Siapa sahaja yang tidak tahu permainan Cuk Cak atau dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Peek A Boo.
Permainan ini sering dimainkan ibu bapa untuk mengagah bayi kecil seawal usia 6 bulan mereka.
Sudah pasti respon yang diberikan bayi kecil membuatkan ibu bapa tersenyum senang.
Tahukah anda sebenarnya permainan ini terdapat manfaat untuk membantu perkembangan kognitif bayi anda.
1.Membangunkan ‘objek kekal’
Istilah ini digunakan untuk menggambarkan keupayaan seorang bayi mengetahui bahawa objek terus wujud walaupun mereka tidak dapat dilihat atau didengar lagi.
Konsep ‘objek kekal’ ini juga penting dalam perkembangan kognitif bayi.
Mengikut kajian, permainan Cuk Cak ini untuk memastikan bayi anda memahami kewujudan objek kekal walaupun mereka tidak nampak, dengar, atau pun tidak dapat menyentuh secara langsung.
- Langkah positif untuk pembelajaran.
Permainan ini juga dapat membantu ibu bapa melihat reaksi atau respon bayi sama ada aktif dan ada tindak balas daripada permainan ini.
Antaranya adakah bayi anda akan memberi reaksi positif terhadap permainan ini dengan ketawa, terkejut atau meniru gaya anda.
Ini adalah proses pembelajaran yang boleh ibu bapa terapkan dari kecil seawal usia 6 bulan.
3.Pembangunan sosial
Bayi juga boleh mula belajar “give anda take”-berkongsi, mengambil giliran apabila bermain permainan Cuk Cak.
Haaa..ternyata permainan Cuk Cak ini bukan sekadar permainan membuka dan menutup mata yer, selain untuk membuatkan bayi anda ketawa tetapi untuk melatih sel-sel otaknya memahami konsep ‘objek kekal’.
Jadi berapa kerapkah anda meluangkan masa bermain permainan Cuk Cak ini bersama bayi anda?
Jangan lepaskan peluang ini…lagi tau selepas tahu fakta kebaikan permainan Cuk Cak ini.


Leave a comment