
Bagi peminat jagung pasti suka akan aroma dan rasanya yang lemak manis.
Jika suatu masa dahulu kecoh juga netizen Malaysia berkongsi cara menjadikan resepi daripada makanan yang jatuh dalam kategori buah ini.
Sehingga timbul perbalahan mengenai air rebusan jagung yang dimuatnaik seorang penggemar jagung dijadikan air minuman berais.
Saya sendiri belum pernah mencuba air rebusan jagung yang dijadikan hidangan untuk diminum.
Menurut beberapa netizen melalui komen-komen di situ ramai juga mengakui, air ebusan jagung itu enak diminum denga tambahan sedikit gula dan ais kiub. Malah ada yang memberi cadangan ditambah dengan susu pekat manis untuk rasa lebih sedap!
Bagi saya jika ia bersih dan tiada kesan udarat apa salahnya untuk mencuba.
Namun kali ini saya akan berkongsi 7 resepi jagung bakar yang begitu laris di Indonesia, sudah pasti rasanya sedap dan menyelerakan.
Jika di Indonesia masyarakatnya akan meraikan Tahun Baru dengan mengadakan barbeque di rumah.
Biasanya banyak makanan disediakan berasaskan daging, ayam ataupun seafood namun dengan ‘inovasi’ baru pada rasa jagung bakar ini, ia semakin menjadi pilihan ketika perayaan itu dikalangan penduduk Indonesia.
7 Resepi Jagung Bakar Asyukkk
1. Jagung Bakar Pedas Manis
Bahan : Bawang putih, sos cili, sos tomato, gula dan marjerin.
Cara : Oleskan kesemua bahan yang telah diadun sebati ketika membakar jagung ini.
2. Jagung Bakar Mayonis
Bahan : Mayonis dan serbuk cili
Cara : Adukkan dan oleskan bahan ini pada permukaan jagung ketika dibakar sehingga masak.
3. Jagung Bakar Sos Korea
Ini sesuai untuk penggemar makanan dan filem korea.
Beli sajal sos korea di pasaran dan oleskan pada jagung ketika sedang dibakar.

4. Jagung Bakar Keju
Ini semua rakyat Malaysia sukakannya!
Tabur saja taburan keju mozarella atau apa saja jenis kecu yang telah diparut ke atas jagung bakar yang masih panas. Wallah anda akan rasa kelainannya!
5. Jangung Bakar Mayo Keju Pedas
Bahan : Mayonis, serbuk cili dan keju.

Cara : Adukkan mayonis dan serbuk keju. Oleskan pada jagung yang sedang dibakar. Apabila sudah masak, taburkan parutan keju pada jagung bakar yang masih panas. Sedap!
6. Jagung Bakar Keju Leleh
Resepi dan caranya sahaja dengan jagung bakar keju, tetapi resepi ini menggunakan lebih banyak keju mozarella untuk tekstur meleleh.
7. Jagung Bakar Berlado

Jika anda pencinta makanan yang pedas, boleh cuba yang ini.
Bahan :
160g cili kering, 10 biji bawang merah, 1 biji tomato, 1 sdm belacan bakar, 1 sdm kicap ikan dan 1 sdm gula merah.
Cara :
Adukkan semuanya, ditumbuk hingga lumat atau dikisar hingga halus. Oleaskan atua taburkan pada jagung ketika dibakar. Ermmm baunya pasti menarik sesiapa sahaja peminat sambal belacan!
Haaa…apa tunggu lagi, cubalah dulu baru tahu.
Mungkin juga boleh bantu peniaga jagung bakar untuk variasikan lagi perisa jagung bakar tu!
Pasti laku keras!
Leave a comment