adalah satu bahan yang dapat meningkatkan kadar bolisme tubuh, dan mengawal nafsu makan.
- Hindari minuman manis

Minuman manis biasanya mengandungi kalori yang tinggi dan membuat nafsu makan anda melonjak.
Malah, dalam kajian turut mendapati satu bahagian minuman manis dapat meninggalkan kesan obesiti di kalangan kanak-kanak sehingga 60 peratus.
Selain dapat meningkatkan pelbagai risiko penyakit kronik.
- Banyakkan minum air putih

Minum air putih 8 gelas seharia akan membuatkan tubuh anda membakar 96 kalori.
Ia juga membantu mengurangkan rasa lapar, dan untuk anda makan lebih sedikit.
- Olahraga

Ketika kalori anda berkurangan, tubuh akan kehilangan otot dan metabolisme menjadi lambat.
Untuk mencegahnya, anda boleh melakukan rutin olahraga seperti berjogging, berzumba, workout, berenang dan sebagainya.
Jangan tak tahu, diet sihat juga akan membuatkan kulit anda licin dan berseri, malah masalah kulit muka juga dapat dirawat secara alami.

Leave a comment