Mesti ramai yang pernah mengalami situasi begini?

Berada dalam situasi terpaksa membuat pilihan itu, seperti nyawa di hujung tanduk.
Bagai diluah mati emak, ditelan mati anak.
Terutama perkara atau sesuatu yang boleh merubah kehidupan termasuk suasana sekeliling, rakan-rakan, dan pengalaman yang baru.
Ia sangat menakutkan! Ramai juga yang tidak mahu mengambil risiko besar ini.
Perubahan dalam kerjaya, dalam kehidupan dan perubahan dari gemuk kepada kurus bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai rintangan perlu dihadapi. Namun jika kita tahu apa matlamat untuk berubah pasti ia sesuatu yang akan menjadi sesuatu untuk disyukuri.
Jika perubahan itu untuk menjadi yang lebih baik mengapa tidak kita mengambil langkah pertama?
Mungkin juga doa kita yang mahukan sesuatu lebih baik telah dimakbulkan Tuhan. Jika masih dalam dilema “berbisiklah” di sejadah.
Namun sekiranya, anda membuat keputusan untuk “move forward”, ini antara tips boleh diikuti.
- Study latarbelakang syarikat/tempat kerja baru
- Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi
- Jadi diri sendiri
- Berlapang dada
Kaji latarbelakang syarikat

Sebagai orang baru dan masih takut untuk membuat perubahan, membuat kajian mengenai latarbelakang syarikat adalah langkah paling bijak untuk menghilangkan rasa bimbang.
Anda boleh membuat pencarian di media sosial seperti Facebook, Google dan sebagainya. Di situ pasti anda berjumpa dengan matlamat yang dimahukan. Ini termasuk “rating” yang diberikan pekerja terdahulu dan yang sedang bekerja.
Selain membuat kajian ini, anda boleh juga mendapat feel sebelum duduk di bangku jawatan baharu tersebut. Apa pun perasaan kurang senang, takut, bimbang dan hadir di dalam kepala anda hentikanlah. Ciptakan sesuatu yang positif seperti menetapkan matlamat baru di tempat kerja baru, dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda lebih tenang dan bersedia.
Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi

Harapan?
Oh no…jangan terlalu meletakkan harapan terlalu tinggi pada situasi atau pekerjaan baru anda.
Lapangkan dada, dan mulakan azam baru di tempat yang baru. Jadi seorang yang mudah didekati namun tidak terlalu ramah atau pendiam.
Just be yourself! Inilah masanya anda mula perbaiki sikap-sikap yang buruk kepada lebih baik, pengalaman di tempat lama boleh dijadikan panduan untuk menjadi lebih baik atau menonjol.
Haaa…nak naik pangkat kenalah berusaha sikit, dan berubah menjadi lebih baik serta pandai menonjolkan diri. Pedulikan apa anggapan orang pada anda, dan sentiasalah berdoa kepada Allah supaya segala yang anda buat diberkati dan diredai.
Ini akan lebih menenangkan jiwa anda!
Jadi diri sendiri

Yup!
Ini yang perlu anda amalkan untuk stay positive dan kekal lama di tempat baharu. Jadilah diri sendiri jika mahu menjadi seseorang yang baharu pastikan karektor baharu anda itu disenangi orang ramai.
Anda juga tidak perlu berlakon dan menjadi terlalu ramah dengan rakan sekerja yang baru dikenali. Mulakan langkah dengan memberi salam, perkenalkan diri dan berbasa-basi pada awal perkenalan.
Tetapi saya tips ini mungkin tidak sesuai bagi seseorang yang mempunyai sifat extrovert. Saya yakin jika anda seorang yang mempunyai sifat agak sukar untuk mengawal dari menjadi awal perkenalan berlangsung secara ‘aman’, pasti ia akan menjadi sesuat diluar jangkaan.
Namun tidak mengapa, jika ia adalah sikap anda. You know you to well!
Berlapang dada

Jadi seorang yang sentiasa berfikiran terbuka dan berlapang dada selagi ia tidak melanggar prinsip-prinsip anda.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum!
Sesuaikan diri anda, dan setiasa bertolak ansur dengan rakan sekerja serta polisi syarikat. Hal ini kerana, mungkin cara bekerja di tempat baru tidak akan sama dengan sebelumnya, begitu juga rakan-rakan sekeliling.
Cepatlah sesuaikan diri! Jangan terlalu memikirkan perkara-perkara remeh yang boleh menganggu mood anda untuk bekerja.
Setiap hari pasangkan niat anda bekerja kerana ALLAH dan sesuatu untuk anda capai dalam hidup. InshaAllah pasti anda akan lebih ikhlas dan mampu tersenyum walaupun berada dalam keadaan tekanan.

Nota penulis!
Sesungguhnya setiap perubahan itu adalah satu proses! Pilihannya pula di tangan anda samada untuk melangkah lebih jauh atau berada di tempat yang sama.
Disclaimer : Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis yang mungkin boleh menjadi panduan untuk pembaca.
Leave a comment