Cara Penulis Upahan Jadi Kaya Tahun 2021/2022

4–7 minutes

Saya tidak bercakap atau menulis mengenai penulis yang tahu sastera atau seorang penulis novel, saya akan bercakap mengenai penulis upahan yang boleh jana pendapatan beribu ringgit setiap bulan dengan hanya bekerja dari rumah, freelance atau part-time.

Penulis moden yang saya maksudkan di sini ialah penulis yang mampu memberi pulangan kepada pelanggan atau usahawan dalam talian.

Apakah?

Inilah dia penulis moden yang kini lebih popular dan dikenali sebagai copywriter atau content writer untuk syarikat pengiklanan online atau pun untuk syarikat-syarikat yang berniaga dalam talian.

Malah penulis moden ini juga boleh jadi seorang Ads Specialist, Digital Marketer dan seseorang yang terlibat secara langsung dalam pemasaran digital.

Sekarang anda sudah tahu luasnya skop kerjaya penulis moden atau penulis pada tahu 2021/2022 ini. Tapi untuk anda berjaya dalam bidang penulisan moden ini anda perlu tahu juga tricknya.

Nak tahu tak?

1.Kuasai ilmu marketing

Menjadi penulis moden pada zaman ini bukan hanya bergantung pada bakat sahaja. Tetapi anda perlu menambah kemahiran-kemahiran lain supaya menjadi penulis yang sentiasa mendapat permintaan di pasaran kerjaya.

Jika sebut mengenai penulis pada zaman ini, anda perlu ‘set’ di kepala ia adalah untuk ‘membuat’ duit. Bukan lagi penulis yang hanya bergantung kepada karya seni seperti novel-novel untuk menjana pendapatan. Lambat!

Pernah tengok tak di senarai iklan jawatan kosong di Jobstreet, Facebook dan mana-mana media sosial banyak majikan mencari penulis kandungan, penulis iklan, atau dalam Bahasa Inggerisnya Content Writer, atau Copywriter?

Gaji yang ditawarkan juga sangat lumayan.

Tahu tak inilah kemahiran-kemahiran penulis moden yang perlu kuasai untuk menjadi ‘kaya’ pada tahun 2021/2022 ini.

Di mana nak belajar?

Ilmu marketing atau pemasaran digital ini menjadi sangat penting dalam kalangan masyarakat Malaysia ketika ini.

Sedar atau tak sejak pandemik Covid19 melanda negara pada tahun 2020, bukan hanya usahawan tetapi masyarakat mula menggunakan sepenuhnya kemudahan media sosial untuk berbisnes.

Sama ada kecil atau besar, pemilik, ejen, atau sebagainya menjadikan media sosial sebagai medium utama untuk menjana pendapatan dengan melakukan jual beli dalam talian.

Malah kerajaan juga telah mula menggalakkan peniaga-peniaga dan rakyat menggunakan pembayaran melalui dalam talian dengan memperkenalkan e-wallet dan sebagainya dengan memberi baucer.

Kaedah ini telah dilakukan Menteri Kewangan, Lim Guang Eng sebelum ini dengan memberikan baucer e-Tunai Rakyat sebanyak RM30 kepada semua rakyat berpendapatan RM100,000 setahun.

Saya rasa cara ini adalah usaha yang agak berjaya, kerana ia mula membuka mata untuk menggunakan pembayaran dalam talian dan mengurangkan jurang pengdigitalan dalam kalangan rakyat.

Berbalik kepada soalan di mana anda mahu menuntut ilmu marketing online ini?

Kini banyak sifu-sifu digital marketing yang muncul di semua platform media sosial yang boleh anda pilih dan ikuti.

Saya sarankan anda belajarlah dari asas, supaya anda tidak tersesat jauh. Saya yakin setiap apa yang kita pelajari perlu bermula dengan asas.

Anda boleh dan bayar mengikut kemampuan anda, sekarang harga untuk kelas-kelas asas digital marketing boleh diikuti dengan yuran serendah RM10 sahaja.

Praktis dan bereksperimen

Mahu atau tak, malas atau rajin anda perlu bereksperimen.

Kadangkala untuk proses ini anda mungkin perlu mengeluarkan wang. Ini saya panggil pelaburan!

Jika mahu menulis copy, anda juga perlu eksperimen menggunakan Fb Ads, Ig Ads dan sebagainya mengikut target klien.

