Resepi Bubur Ayam Oat Cepat Masak, Untuk Yang Mahu Sihat dan Berdiet

1–2 minutes

Kebiasaannya bahan utama dalam semangkuk bubur ayam menggunakan beras ataupun nasi.

Namun, kini oat juga boleh diubahsuai menjadikan bubur yang lebih sihat dan enak.

Mesti ramai yang masih mempunyai baki oat di rumah kan? Jangan membazir cuba resepi ini. Seisi keluarga dapat menikmatinya.

Namun tidak semua oat agak sesuai dengan resepi bubur ayam ini.

Disarankan, untuk resepi bubur ayam oat ini menggunakan oat cepat masak supaya rasa, tekstur dan proses penyediaanya lebih cepat.

Resepi ini saya kutip dari satu blogger Indonesia.

Resepi bubur ayam oat sihat dan sedap ini sangat sesuai dinikmati ketika panas.

Bahan bubur (4 pax)

  • 650 ml air atau stok ayam
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1/2 sdt garam bukit
  • 1/2 sdt serbuk lada putih

Bahan taburan ayam

  • 2 sdm minyak masak
  • 1 sdt minyak bijan
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 100 g daging ayam yang telah direbus, diketuk dan dicarikkan
  • 5-6 biji cendawan butang/ shitake, dihiris nipis
  • 1/2 sdm kicap manis
  • 1/4 sdt garam bukit

Bahan hiasan
1 batang saderi, dihiris nipis
6 keping kulit wantan, digoreng, dan dihiris nipis

Cara penyediaan :

  1. Ayam : Panaskan minyak goreng dan minyak bijan. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging ayam yang telah direbus dan diracik, gaul sebati.
  2. Masukkan hirisan cendawan.
  3. Tambahkan kicap manis dan garam. Masak hingga daging ayam menjadi garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Rebus air atau stok ayam sehingga mendidih bersama bawang putih. Masukkan oat, garam dan serbuk lada putih.
  5. Masukkan bubur ke dalam mangkuk. Taburkan ayam carik yang telah digoreng tadi. Sebagai hiasan taburkan hirisan saderi dan kulit wantan. Makan ketika panas.

Untuk lebih enak boleh juga menambah beberpa jenis bahan lain seperti telur rebus, ikan bilis sangai dan sebagainya.

Wallah! resepi ini pasti menjadi satu lagi menu yang wajib ada dalam senarai menu diet anda.

Bukan sahaja sihat, malah lebih sedap dan berwarna warni!

Yummeh!

Bubur oat semakin mendapat tempat dihati oengamal diet diet dan makanan sihat.

Leave a comment