Kepentingan Landing Page Untuk Purchasing Funnel/Sale Funnel!

4–5 minutes

Ramai usahawan di era digital pening, tak tahu nak buat keputusan yang tepat dalam memajukan bisnes. Tidak tahu untuk bersaing dalam era digital akhirnya semakin hari semakin malap malah kos hutang pula menimbun.

Saya yakin anda mempunyai produk terbaik, ada peminatnya namun disebabkan pengdigitalan perniagaan yang berlaku di Malaysia sejak PKP lalu, banyak usahawan gulung tikar.

Kemunculan usahawan bagai cendawan tumbuh selepas hujan yang memilih online sebagai platform utama juga menambah ‘derita’ dalam bisnes anda.

Selain, kemunculan laman edagang yang memberi kemudahan kepada peniaga kecil atau besar untuk berjual beli di situ juga menambah ‘luka’ dalam perniagaan anda.

Malah, tidak bersedia atau maish terkejut sehingga sukar untuk membuat perubahan juga, menjadi penyebab akhirnya perniagaan rebah menyembah bumi.

Namun, semenjak semakin banyak sifu-sifu digital marketing muncul di media sosial bagai cendawan selepas hujan, ramai usahawan mula sedar dan berubah. Namun masih juga ada yang teragak-agak, lambat untuk mengikut arus atau trend marketing digital.

Ramai memilih melakukan marketing melalui digital, namun takut untuk membuat perubahan atau mencuba semua platform termasuk membina landing page/sale page atau website walaupun ini antara tool penting dalam perniagaan online.

Atau boleh dikatakan tool ini adalah RAHSIA untuk meningkatkan sale funnel atau purchasing funnel untuk perniagaan dalam talian.

Sebenarnya trend untuk usahawan mencapai sale funnel atau purchasing funnel adalah dengan membina laman web atau landing page atau mini site atau sale page sendiri tanpa bengantung kepada laman web ecommerce lain. Atau juga aplikasi perdagangan lain seperti Shopee, Lazada dan sebagainya.

Hal ini kerana, aplikasi atau laman web perdangan ini akan membuatkan peniaga bersaing dan terpaksa bermain harga. Malah terdapat caj-caj tersembunyi, sekiranya anda kurang ilmu dan memahami selok-belok syarikat aplikasi perdagangan itu mungkin anda terpaksa menanggung kerugian.

Kelebihan Landing page

Landing page RAHSIA tingkatkan jualan!

Sebelum mencerita tentang kelebihan landing page lebih mendalam, kita kenali dahulu apa itu landing page atau mini site atau sale page.

Landing page ini adalah satu tapak untuk menempatkan produk atau servis kepada pelanggan. Landing page juga berfungsi untuk meningkatkan kesedaran dan menjadikan pelanggan setia.

Paling penting ia juga berfungsi untuk menarik pelanggan atau prospek membuat tindakan atau dikenali sebagai call-to-action (CTA).

Selain itu, penggunaan landing page dalam bisnes anda dapat membantu pelanggan mengenali, dan meningkatkan kepercayaan produk atau servis perniagaan anda.

1.Menjadikan pelanggan ‘loyalty customer’

Percaya atau tidak dengan landing page akan menarik lebih ramai pelanggan menjadi pelanggan setia terhadap jenama atau produk atau servis perniagaan anda.

Hal ini kerana dengan fungsi landing page yang menyediakan kemudahan subscribe, anda boleh mengutip data pelanggan seperti nama, alamat, nombor telefon atau emel.

Data-data pelanggan ini boleh digunakan untuk anda memperluaskan kempen pemasaran contohnya menghantar newsletter melalui emel pelanggan, SMS blast atau pun WhatsApp blast mengenai promosi dan sebagainya.

2.Kurang ‘permainan’ harga

Apa pun istilah yang digunakan, landing page boleh saya akan katakan adalah satu strategi pemasaran yang boleh menjadikan purchasing funnel atau sale funnel anda berkesan.

Anda tidak perlu ‘ghisau’ dengan harga-harga seller lain yang lebih murah, seperti yang berlaku di laman web perdagangan yang memberi kemudahan kepada peniaga untuk berjual beli di sana.

Landingpage yang anda wujudkan akan memancing prospek organik dengan effort less. Ini bermaksud prospek yang melawati landing page anda hanya dengan satu tujuan iaitu untuk membeli.

Disebabkan itu, anda perlu menarik kedua-dua belah kaki prospek dan ‘mencangkuk’ mereka untuk mengambil tindakan membeli.

Menurut kajian, pelanggan akan tertarik dengan gambar dan grafik bergerak, sekaligus membantu mereka membuat keputusan untuk membeli.

Jadi pastikan gambar yang digunakan dalam landing page menarik!

3.Detail produk/servis

Di sini, anda juga boleh menceritakan kelebihan produk atau servis dengan lebih detail. Anda juga boleh mengarang ayat-ayat yang menyentuh perasaan pelanggan bagi tujuan menarik mereka kepada call-to-action (CTA).

Dengan ada landing page anda akan lebih mudah untuk menceritakan mengenai value atau nilai kepada perniagaan yang dijalankan anda.

Pelanggan kebiasaannya akan mencari maklumat lebih detail di Google untuk meyakinkan mereka.

Gunalah landing page anda dengan sebaiknya, antara langkah yang boleh diambil adalah dengan memasukkan testimoni-testimoni pelanggan, mengenai keberkesanan produk atau servis tersebut.

Anda juga boleh masukkan gambar-gambar yang menunjukkan proses, hasil dan boleh juga dikongsi tips-tips cara penggunaan serta sebagainya.

4.Sistematik

Haaa… bagi anda yang tidak mempunyai banyak masa dan tidak mahu pening kepala, landing page juga dapat membantu anda untuk meminimaliskan ‘sakit kepala’.

Kenapa?

Landing page juga direka atau dibina dengan fungsi-fungsi yang memudahkan anda untuk membuat profiling atau pengurusan database.

Antara fungsinya

  • Pengurusan database pelanggan, jualan, ejen, dropship, affiliate
  • Borang tempahan
  • Produk harga bertingkat
  • Kupon
  • Invois
  • Kemaskini bungkusan/postage
  • Emel
  • Getway payment
  • Laporan jualan/analisis
  • Slip penghantaran/pembelian

Sebenarnya banyak lagi kelebihan penggunaan landing page untuk perniagaan dalam talian. Sama ada anda berniaga secara dalam talian sepenuhnya ataupun masih mempunyai kedai fizikal, landing page adalah rahsia dalam strategi marketing sekaranga.

Perlu diingat, jika anda tidak bergerak seiring dengan game plan marketing, peratus untuk anda tidak berkembang lebih tinggi.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan menggunakan landing page/sale page atau minisite untuk perniagaan anda.

Jika anda tidak mampu melakukannya sendirian, upahlah sesiapa yang boleh membuatnya untuk anda.

Disclaimer : Artikel adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis yang digarap melalui pengalaman dan hasil pembacaan di pelbagai platform.

Leave a comment