Untuk menggunakan Ads berbayar ini tentulah anda perlu mengeluarkan wang sendiri untuk mengetahui selok belok dan memahirkannya.

Saya sendiri melakukan ujian eksperimen ini untuk memahirkan dan memantapkan lagi penulisan dalam dunia pemasaran digital. Manfaat untuk saya sebagai penulis moden, adalah memudahkan urusan bersoal jawab pelbagai soalan prospek atau klien, kadangkala menjadi konsultan untuk merangka strategi marketing digital bisnes klien. Ini perlu caj extra tau!

2.Belajar ilmu website

Menjadi penulis moden di zaman digital ini, anda perlu menguasai atau tahu tentang website.

Ramai yang surrender, kerana ia melibatkan teknikal.

Saya tekankan, anda tidak perlu menjadi expert atau pakar tapi perlu ambil tahu. Ambil tahu bagaimana cara penggunaannya, kelebihan, kebaikan, dan yang positif-positif sahaja lah.

Hal ini adalah untuk anda lebih mendapat ‘feel’ atau menghasilkan copy, artikel untuk tujuan perniagaan dengan lebih baik dan mampu menarik lead atau call-to-action (CTA)/purchasing funnel. Atau saya gelarkannya X FACTOR produk atau servis perniagaan.

Menurut ramai sifu digital marketing untuk mencapai purchasing funnel masa ini adalah dengan memiliki landing page, mini site atau sale page sendiri.

Pada pendapata saya, dengan adanya landing page sendiri peniaga akan dapat menarik organik prospek dengan effort less iaitu tanpa perlu main harga dan sebagainya.

Oleh itu, penulis moden perlu tahu kegunaan website atau dikenali sebagai langding page bagi usahawan dalam talian.

Ilmu tentang website ini juga anda boleh belajar melalui Google, YouTube atau mengikuti kelas-kelas pendek dengan yuran murah.

Banyak syarikat-syarikat indie menawarkan khidmat mengajar membuat website atau landing page pada masa kini.

Kadangkala anda juga akan mendapat job untuk membuat landing page pelanggan. Layan kan jer lah, janji masyuk guys!

Untuk memahirkannya anda perlu bereksperimen dan explore! It’s amazing guys, you should try it out!

3.Banyak membaca

Pernah dengar tak?

Jika kamu bukan anda raja atau anak hartawan, jadilah penulis

Imam Al-Ghazali

Untuk menjadi penulis, anda perlu banyak membaca. Dengan membaca anda mampu menulis dengan lebih baik. Penggarapan dalam artikel anda juga akan nampak lebih trustworthy!

Dengan membaca juga anda akan mendapat idea-idea baru untuk menulis, sama ada menulis copy atau artikel untuk web.

Oh nak baca buku apa ya?

Bagi saya, anda boleh membaca apa sahaja bahan bacaan bukan hanya bergantung kepada buku-buku ilmiah ia boleh jadi majalah hiburan, buku komik, al-Quran, komen-komen di media sosial, buku novel dan sebagainya.

Namun, anda perlu tahu cara untuk menapis maklumat-maklumat ini supaya setiap penulisan anda mampu memberi manfaat walaupun tujuannya untuk menjual.

Menurut tokoh pengiklanan David Ogilvy, dalam penulisan iklan ia perlu jelas, transparent dan bukan hanya untuk berlawak sebaliknya untuk mendapatkan hasil atau CTA-conversion dalam purchasing funnel.

Dengan membaca anda boleh menambah ilmu untuk penulisan digital marketing dengan lebih baik dan padu! Prospek yang membaca penulisan anda juga akan menjadi lebih yakin dan tidak lagi ragu dengan kebolehan anda.

Penulis moden yang mana pun menjadi pilihan anda, ingat tulis lah dengan berhemah. Jangan hanya memikirkan content untuk tarik lead, conversion, atau CTA semata-mata tetapi biarlah ia betul-betul dapat mendidik pengguna.

Saya sendiri suka membaca pelbagai buku untuk mendapatkan idea-idea dalam menulis. Beri keutamaan kepada buku-buku berkenaan marketing digital, cara mengembangkan bisnes, cara menulis copy dan sebagainya yang boleh mmebantu anda dalam pencarian idea untuk menulis.

Kerana penulis juga adalah seorang yang mampu memberi pengaruh kepada ramai orang!

Jadilah penulis disayangi Tuhan.

Leave a comment