Bijak berbelanja adalah apabila anda berjaya memilih kualiti dan harga yang berpatutan ketika shopping!

Memilih pakaian sama ada celana, baju, atau aksesori seperti beg tangan yang tepat dengan personaliti mengambil masa yang lama jika anda perlu ke satu kedai ke satu kedai lain.
Anda juga perlu mengambil masa yang lama untuk membanding harga dari satu jenama ke jenama yang lain. Malah jika tidak berpuas hati selepas membeli terpaksa membawanya semula ke kaunter kedai tersebut untuk membuat penukaran barang atau pemulangan wang.
Bagi anda yang sentiasa sibuk dan sukar untuk berkunjung ke outlet jenama kegemaran pasti memilih kedai online untuk shopping.
Kini, pelbagai laman web perdagangan muncul di pasaran seperti Shopee, Lazada, Zalora dan sebagainya.
Namun setiap setiap laman web perdagangan ini mempunyai kualaiti, harga dan kelebihan serta kekurangan yang berbeza.
Bagi saya untuk mendapat seluar yang berkualiti dan mudah untuk membuat pertukaran, Zalora adalah pilihan tepat.
Zalora mempunya pelbagai jenama pilihan dari dalam dan luar negara.
H&M, Cotton On, LC Wakiki, Koton dam sebagainya adalah jenama-jenama yang mendapat tempat di hati sesiapa sahaja yang mahukan tampil smart, kemas, bergaya, dan selesa.
Bagi sesiapa yang suka bergaya ke tempat kerja dengan mengenakan celana atau seluar panjang H&M adalah jenama wajar dipertimbangkan.
Kenapa Perlu Pilih Zalora ?
Di Zalora jenama-jenama mampu milik ini mudah untuk anda membuat pilihan mengikut saiz yang bersesuaian. Jika anda was-was cara paling cepat adalah membaca review pelanggan terdahulu.
1.Pertukaran dan Refund Mudah Dengan Zalora!

Pertukaran dan refund adalah ciri terbaik yang ditawarkan Zalora yang membuatkan ramai pelanggannya mudah jatuh hati.
Bukan sahaja mudah tetapi cepat.
Jika anda tidak berpuas hati, anda boleh kembalikan melalui membungkus kembali ke dalam bungkusan sama dan mengembalikannya di kaunter poslaju atau kurier terpilih.
Jika anda wang anda di kembalikan, tunggu sahaja dalam tempoh empat hari atau 14 hari. Kebiasaannya ia mengambil masa yang sangat pantas!
Jika anda mahu membuat pertukaran saiz seluar, juga melalui proses yang sama.
Jangan lupa menekan butang “Request to exchange or refund.”
2.Diskaun!

Di Zalora, jenama-jenama pilihan anda sentiasa mengadakan promosi dan diskaun. Kadangkala tawaran diskaun ini hanya di dalam lama web Zalora sahaja.
Tawaran ini sangat berbaloi sekiranya anda ingin membeli dan menambah beberapa helai lagi koleksi seluar kerja atau pakaian anda!
Di Zalora jualan hebat ini sering diadakan pada hujung bulan, sambutan hari perayaan, atau pada tarikh tertentu seperti 12.12.
Jangan pula rambang mata memilihnya. Berbelanjalah dengan bijak dan cermat.
3.Kemudahan ansuran

Ini satu lagi kemudahan yang ditawarkan Zalora kepada pelanggannya.
Anda boleh membuat bayaran ansuran selama tiga bulan melalui debit atau kredit kad Maybank dan sebagainya.
Selain itu, aplikasi Atome, dan Hoolah juga menawarkan kemudahan bayaran ansuran secara bulanan selama tiga bulan.
Jika anda tidak begitu terdesak untuk berbelanja membeli wardrobe baru, janganlah sampai meminjam walaupun tawaran itu tiada caj tambahan atau interest!
4.Layanan khidmat pelanggan

Hal ini mungkin yang ada perlu pertimbangkan supaya menjadikan Zalora gedung online nombor satu untuk membeli seluar.
Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, anda hanya perlu menekan butang mesej atau menghantar emel kepada khidmat pelanggan.
Pertanyaan anda pasti di jawab dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Jangan bimbang!
5.Kualiti

Bagi anda yang mementingkan kualiti, pasti Zalora adalah pilihan terbaik. Ini kerana banyak jenama-jenama yang diakui kualitinya oleh pengguna.
“Alah membeli, menang memakai.”
6.Tanpa cukai kastam

Jika anda peminat jenama dari luar negara pasti pening dan tidak mahu membayar cukai kastam apabila terpaksa membeli sendiri dari sana.
Contohnya, jika anda membeli seluar dari jenama H&M melalui website jenama itu amda mungkin dikenakan caj cukai kastam. Hal ini kerana barangan tersebut di hantar terus dari luar negara kepada anda di Malaysia.
Seronok kan kalau shopping dengan Zalora? Terutama anda yang suka bergaya, mementingkan kualiti, mahu jimat dan gemar memiliki koleksi berjenama dari dalam dan luar negara.
Apa pun berbelanjalah dengan bijak!
Leave a comment