Memiliki haiwan peliharaan seperti kucing, anjing atau sebagainya merupakan salah satu cara bagi kebanyakan orang untuk menghiburkan diri setelah penat bekerja atau menjalani aktiviti seharian.

Pasti ramai yang menjadikan haiwan peliharaan mereka sebagai tempat meluahkan perasaan ketika sedih, atau pun gembira.
Bagi memanjakan haiwan peliharaan, sudah pasti ramai yang sanggup berkongsi makanan dengan mereka.
Tapi anda perlu ingat, tidak semua makanan yang anda makan sesuai untuk dikongsi bersama haiwan peliharaan.
Ada kajian yang dilakukan pada tahun 2016 di Itali yang mendapati ada beberpa makanan yang sangat sesuai dimakan manusia namun akan menjadi racun sekiranya diberikan kepada anjing dan kucing. Dipetik dari CBS News.

6 Makanan Penyebab Haiwan Peliharaan Sakit
1. Coklat, kopi dan kafien
Coklat adalah paling tinggi penyebab keracunan kepada haiwan peliharaan.
Ini kerana coklat mempunyai theobromine da kafien yang akan menyerang sistem saraf pusat dan jantung.
Gejala awal sering terjadi dalam 2 hingga 4 jam setelah haiwan peliharaan anda memakannya termasuk kegelisahan, rasa haus berlebihan, dan muntah.
Jika tidak dirawat dengan segera, haiwan kesayangan anda akan mengalami kekejangan, koma, dan kematian.
2. Xylitol
Xylitol digunakan sebagai penmabah rasa dan pengganti gula.
Bahan ini sering digunakan dalam produk seperti roti, makanan panggang dan produk yang bebas gula.
Anjing sangat terkesan sekiranya diberikan makanan yang mempunyai Xylitol, ia akan merangsangkan pelepasan hormon insulin, yang menyebabkan penurunan kadar gula dalam darah yang berbahaya.
Gejalanya akan terjadi dalam 30 hingga 60 minit setelah makan, seperti muntah, lesu, darah rendah, lumpuh, pengsan dan kejang.
3. Bawang
Walaupun bawang menjadi penmbah rencah dalam masakan anda, namun ia menjadi racun kepada haiwan peliharaan anda.
Bawang merah, bawang putih dan daun bawang sering akan bertukar menjadi belerang apabila kucing dan anjing memakannya yang boleh menyebabkan sel darah merah rosak.
Awas, dengan sehiris bawang sahaja jika kucing atau anjing kesayangan anda makan, akan menyebakan perubahan kepada sel darah mereka.
Tanda awal seperti muntah, diarea, sakit perut dan kehilangan nafsu makan.
4. Alkohol
Keracunan boleh berlaku mungkin disebabkan mereka tidak sengaja meminumnya.
Tanda awal selepas satu jam menelannya, haiwan anda menunjukkan depresi, kehilangan upaya menggerakkan badan, lesu, dan suhu tinggi.
5. Anggur dan kismis
Walaupun anggur dan kismis menjadi makanan anda untuk kecerdasan otak namun tidak untuk kucing atau hawai peliharaan.
Jika sayangkan haiwan peliharaan anda, berikanlah makanan yang dikhususkan untuk mereka.
Jangan lupa juga pastikan makanan-makanan yang disenaraikan di atas ini disimpan ditempat selamat dan tidak boleh dicapai mereka.
Makanan ini akan memberi kesan kepada ginjal anjing namun bukan semua.
Tanda awal menunjukkan gejala muntah, diarea, kehilangan nafsu makan, lesu, sakit perut dalam tempoh 24 jam selepas menelannya.
6. Kacang macadamia
Bagi peminat kacang, pasti nikmat apbila dapat mengunyah pelbagai jenis kacang termasuk macadamia. Tambahan pula rasanya yang enak dan berkhasiat.
Ada laporan menunjukkan jika haiwan peliharaan anda makan kacang ini walaupun sejumlah 0.7gram sudah cukup menimbulkan gejala.
Kesannya akan terjadi dalam tempoh 12 jam seperti lemah, muntah, tidak mampu mengawal pergerakan, axienty, demam, sakit perut, kaku dan pucat.
Justeru, jika anda menyayangi haiwan peliharaan ini pastikan tidak memberikan mereka makan 6 makanan ini untuk mengelakkan sakit.
Jangan lupa untuk pastikan makanan-makanan ini disimpan pada tempat yang selamat dan tidak mudah dicapai mereka.
Sayangi haiwan peliharaan anda!



Leave a comment