Mesti ramai yang tahu daun salam adalah rempah ratus yang semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat di Malaysia.
Daun ini kebiasaannya digunakan untuk menjadi penambah rasa dan penyedap makanan malah aromanya juga mampu menaikkan selera sesiapa sahaja.

Malah dalam kajian perubatan daun salam ini mengandungi vitamin A, C, iron, potasium, kalsium dan magnesium. Tengok saja kecil tapi banyak khasiat rupanya.
Selain itu, enzim yang terdapat pada daun ini boleh membantu dalam sistem pencernaan, dan pelbagai lagi kebaikan untuk kesihatan seperti untuk pesakit diabetik, migrain, gastrik, merawat kelemumur dan sebagainya.
Namun, paling power daun salam ini dikatakan mampu menghilangkan tekanan atau axienty!
Selain pesakit axienty perlu mendapat rawatan daripada doktor, kaedah alternatif pula boleh dicuba selagi tidak membahayakan keselamatan dan kesihatan.
Jom kita tengok kaedahnya!
Membakar daun salam ini, dan menghidu aromanya dapat menghilangkan stress dan digantikan ketenangan.
Caranya :
Ambil 2-3 helai daun salam yang sudah dibersihkan dan dikeringkan.
Letakkan di dalam bekas alumunium lalu dibakar.
Biarkan asap dari daun itu memenuhi ruang yang bertutup seperti bilik tidur.
Kemudian barulah anda masuk ke bilik yang dipenuhi asap daun salam dan menarik nafas dalam 5-7 kali.
Selepas itu, pasti anda merasa semakin ringan dan tenang.
Malah dengan cara ini juga dapat menjadikan bilik anda wangi dengan haruman semulajadi.
Jimat dan selamat kan? Cubalah dulu. Kalau tak tahu dekat mana nak beli daun salam boleh beli di sini!
<a rel="nofollow" href="https://invol.co/cl8670p"><img src="https://img.involve.asia/rpss/campaigns_banners/1625707013-BOvUgJeh1BX72jKYtBWd8t22948FcFaJ.jpg"></a>

Leave a comment