Cara Lebatkan Rambut Dengan Petua Orang Lama

1–2 minutes

Rambut sering gugur pasti menggusarkan sesiapa sahaja tidak mengira lelaki atau wanita, remaja mahupun dewasa.

Walaupun terdapat pelbagai pelbagai rangkaian produk di pasaran namun cara orang lama dahulu untuk mengembalikan semula kelebatan rambut serta mengurangkan keguguran wajar dicuba!

Bukan sahaja jimat kos, tetapi dari bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia malah rambut serta kulit kepala bertambah sihat bersinar.

Kebiasannya mak-mak kita dahulu atau orang lama menggunakan minyak kelapa yang ditanak.

Caranya dan bahannya sangat mudah, hanya kesabaran sahaja diperlukan.

Bahan :

Sebiji kepala tidak terlalu tua, diparut.

Cara :

Sangai atau goreng kelapa yang siap diparut sehingga keluar minyak.

Kelapa sangai ini perlu dibalikkan sentiasa supaya ia tidak hangus dan mendapatkan hasil yang terbaik.

Apabila minyak mulai keluar dan terhasil, bolehlah ditapis untuk mengasingkan ‘tahi minyak’ dan dimasukkan ke dalam bekas bersih.

Kelapa parut yang disangai mula mengeluarkan minyak

Mudah bukan?

Oh ya tahi minyak itu boleh di makan atau dibuat kuih kole kacang. Tersangatlah sedap!

Tahi minyak boleh dijadikan kuih koleh kacang! Sedap!

Minyak kepala tanak ini boleh disapukan ke kulit kepala dan rambut. Kulit kepala diurut perlahan-lahan.

Anda boleh bilasnya selepas beberapa jam disapukan atau dalam tempoh 24 jam. Wangi baunya!

Tapi kalau tidak tahan kepala yang terasa melekit, bolehlah bilas selepas 2-4 jam disapu.

Jangan terkejut, selepas itu kulit kepala terasa sangat fresh dan bersih, malah anak rambut baru mula tumbuh, rambut lebih hitam, bersinar dan tidak lagi gugur.

Bukan sahaja murah tetapi tahan lama dan banyak manfaatnya.

Saya sendiri ketika kecil sering menggunakan minyak kelapa tanak ini, selain santan.

Minyak kelapa tanak yang dihasilkan disimpan dalam bekas bertutup untuk tahan lebih lama.

Leave a comment