Penulis Jenis Apakah Anda?

3–5 minutes

Bagaimana mahu menentukan penulis jenis apakah yang sesuai dengan minat dan kemahiran anda?

Saya pasti ramai juga penulis yang menghadapi situasi begini.

Penulis ini pada pandangan saya jiwanya halus, penuh dengan seni dan antara benda yang paling ditakuti apabila ketandusan idea.

Bukan mudah untuk ‘menarik’ idea masuk ke dalam minda, tetapi ia bergantung jenis penulis apakah anda.

Adakah anda yang seorang yang memecahkan peluh dan suka menghadapi saat cemas ketika menulis atau adrenaline rush? Sambil berlari pun anda boleh menulis? Seriuslah? Ya serius memang ada.

Atau anda seorang yang perlu ke tempat-tempat atau situasi yang mendamaikan serta suka sungguh berangan-angan seperti cerita fairy tale.

Atau anda seorang yang suka melihat dan berfikir, dan memberi nilai kepada sesuatu?

Atau anda seorang yang suka melihat, berfikir dan menulis?

Banyak jenis penulis yang mungkin anda boleh memilih mengikut kesesuaian bakat, dan minat sendiri.

5 Penulis Yang Mungkin Anda Boleh Jadi

  • Penulis adrenaline rush
  • Penulis suka berangan
  • Penulis suka beri nilai
  • Penulis suka berspektif
  • Penulis suka direct to the point
  • Sasterawan

Penulis adrenaline rush

Penulis jenis ini boleh jadi penulis ialah seorang wartawan.

Bagi seorang wartawan, menulis dalam keadaan tertekan itu paling best! Ini apa yang saya boleh katakan. Tidak perlu suasana yang tenang untuk menulis, dalam apa saja situasi saya boleh menulis. Kadangkala lagi messy suasana lagi idea mencanak. Adrenaline rush!

Bagaimana wartawan mudah untuk mengarang berita, kuncinya adalah membaca isu berkaitan, bertanya soalan, pemerhatian dan cepat berfikir.

Penulis suka berangan

Jika anda seorang yang suka berangan, kemudian barulah idea untuk menulis muncul mungkin anda boleh dikategorikan sebagai penulis novel, dan penulis skrip.

Sebagai penulis novel anda juga boleh menginovasikan idea daripada filem, drama, novel dan sebagainya. Sesetengah penulis novel fiksyen juga suka jadikan pengalaman rakan terdekat yang digarap menjadi plot-plot penceritaan.

Plot dikembangkan pula dengan menonton filem atau cerita-cerita realiti yang dibaca dari akhbar, blog dan sebagainya.

Penggunaan laras bahasa dan ayat-ayat juga lebih puitis dan bermadah ‘helah’. Jika anda suka cara begini mungkin anda boleh memilih menjadi seorang penulis novel.

Penulis suka beri nilai

Penulis ini jika melihat sesuatu produk atau servis pasti akan memikirkan kos, nilai kepada perniagaan ini.

Jika anda mempunyai ciri-ciri sebegini mungkin anda sesuai menjadi seorang penulis kreatif atau content writer atau copy writer.

Penulis seperti ini lebih mudah untuk mendapat tempat di pasaran kerjaya dan membuat duit. Jika betul prosesnya mungkin anda boleh menjadi jutawan dengan pembinaan syarikat pengiklanan atau digital marketing sendiri.

Otak penulis ini perlu sentiasa aktif, cergas, inovatif dan kritis. Bukan hanya perlu memilih ayat dan menyesuaikan susunan ayat yang memberi nilai tapi perlu mempunyai daya memberi nilai kepada produk atau servis.

Hal ini kerana, setiap ayat atau perkataan yang ditulis penulis ini adalah ‘wang’. Mana tidaknya banyak perniagaan yang memerlukan penulis sebegini untuk meminimumkan kos pengiklanan mereka.

Penulis suka berspektif

Penulis ini boleh jadi seorang pensyarah, pemikir atau cendiakiawan.

Idea mereka kebiasaannya boleh menjadi bacaan untuk rujukan dalam bidang ilmiah, polisi malah untuk perundangan atau lebih besar untuk negara.

Bagi saya golongan penulis ini ada kelas mereka tersendiri.

Penulis suka direct to the point

Penulis jenis ini tidak suka kona-kona, mereka lebih suka menulis proses satu persatu secara terperinci.

Golongan penulis ini juga boleh dikenali sebagai penulis teknikal.

Penulis teknikal juga semakin mendapat tempat dalam pasaran kerjaya pada masa kini malah gaji yang dibayar juga lebih lumayan.

Hal ini kerana, golongan ini yang bertanggungjawab menerbitkan manual cara penggunaan untuk mesin-mesin. Contohnya manual cara menggunakan mesin pemprosesan daging.

Penulisan mereka haruslah tepat, ringkas dan mudah difahami pengguna.

Jika anda suka menulis seperti ini, sekarang boleh lah anda mencuba memohon kerja technical writer di industri-industri atau syarikat sektor perkilangan dan sebagainya.

Sasterawan

Wallah!

Jika anda memang mempunyai ilmu yang luas dalam bidang sastera mungkin anda boleh menjadi penulis yang dikenali sasterawan.

Penulisan anda akan menjadi satu manuskrip ‘agung’ untuk negara. Mungkin juga ia akan menjadi satu kebanggaan dan sejarah yang akan dirujuk serta dikenang sampai bila-bila.

Contoh sasterawan negara A. Samad Said, Usman Awang dan sebagainya. Karya penulis mereka menjadi satu seni yang menjadi rujukan dan disanjung.

Sumber : Google

Bagaimanapun bagi anda yang ingin menceburkan diri dalam bidang freelancer penulis nove, penulis kandungan, penulis iklan atau penulis teknikal mungkin pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Anda boleh mula mengasah skills dan mula menulis niche berkaitan untuk menarik minat prospek atau pelanggan.

Jangan lupa untuk blend dengan keadaan semasa contohnya ilmu pemasaran digital, storytelling dan sebagainya.

Disclaimer : Ini adalah pandangan peribadi penulis.

Leave a comment