7 Cara Penulis Memilih Niche Untuk Jana Pendapatan

4–5 minutes

Jika anda penulis yang baru saja meneroka dunia blogger atau dikenali juga sebagai influencer mikro, pasti pening juga memilih tema atau niche.

Menulis di dalam blog bukan hanya boleh dijadikan sebagai hobi tetapi dijadikan sumber pendapatan sampingan atau membina kerjaya baru anda secara solo pro.

Ramai pemblog menyarankan supaya anda mula menulis tentang minat, untuk mula menjana dan mencari idea dalam penulisan blog.

Anda terlalu banyak minat, adakah boleh anda menulis semua mengenai minat anda?

Jawapannya adalah ya, boleh.

Anda boleh menulis mengenai perkara anda yang suka lakukan di waktu lapang, bercerita mengenai pengalaman, makanan kegemaran, aktitivi menanam pokok bunga dan sebagainya.

Walaupun minat atau hobi anda kelihatan terlalu ‘biasa’ namun yakinlah pasti mempunyai pembaca yang gemar dan ingin mengetahui perkara tersebut. Anda juga boleh kembangkan penulisan mengenai minat anda dan dikomersialkan untuk mula menjana pendapatan.

Di sini antara niche-niche yang anda boleh pilih dan mempunyai nilai komersial yang tinggi untuk membantu anda menjana pendapatan.


Idea

  • Makanan
  • Melancong
  • Tanaman
  • Haiwan peliharaan
  • Tips kesihatan, kecantikan, fesyen
  • Artikel berkaitan wang
  • Artikel teknikal

Makanan

Jika anda seorang yang suka mencuba makanan dan memasak, ini boleh membantu anda menjana pendapatan.

Niche makanan antara topik yang mendapat tempat di kalangan masyarakat dan mempunyai ranking SEO yang tinggi.

Anda boleh mula menulis mengenai masakan kegemaran seperti rasa masakan, cara memasak, dan sebagainya.

Jangan lupa memasukkan perkataan senang, mudah di tajuk artikel anda! Contohnya “Cara Mudah Buat Nasi Ayam”. Perkataan mudah akan membantu meningkatkan SEO artikel anda di Google.


Travel atau melancong

Penulisan mengenai niche ini juga semakin mendapat tempat di hati pembaca. Carian di Google juga berada pada ranking paling tinggi.

Tidak kisah jika anda bukan kaki travel ke luar negara dan hanya ‘mampu’ pusing negara. Garaplah cerita percutian keluarga atau secara solo, atau bersama rakan-rakan anda dengan memberi tips atau membantu pembaca untuk memilih hotel, tempat makan, atau destinasi-destinasi menarik yang boleh dilawati.

Lebih menarik jika anda mampu menceritakan secara detail mengenai itinerary percutian anda. Konflik do & dont, dan sebagainya.

Oh…jangan lupa kepilkan lebih banyak gambar menarik dan warna warni anda pada artikel di blog. Bonus jika anda juga mempunyai koleksi video yang dimuatnaik ke YouTube. Cubalah! Anda akan terkejut dengan hasilnya nanti.


Tanaman

Sejak pandemik melanda dunia dan negara, niche tanaman dilihat semakin mendapat tumpuan ramai. Jika anda memang gemar berkebun atau menanam pokok bunga kongsilah cerita dengan pembaca.

Caranya mudah, kongsi sahaja tips penjagaan pokok bunga, cara mengubah atau mengalih tanaman, cara menyediakan tanah tanaman, cadangkan racun atau baja yang bersesuaian untuk pokok-pokok tersebut.

Anda boleh kupas dari satu isu secara keseluruhan dan kemudian fokus kepada setiap isu dan kupaslah satu demi satu. Kebanyakan beginner akan mula membuat carian di enjin carian atau pun media sosial.

Inilah masanya untuk anda mengubah hobi kepada sesuatu yang boleh menjana pendapatan dan secara tak langsung membuat amal kebaikan.

Wah! Banyak idea kan?


Haiwan peliharaan

Pet!

Atau haiwan peliharaan adalah satu niche yang mendapat tempat di kalangan pembaca blog. Jika anda begitu ‘taksub’ dengan haiwan kesayangan, idea ini juga boleh menjana pendapatan.

Anda boleh mulakan dengan menceritakan mengenai haiwan kesayangan tentang baka, makanan, veterinar, sangkar, ubat-ubatan dan sebagainya.

Kupas dengan lebih jelas dan fokus terhadap satu-satu isu. Tidak salah untuk anda memasukkan bahan-bahan dari sumber yang anda baca. Jika perlu, berilah kredit kepada penulis.


Tips Kesihatan, Kecantikan dan Fesyen

Ini adalah satu lagi niche yang boleh anda pilih sebagai permulaan untuk menulis di dalam blog. Niche ini juga antara mendapat tempat yang tertinggi dalam ranking SEO di Google.

Anda boleh share pelbagai jenis tips contohnya seperti petua orang lama menjaga kulit wajah, cara menggunakan bahan didapur dan sebagainya.

Tips yang berkaitan barangan yang berada di sekeliling pembaca juga kini menjadi trend untuk ramai mencubanya. Jika bernasib baik artikel anda akan menjadi tular ke seantero dunia!

Namun bagi anda yang juga menjadi ejen produk kecantikan boleh juga berkongsi kesan penggunaannya dengan cara menulis. Dengan cara ini pengguna atau pelanggan anda akan lebih mempercayai keberkesanan produk berkenaan.

Kreatiflah dalam menulis dan bercerita!


Artikel berkaitan wang

Ini antara topik yang menarik untuk anda jadikannya sebagai satu niche dalam penulisan blog.

Contohnya cara memohon biasiswa menyambung pelajaran di Lembaga Zakat negeri Kedah. Siapa sahaja yang tidak mahu wang percuma? Pasti terus melonjok artikel anda itu di enjin carian seperti Google.

Antara perkara paling boleh membuat pembaca trigger antaranya wang, barangan percuma, promosi, seks, jenayah dan lain-lain yang mempunyai nilai emosi.

Namun untuk menulis niche ini anda perlu cakna dengan bentuk-bentuk bantuan kerajaan, agensi kerajaan, pengalaman sendiri dan bukannya menulis tanpa ada rujukan.


Artikel Teknikal

Walaupun lebih ramai memilih untuk mempelajari sesuatu berkaitan teknikal melalui video di YouTube namun ramai juga masih memilih penulisan sebagai rujukan.

Contohnya cara membersihkan mesin basuh. Anda boleh menulis step by step dan memuatnaik info grafik di laman blog untuk memudahkan pembaca faham.

Selain anda juga boleh merakam video atau meletakkan link video dari YouTube untuk dikongsi bersama pembaca. Dari sini anda secara tidak langsung boleh menjana pendapatan di semua platform digital.


Lakukan sekarang! Anda pasti boleh.


Baca juga

>>>4 Tips penulis moden ‘buat’ duit

Leave a comment